Jumaat, 28 Oktober 2011

Aurat oh Aurat!!!....its never to late to change

ALsan Yg selalu diguna pakai bila membangkang utk xtutp aurat!!!!  

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
 

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kita juga wajib menutup aurat  dan melindungi diri kita.”


Selasa, 25 Oktober 2011

TIPS menyihatkan MATA yang RABUN!!!






Sabda Nabi Muhammad s.a.w.
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:


• Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.

• Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.

• Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."

• Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.

• Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:

"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah,
Engkaulah yang menyihatkan".Lihat seterusnya..
Oleh: ~.yie.~WALLAHULAM


(YG PENTING...CUBA JGN XCUBA...)

Sabtu, 22 Oktober 2011

cerita tentang HIDUNG!!!



 
Fakta Menarik Mengenai Hidung: Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan, apakah fungsinya sama untuk menghirup dan menghembus nafas?Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan ( mengeluarkan dingin).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.
Anda merasa lelah, lakukan timbal-balik. Tutup lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali.

Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga senang sekali untuk panas, Lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin..
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sekali dingin.
Lelaki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali marah.

Apakah anda ada memperhatikan ketika bangun, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ?
Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

Saya biasanya merasakan sakit kepala, dan rasanya seperti ditusuk-tusuk. Kemudian saya berubat dengan doktor dan beliau mengatakan ,"Anda akan sembuh jika berumah tangga!" Doktar itu tidak bercakap kosong. Apa yang dia sampaikan disertakan dengan teori dan bukti.
Pada waktu itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya makan ubat, tetapi tidak dapat sembuh..

Pada suatu malam. saya duduk bersemedi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri.. Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.

Ini adalah yang saya alami sendiri. Saya beritahukan kepada orang lain, jika sakit kepala, boleh mencuba cara tersebut, sebab sangat efektif buat saya. Ramai orang pun telah mencuba dan berhasil. Ini adalah terapi alami, tidak seperti memakan ubat dalam jangka panjang akan ada efek sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?

Selalulah mecuba terapi perrnafasan ini, tubuh anda akan merasa sangat tenang sekali.

(Sumber:Dipetik dan diambil daripada Laman Muka Buku Dunia maca-macam)

Rabu, 5 Oktober 2011

Oh Bila masanya !!!

 
Bercakap soal Bila...?
..ada apa dengan Bila...sudah tentu ada sesuatu dengannya
Antaranya :
1.Bila nak ada marka(couple)???
2.Bila nak kawin???
3.Bila nak kaya???
4.Bila nak pandai???
5.Bila nak pergi Haji???
6.Bila nak mati???
...dan bila-bila serta bila....


xp...dalam banyak22 bila kat atas tu...kawan-kawan selalu suka sebut :
1.Bila la aku nak kahwin???
kadang tu macam nk ambik selipar ketuk ja kepala dia...alasannya mudah..hang nk kahwin..
kahwin la..klu dok
cakap "bila" sampai bila-bila la xkahwin
sebabnya...niat tu ada...xp usaha xdak dn kadang tu..usaha tu dh ada..xp mulut tu dok juga sebut
"bila la aku nk kahwin"
cuba..tukaq..."Ya Allah..percepatkanlah jodoh ku...pertemukanlah aku dengan insan yg bernar-benar mampu
membimbingku ke jalan yg benar"..
klu cmni kan bagus...dari dok mengeluh tanpa usaha dn doa..langsung tiada guna..
sama juga la kesnya bg sesetengah kita yg suka sangat dok sebut :
1.Bila la aku nak Pandai???
2.Bila la aku nak Kaya???
3.Bila la aku nk ada rumah,kereta dan lain-lain???



mengeluh dan merungut..xkan mendatangkn hasil...dan bertanyakn diri sendiri sesuatu yg perlukan usaha utk
tercapai juga tiada guna...semua jawapan bagi Bila dan Bila tu ada pada kita
jd..bg "Bila" yg perlukan usaha...kita sertakanlah "Usaha"
dah usaha jgn lupa pulak "Tawakal dn Berdoa"


xp..bagi "Bila" yg dh komfom kita xkn capai..xpayah la nk sebut "Bila"
misalnya..dh komform xboleh ada anak..
bila nk jadi puteh melepak
harus la..xmampu nak capai....






Kesimpulannya...bagi "Bila" yg mampu utk kita capai dgn "Usaha"
kita berUsahalah utk mencapainya
manakala bg yg dah ditakdirkan kita tidak mampu capai
kita tawakal dn redha
kerana Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik buat HAmbaNya