Dalam Kuliah
Feqah yang disampaikan oleh Y.Bhg Tn Hj Arshad (Bekas Ketua Hakim Mahkamah
Syariah N.Sembilan) di Surau Alamanda pada Jumaat 6 Mei 2005 yang lalu, seorang
jemaah telah bertanya pada beliau mengenai hukum mereka yang berniaga di
kawasan masjid pada hari Jumaat.
Tn Hj Arshad
menjelaskan adalah Haram lelaki Islam berjual atau membeli barangan sebaik
sahaja azan pertama Jumaat dilaungkan bukan sahaja di perkarangan masjid malah
dimana-mana jua hatta di pasaraya, restoran dan sebagainya. Walaupun mereka
yang berjual beli ini tidak mendengar azan tetapi ianya tetap haram kerana kita
sudah ada segala kemudahan sekarang dengan jam, radio, takwim dan sebagainya
untuk menentukan bila masuk waktu.
Lelaki Islam
yang menjual haram dan lelaki Islam yang membelinya juga haram. Tetapi tidak
haram jika yang menjualnya wanita Islam dan membelinya wanita Islam. Tidak
haram jika yang menjualnya wanita Islam tetapi haram jika membelinya lelaki
Islam.
Ini adalah
berdasarkan Firman Allah s.w.t.:
"Wahai
orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada
hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan
jual beli. Yang demikian itulah lebih baikbagimu jika kamu mengetahui".
Surah
Al-Jumu'ah, ayat 9
Tiada ulasan:
Catat Ulasan