Apabila senja berlabuh...Gelita menyapa..Menanti mentari subuh menjelma...Sekali lagi kisah bermula hingga tiba suatu masa kita kembali untuk selamanya....
Rabu, 30 November 2011
Selasa, 29 November 2011
Jumaat Yg TerCabar
Tanggal 25/November/2011
benar-benar menyentap hati ku
selepas satu..muncul satu....
1. Laptop rosak (12.30 tgh hari)
benar-benar menyentap hati ku
selepas satu..muncul satu....
"SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA"
1. Laptop rosak (12.30 tgh hari)
- Saat Assignment hampir selesai pd detik 12.30 tgh hari. Laptop terus buat hal dengan tiba-tiba skrin menajadi gelap tanpa sebarang cahaya. Aku biarkan seketika, kerana mahu lekas ke masjid utk solat. Setelah pulang masih aku biarkan sehingga selesai perbincangn bersama Sir Ali. Setelah itu aku kembali menghadap laptop dengan harapan mahu menghabiskn sisa yg berbaki.Namun apakan daya, laptop aku hanya mampu menyala dan terpadam begitu sahaja.. Dipujuk hati dan bersabar dn bersyukur kerana telah pun aku "send" sebahagian yg siap kpd putera Haikaz utk disemak dn diperbetulkan..(Alhamdulillah)..masih mampu aku tersenyum dengan rasa hampa.
2. Split di tangga (5.00 ptg)
- Setelah laptop aku engan berfungsi, terus aku ke bilik air utk membasuh baju yg dah direndam hampir seminggu lebih. Harum semerbak air longkak dan aku basuh hingga selesai menyidai kain. Ketika berjalan pulang ke bilik. Saat hampir-hampir menuruni anak tangga dari bilik air. Tiba-tiba aku tergelincir jatuh terlentang di atas tangga bersama timba dan raga yg aku jinjing bersama. Aduh bagaikan nangka ranum jatuh ke bumi. "Bang" berdentum satu aras.Nasib tiada sesiapa yg melintas, kalau tak sakit yg tersangat berbekas.. cuma Din saja yg keluar dari bilik dan menyapa aku.."hai marahkan siapa sampai hempas timba" adeh..dengan malu dan nk "cover".. aku membalas.."xda la..terlepas timba xsat" . dalam hati hanya tuhan yg tahu..(Berjalan pulang dengan kecewa dan terkedu merenung nasib diri)
3. Latihan "Cancel" (6.00 ptg)
- Di dalam bilik hanya mampu tersenyum sambil menahan sebak memikirkan nasib diri. Terus bersiap utk latihan memanah di Minden. Insiden jatuh tangga, terus membuatkn aku fobia dan mimikirkn yg bukan-bukan hingga risau utk menaiki motosikal pd hari tu. Namun aku gagahkn jua, meminjam moto anak Majid utk ke Minden. Setibanya di sana latihan "cancel" disebabkn tiada sebarang makluman dari unit sukan kepada staf yg bertugas. Baiklah, pulang tanpa rasa hampa. Setibanya di desa terus aku ambil laptop dan bawa ke bilik Dr Rozmey utk dibaiki. ok la.. Xmampu utk berbuat apa-apa disebabkn tiada pemutar skru. Namun tiba-tiba terus sentap bila memikirkan soal program malam nanti. barang keperluan kem belum dibeli dengan insiden yg berlaku hari tu. kepala aku terus serabut dan rimas. setelah berbincnag dgn Dr Rozmey tentang keperluan kem. Namun ":respond" yg diberikan agak gagal + rasa serabut dan kecewa aku pd hari tu..terus membunuh mood aku utk melakukan apa jua aktiviti. Aku pulang ke bilik dan ambil duit utk membeli barang keperluan kem. Setelah sampai di bilik tiba-tiba Anak Yusuf pula berkata "hai nak balik kampung ka"..hahah..idea dtg terus utk meneruskan rajuk hati.. yup memang nak balik..ni sedang berkemas.. aku ambil duti dan beri kpdnya utk diserah kdp Dr Rozmey bagi membeli barang keperluan kem. kemudian..aku terus "Hibernate" seketika. Selesai solat maghrib terus aku baring dan tidur.
..............................Continued............................
- Bullet..Bullet..Bullet....rupanya Sir Coklat datang kejut...ajak p beli ubat deman...oh...maaf..aku dalam keadaan PENDING dan tiada MOOD...jd xdapat nk layan...
- Bergegas bangun dan ke dewan utk lihat dan bantu apa yg patut...namun GAGAL..dewan masih bergelapan(rupa-rupanya Dr Rozmey baru p beli barang & otw pulang)
- Ok la..tolong yg patut sambil cuba menerima apa yg terjadi hari ini..sambil berusaha menyiapkan sisa assignment yg berbaki dgn menggunakan laptop rakan-rakan yg sudi meminjamkan..(terima kasih)
- Sedang mencari hikmah disebalik yg terjadi..xp masih belum ku temui
- Kalau buat "assignment" atau apa-apa jua.."save" la kat mana yg patut
- Tanggungjawab tetap TANGGUNGJAWAB...xkisah la seburuk mana pn perkara yg sedang kita hadapi..xp jgn sampai kita abaikan TUGAS & AMANAH yg telah kita setuju utk pikul...
Isnin, 28 November 2011
just dont
Muhasabah diri...
terkedu menmikirkn nasib diri di sana nanti..
takala merenung sejenak...
maksud dibalik hadis ini....
"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun." (Hadis riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A)
seperti selalu..kadang kita xsedar dalam berjenaka...
hingga melukai hati yg lain...
kadang terlalu suka mengusik..
kita meragut senyuman yg lain...
dan terusik hati..takala meneliti kalam ini
"Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia adalah dipihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditepi Syurga. Dan barang siapa yang sanggup meninggalkan bertengkar sedangkan ia berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditempat yang tinggi didalam Syurga...
Isnin, 21 November 2011
19 November..Maafkan sy!!!
oh Tidak!!!
kesibukan pd malam 18 november membuatkan aku lupa sesuatu yg penting utk diungkapkan
"Happy Birtdy MY Best Freind"
Alasan:
1.sibuk menyiapkan "slide show" utk Program Transformasi
- hingga xdengar bunyi reminder dari HP
- meneruskn tumpuan dan perbincangan hingga lewat pagi
2.lewat bangun pagi 19 november
- terus kalut-kalut siapkn diri utk Taklimat industri
- langsung xingat utk wish sbb fokus nk p taklimat
- time taklimat, tiada sebarang panggilan dibenarkan
- terus masukkan HP dalam beg hingga pulang ke bilik pada jam 2.00 ptg
3.keluar membeli barang keperluan program
- perut lapar tiada perkara lain difikirkan selain makan
- sibuk memikir apa yg perlu dibeli hingga lupa 19 nov "its a special day"
- beli belah di tesco walau pegang HP xp masih belum ingat "its a special day"
4.fokus siapkn keperluan dan persedian program
- buka dewan dan terus set up apa yg patut
- kusyuk fikir pasal pembentangan
- waktu pembentangn terus melupakn soal HP dn lain-lain
- berbincang dgn para peserta (no phone are allow)
5.siap sedia utk p kenduri
- selesai kem lewat malam
- perut lapar..p sentap dekat subaidah
- lansung xingat apa-apa tentang sepcial day
- selesai makan balik bilik...xp dalam kepala masih bermain tentang perjalan program utk esk
- walau mata letih masih lagi gerakkn kudrat yg ada utk emailkn apa yg patut pd rakan fasilitator
- tido dgn letih pd jam 2.30 pg (xingat apa22)
6.pada 20 nov-keadaan yg sesak & marathon yg bodossssss
- bangun seawal jam 5.30 pg
- bergerak ke ferry dgn harapan dapat sampai rumah dgn lebih awal
- rupa2nya sesak aduh...3 jam di dalam kereta sebelum berjaya naik ferry
- dalam 3 jam banyk perkara di bualkn..
- lupa terus pasal "special day"
- perkara terburuk...BAKI KREDIT RM0.00
- NO SMS NO CALL
- dalam kepala hanya fikir soal program,marathon yg bodoh di penang bridge,incident,kisah lama dLL
7.Fokus kenduri dan program sahaja
- p to pup setibanya d sg dua
- sampai rumah.makan mandi terus g rumah kenduri
- hulurkn bantuan pa yg patut
- sambil-sambil tu update pasal kem
- sentiasa merenung jam..menhingtung waktu nk balik USM
- tiada perkara lain..hanyalah kenduri dan program di dalam otak ini
8.kembali pada Program & Tersedar jua akhirnya
- sesi pembetangan kertas kerja
- sesi kemas mengemas
- balik bilik..lalu baru aku sedar setelah aku belek kembali tarikh2 pada HP
- maybe last person wish on the wrong date...sorry!!!
- selesai segalanya tugas lain pula menjelma
- siapkn budget utk program seterusnya hingga lewat pagi
- tido..zzzz
xp terfikir sejenak..kenapa shabt sy X call..opsss rupa-rupanya dia juga sibuk...kalau dia call sudah pasti akn SY ungkapkan...anyway SELAMAT HARI LAHIR YG KE-22 UKHWANUL MUKMININ
Khamis, 17 November 2011
10 Pekara Hal Sia Sia
Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan
bahawa ada sepuluh (10) hal yang termasuk dalam kategori sia-sia,
iaitu:-
1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidakdimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.
4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan
salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk
keselamatan arwah-arwah mereka.
5. Laki-laki yang masuk pada hari
Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa
mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.
6. Laki-laki atau wanita yang
tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak
mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa
memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan
meningkatkan budi pekerti.
10. Orang yang tidak menyedari
tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan
kekenyangan di dalam rumahnya.
Jumaat, 11 November 2011
Happy 100th Anniversary SKGP
Sk Guar Perahu telah ditubuhkan pada tahun 1911 oleh Allahyarham Tuan
Haji Bin Muhamad .Dengan usaha beliau, seorang guru yang tahu membaca
Melayu(Jawi) telah dilantik menjadi guru.Beliau adalah
Allahyarham En Saleh bin Hj.Tahir.Muridnya seramai 7 orang sahaja.Pada
tahun 1912 Kerajaan Negeri Selat telah mendirikan sebuah sekolah baru
ditempat yang sama dan Sk Guar Perahu ini hanyalah berdindingkan papan
dan beratapkan nipah pada mulanya.
Lencana Sekolah |
Fakta menarik utk aku !!!
1.Usia sekolah ini sudah mencecah 100 tahun
2.Aku merupakan generasi yang ke-90 besekolah di sini dan anak sedara aku merupakn generasi yg ke-100
3.Arwah emak juga pernah bersekolah di sini dan begitu juga adik beradik aku yg lain(harus la hehe)
"HAPPY 100th ANNIVERSARY" |
Selasa, 8 November 2011
Manfaat...
RENUNGAN
THE MOST IMPORTANT THING IS....
Is all about the "SACRIFICES"
"Allah paling sayang pd insan yg memberi manfaat buat umat manusia yg lain"
1."Jika kita mengejar dunia,dunia pasti akan menghina kita"
2.Untuk dapat sesuatu..kita perlu jadi sesuatu
3.Kita
tidak perlu makanan "EMOSI" yakni "PUJIAN" yg membonGkakan kita..tapi
kita perlukan makanan "ROHANI" yakni "KEIKHLASAN" mengerjakan sesuatu
hanya kerana Allah.
Sesuatu yg mengagumkan Aku!!!
Cita-cita: ingin meninggal dalam bulan Ramadhan pada hari Jumaat
Prof Dr Mahya
Bagaimana kita merasa bangga pada Dunia yg sementara..yg bakal meninggalkn kita...
Bila waktunya tiba kita kembali ke sisi NYA...Teman sejati hanyalah "AMALAN"
Isnin, 7 November 2011
"Aku & Aidul Adha"
Hari raya korban….a little bit sad…
1. Xdapat p solat raya sbb hujan (ALASAN)
2.Xdapat ziarah kekasih hati 1st
day raya (dok wat teruk2)
3.Sekejap ja Allah izinkn utk menemui
sahabat tercinta (almost 3 hours pn xsampai)
But…a little bit happy too!!!
1.Update perihal keluarga
2.Kenduri saudara mara
3.Perkhabaran berita kematian
1.
Waktu yg singkat tu amat
bermakna
I.
“ALHAMDULILLAH”
II.
Dalam hujan p beraya ke rumah
Deq Na bersama Farid Kamil
III.
Di penghujung malam raya pertama
p "mentedarah" KFC bersama Ukhwanul Mukminin & Panglima Aibar
IV. Sempat juga berkongsi cerita dan menghabiskan tempoh yg singkat ini dgn depa
2.
Sepupu sy dapat twin…baby boy
pulak tu…baru berusia 10 hari..syukur..
2nd day…
- Ayah masak N.daging..Alhamdulillah…dapat juga mengundang teman2 utk bertandang..xp hujan membantaskan segalanya
- Deq Na, Ukhwanul Mukminun, Putera Haikaz & Sir Coklat ja dapat bertandang..
- Baru ja berniat nk jumpa Panglima Aibar & Farid Kamil sebelum depa berangkat ke destinasi masing2..
- Xp harus Redha…Allah ada perancanganNYa..InsyaAllah..di lain waktu pasti bertemu lagi
- “SEMOGA ALLAH SENTIASA MERHAMATI KALIAN”..(Amin)
Note:
1.Raya haji cari
maruku … (Sir Coklat)
2.Sy perlukan navigator…
(Putera Haikaz)
3.Berharap dapat bertemu lagi Aidul Adha pd tahun depan (InsyaAllah)
4.1st time Ayah beli sos "expired date" (terpaksa beli yg baru pulak)
"Cute x...ciplak dari blog sapa tah heheh" |
Jumaat, 4 November 2011
tHAts WHAt i AM
- I'm a TEACHER
- I'm a SINGER BASED ON THE TRUTH STORY!!!
- I'm a WRITER
Belatar belakangkn pekan di California sekitar pertengahan 60-an, "Thats what i am" sebuah cerita tentang seorang budak lelaki berusia 12-tahun, Andy Nichol (Chase Ellison), seorang pelajar yang seperti kanak-kanak lain seusianya, akan berbuat apa-apa sahaja untuk mengelakkan konflik kerana takut mengalami ejekan dan hukuman daripada rakan-rakan sekolah rendahnya yang lebih "high standard".Encik Simon (Ed Harris), guru yg paling dihormati telah memasangankn Andy dengan "orang buangan" yang terasingkan di suatu sudut kelas sosial di sekolahnya iaitu Stanley AKA "Big G" (Alexander Walters), bagi menyiapkan tugasan yg diberikan guru mereka. Berambut tebal oren, kepala yang terlalu besar untuk badanya dan telinga yang terlalu besar untuk kepalanya, "Big G" telah menjadi bahan ejekan sejak sekolah rendah lagi. Tidak lama selepas itu, Andy telah belajar bahawa terdapat suatu kepastian di sebalik kegilaan Encik Simon meletakan mereka bersama.
Selepas sebuah peristiwa dramatik dalam sekolah, guru dan ibu bapa telah memikirkan semula peranan mereka di sekolah dan masyarakat. Pengetua Kelner (Amy Madigan) telah menggantung seorang pembuli sekolah yang berlaku kejam terhadap rakan sekelas perempuannya. Bapa pembuli tersebut telah membuat Encik Simon sasaran khabar angin tentang seksualiti, menyebabkan beliau sebagai seorang pendidik dan mentor kepada pelajar-pelajar telah tergugat dan tercalar maruahnya. Apabila Andy melihat "Big G" berani berhadapan dengan pembuli sekolah mengenai kejadian itu serta beberapa siri peristiwa yang dicetuskan. Banyak kejutan yang Andy, tahu bahawa "Big G" seorang yang cemerlang, baik,bertolak ansur dan mempunyai maruah yang lebih daripada sesiapa yang pernah Andy pernah temui dan akhirnya telah mengubah persepi Andy untuk menjadi lebih matang dan dewasa.
KESIMPULAN:
1.banyak pengajaran mengenai peranan kita dalam sesebuah masyarakat
2.bukan sekadar sebuah cerita hiburan
1.banyak pengajaran mengenai peranan kita dalam sesebuah masyarakat
2.bukan sekadar sebuah cerita hiburan
3.bergelinangan air mata..meruntun jiwa..menahan sebak di dada...
4.its all about what u are!!!
memang x rugi la kalau layan...
cerita macam ini la yg kita perlukan...
bukan cerita seram dan komedi yg entah apa-apa...
xp sebuah kisah realiti dan kehidupan sebenar masyarakat...
yang mampu mendidik dan membuatkn kita berfikir...
bukannya sekadar cerita mat rempit dan minah bohsia..
xp sebuah cerita dan kisah yang membina...........
Khamis, 3 November 2011
Rabu, 2 November 2011
Selasa, 1 November 2011
Langgan:
Catatan (Atom)