ADAKAH SAH SEMBAHYANG DENGAN MINYAK WANGIDAN MINYAK RAMBUT YANG MENGANDUNGI ALCOHOL(BILANGAN 262)(Dengan
nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para
pengikut Baginda)
Islam telah meletakkan kebersihan sebagai kunci
bagi sahnya ibadat sembahyang. Oleh karena itu tidak akan diterima
sembahyang seorang muslim sehingga badannya bersih, pakaiannya bersih
dan tempat yang digunakan pun dalam keadaan bersih. Kebersihan dikira
sebagai menentukan sahnya sembahyang seseorang itu, kerana najis yang
terdapat pada tubuh badan, pakaian atau tempat sembahyang boleh
menyebabkan sembahyangnya tidak sah.
Persoalan alkohol selalu
dikaitkan dengan sah atau ketidaksahan sembahyang, kerana itu timbullah
keraguan adakah alkohol itu najis? Ini kerana ada sebahagian minyak
wangi dan minyak rambut mengandungi alkohol sehingga timbul persoalan,
bolehkah minyak wangi atau minyak rambut yang bercampur alkohol dibawa
sembahyang?
Pengertian alkoholAlkohol ialah bahan cecair tanpa warna yang mudah mengewap menjadi gas dan mudah terbakar. Ia boleh dihasilkan melalui dua cara.
i. Penapaian yis karbohidrat (yeast fermentation of carbohydrates)
ii.
Sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia (yang bukan daripada
sumber semula jadi seperti tumbuhan dan binatang) dengan penghidratan
etil (hydration of ethylene). (The New Webster’s Encyclopedic
Dictionary Of The English Language: 17)
Cara yang pertama di atas merupakan cara bagaimana menghasilkan khamar (arak) atau minuman yang memabukkan.
Kenajisan arakMenurut
jumhur (majoriti) ulama yang terdiri daripada Imam- Imam mazhab yang
empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafi‘i, Imam Ahmad
bin Hanbal dan lain-lain ulama rahimahumullah, arak adalah najis
berdasarkan firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan
berhala dan mengadu nasib dengan batangbatang anak panah adalah
(semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah
kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.â€(Surah al-Mâ’idah: 90)
Oleh
kerana arak itu menurut jumhur ulama adalah najis, maka alkohol yang
terdapat dalam arak itu pun adalah najis juga. Dari itu, mana-mana
alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak adalah najis juga
hukumnya.
Ini memberi maksud bahawa kenajisan alkohol adalah
bertitik tolak dari sebab kenajisan arak. Dari itu, dapat difahami
bahawa alkohol itu bukanlah semestinya najis jika ia tidak diambil
daripada arak, sebagai contoh tapai yang biasa dimakanpun menurut pakar
ada mengandungi alkohol, namun ia tidak haram dimakan kerana sifatnya
yang tidak memabukkan.
Akan tetapi, jika tapai itu sifatnya
memabukkan (sampai ke peringkat boleh memabukkan), maka memakan tapai
itu adalah haram. Adapun alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau
tiruan dari campuran bahan kimia yang mana sifatnya sangat memudharatkan
seperti mana racun, ia adalah suci seperti sucinya ganja, candu, morfin
dan lain-lain yang memudharatkan di mana tidak ada seorang ulamapun
yang menghukumkannya sebagai najis ‘ainiyyah.
Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa salah satu najis itu ialah setiap yang memabukkan dalam bentuk cecair:
Ertinya: Setiap yang memabukkan lagi cair
Imam Ibnu Hajar rahimahullah dalam menghuraikan kata-kata Imam an-Nawawi rahimahullah di atas berkata:
Ertnya:
(Tiap-tiap
yang memabukkan) ialah tiap-tiap yang boleh memabukkan. Maka termasuk
dalam pengertian itu setitik yang memabukkan; dan yang dikehendaki
dengan yang memabukkan di sini ialah apa jua yang boleh menutup atau
menghilangkan upaya akal
Ibnu Hajar rahimahullah menghuraikan lagi:
Ertinya:
(Cecair)
itu seperti arak dengan segala jenisnya yang diambil daripada anggur;
dan nira (tuak) yang diambil selain daripada anggur
Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa setiap arak mengandungi
alkohol, tetapi tidak semua alkohol berasal daripada arak.
Hukum alkohol daripada arakAlkohol
yang dihasilkan atau diambil daripada arak, meminumnya adalah jelas
haram sebagaimana keterangannya di atas. Adapun menggunakan minyak wangi
atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak
adalah haram juga, kerana berlumur dengan najis tanpa ada keperluan yang
syar‘i adalah haram hukumnya sebagaimana kata Ibnu Hajar
rahimahullah:
Ertinya:
Haram berlumur dengannya (najis) di luar sembahyang pada badan dan pakaian dengan tiada apa sesuatu hajat (yang syar‘i)
Dengan
itu, adalah tidak sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi
atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak
kerana ia adalah najis.
Hukum alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimiaAlkohol
sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah haram meminumnya
kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun.
Bagaimanapun
minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang
dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah
harus menggunakannya, kerana ia bukan najis.
Dari itu, adalah
sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut
yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan
dari campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.
Perkara yang
meragukan hendaklah ditinggalkan Tetapi yang menjadi persoalan ialah
kita tidak dapat mempastikan bahawa alkohol yang terkandung di dalam
sesuatu minyak wangi atau minyak rambut itu, adakah ia diambil dari
sumber yang suci atau najis?
Apabila timbul keraguan seumpama
ini, menurut ajaran Islam, perkara tersebut hendaklah ditinggalkan.
Hasan bin ‘Ali radhiallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawa dia telah
menghafal daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang
bersabda:
Maksudnya:
Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu.
(Hadis riwayat at-Tirmidzi, an-Nasaâi, Ahmad dan ad-Darimi)
Dalam
hadis yang lain pula dijelaskan bahawa meninggalkan perkara yang
diragui kehalalan dan keharaman sesuatu perkara adalah menandakan
kesungguhan seseorang itu dalam memelihara agama dan kehormatannya.
Manakala membuat perkara yang masih di dalam kesamaran akan membawa
kepada melakukan perkara yang haram sebagaimana sabda Rasulullah
Shallallahu ˜alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada an-Nu‘man bin
Basyir radhiallahu ‘anhu:
Maksudnya:
Maka
barangsiapa yang menjauhi perkara-perkara yang syubhat, (maka) dia telah
melepaskan bagi agamanya dan kehormatannya (dari kecaman); dan
barangsiapa yang terjatuh di dalam perkara-perkara yang syubhat (maka)
jatuhlah dia ke dalam perkara haram.(Hadis riwayat Muslim)
Oleh
itu jelaslah menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang
mengandungi alkohol yang bersumber daripada arak adalah haram, kerana ia
adalah najis dan tidak sah dibawa sembahyang. Manakala minyak wangi
atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui
sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah diharuskan, kerana
ia bukan najis dan sah dibawa sembahyang.
Walau bagaimanapun
apabila timbul keraguan terhadap kedudukan alkohol yang terdapat dalam
minyak wangi atau minyak rambut, sama ada ia diambil daripada sumber
yang najis atau sumber yang suci, menurut ajaran Islam adalah lebih
selamat perkara tersebut ditinggalkan dari menggunakannya. Tambahan pula
di pasaran banyak terdapat minyak wangi atau minyak rambut yang sama
sekali tidak mengandungi alkohol yang boleh menjadi pilihan kita.
sumber :
http://jomfaham.blogspot.com/2009/01/hukum-memakai-minyak-wangi-dan-minyak.html