Pemergian demi Pemergian
Dalam tempoh 23 tahun telah banyak berita kematian yang telah pun aku tempuhi dan paling meragut rasa hati takala kembali bonda tercinta ke pangkuan Maha Pengcipta pada tanggal 9 April 2007. Aku redha dan pasrah kerana kehidupan ini hanyalah sementara. Jadi seharusnya berlapang dada dan mengambil iktibar akan kematian saudara muslim kita agar termuhasabah hati menanti bilakan pula giliran diri.Kalam Al fatihah buat kalian semua yang seagama denganku.

Jumaat 13/01/12 -Perginya seorang suadara seagama (Muhammad Syakir), biarpun bukanlah rapat dan selalu berkirim berita. Namun kisah bergurau senda di suatu masa lampau kenangan yang aku tidak akan lupa. Ku sedekahkan kalam Al-fatihah dan Yassin buat peneman di sana, semoga roh saudara dicucuri rahmat-Nya. Pada usia muda, dia meninggalkan dunia yang fana. Kembali bertemu maha pengcipta pada kehidupan yang kekal abadi selamanya.

Lilin yang menyala sehingga cairan titisan terakhir, itulah diibaratkan dengan perjalanan hidup kita. Mengapa diibarat kepada sebatang lilin???Perumpamaan yang mudah. Kita hidup menjalani pelbagai ujian dan rintangan. adakalanya jua kita menghadapi musibah yang mungkin meragut nyawa sehingga ada yang pernah mengalami koma. Begitu jua lilin yang menyala. Sepanjang nyalaannya ke cairan terakhir pelbagai rintangan dan ujian terpaksa ditempuhi seperti tiupan angin. Jika lilin itu dipadam sebelum sampai ke nyalaan terkahirnya,maka diibaratkan seperti keadaan seseorang itu koma. Jika ia dinayalakan semula, ia umpama peluang yang masih Allah berikan untuk kita perbaiki pelbagai kesilapan sebelum kita benar-benar kembali-Nya.
NOte;
1.ku seru hati dan diriku untuk perbaiki segala kekhilafan diri
2.semoga segera taubat segala dosa
3.kematian itu pasti, seksaan dan ganjaran itu pasti.
1.ku seru hati dan diriku untuk perbaiki segala kekhilafan diri
2.semoga segera taubat segala dosa
3.kematian itu pasti, seksaan dan ganjaran itu pasti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan