Antara gangguan ketika melakukan solat adalah:
1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratulihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa
ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan
itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.
Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu
mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat
takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.
2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat
Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan
mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan
membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang
disebut dengan khinzib.
“Apabila kamu berasakan kehadirannya,
ludahlah kekiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun
melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat
Muslim).
3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang
bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat,syaitan akan datang
kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang
dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah
ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam,
setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yangbermaksud: “Apabila
dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut
sampai ia tidak mendengar suara azan. Apabila muazin selesai
azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila
selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang
yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak
kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.”
(Hadis Riwayat Bukhari).
5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada
syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi
seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu
pada tempatnya.Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman
Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah
memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum
sah.
Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat,
bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang
mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah),
lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.
Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud(thuma’ninah) dan
lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (HadisRiwayat Bukhari
dan Muslim).
6) Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud.
Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya
selepas solat.
“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana
perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang
dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya?
“Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya
dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud.
“Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata
Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).
7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat
Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat kekiri atau ke kanan, itu
akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu,selepas takbiratul
ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga
perhatian kita menjadi fokus dan tidak dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah
hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian
syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).
8) Menguap dan mengantuk
Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada
syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.”(Hadis
Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun
menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang
mencegahnya(menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti
syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
9) Bersin berulang kali ketika solat
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana
yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu
daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).
Ibnu Mas’ud berkata,
“Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat
sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak
lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan
pelbagai cara.”
10) Terasa ingin buang angin atau buang air
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian
bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya
atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin
mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (HadisRiwayat
Muslim).
Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas
daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita
semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.
~Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan