Jumaat, 4 November 2011

tHAts WHAt i AM



  1. I'm a TEACHER
  2. I'm a SINGER                       BASED ON THE TRUTH STORY!!!
  3. I'm a WRITER
      Belatar belakangkn pekan di California sekitar pertengahan 60-an, "Thats what i am" sebuah cerita tentang seorang budak lelaki berusia 12-tahun, Andy Nichol (Chase Ellison), seorang pelajar yang seperti kanak-kanak lain seusianya, akan berbuat apa-apa sahaja untuk mengelakkan konflik kerana takut mengalami ejekan dan hukuman daripada rakan-rakan sekolah rendahnya yang lebih "high standard".Encik Simon (Ed Harris), guru yg paling dihormati telah memasangankn Andy dengan "orang buangan" yang terasingkan di suatu sudut kelas sosial di sekolahnya iaitu Stanley AKA "Big G​​" (Alexander Walters), bagi menyiapkan tugasan yg diberikan guru mereka. Berambut tebal oren, kepala yang terlalu besar untuk badanya dan telinga yang terlalu besar untuk kepalanya, "Big G​​" telah menjadi bahan ejekan sejak sekolah rendah lagi. Tidak lama selepas itu, Andy telah belajar bahawa terdapat suatu kepastian  di sebalik kegilaan Encik Simon meletakan mereka bersama.  




      Selepas sebuah peristiwa dramatik dalam sekolah, guru dan ibu bapa telah memikirkan semula peranan mereka di sekolah dan masyarakat. Pengetua Kelner (Amy Madigan) telah menggantung seorang pembuli sekolah yang berlaku kejam terhadap rakan sekelas perempuannya. Bapa pembuli tersebut telah membuat Encik Simon sasaran khabar angin tentang seksualiti, menyebabkan beliau sebagai seorang pendidik dan mentor kepada pelajar-pelajar telah tergugat dan tercalar maruahnya. Apabila Andy melihat "Big G​​" berani berhadapan dengan pembuli sekolah mengenai kejadian itu serta beberapa siri peristiwa yang dicetuskan. Banyak kejutan yang Andy, tahu bahawa "Big G​​" seorang yang cemerlang, baik,bertolak ansur dan mempunyai maruah yang lebih daripada sesiapa yang pernah Andy pernah temui dan akhirnya telah mengubah persepi Andy untuk menjadi lebih matang dan dewasa.

KESIMPULAN:
1.banyak pengajaran mengenai peranan kita dalam sesebuah masyarakat
2.bukan sekadar sebuah cerita hiburan
3.bergelinangan air mata..meruntun jiwa..menahan sebak di dada...
4.its all about what u are!!!


  memang x rugi la kalau layan...
  cerita macam ini la yg kita perlukan...
        bukan cerita seram dan komedi yg entah apa-apa...
        xp sebuah kisah realiti dan kehidupan sebenar masyarakat...
               yang mampu mendidik dan membuatkn kita berfikir...
               bukannya sekadar cerita mat rempit dan minah bohsia..
                      xp sebuah cerita dan kisah yang membina...........




       
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan