Khamis, 29 Disember 2011

X5D Batch 2006 SMKGP


LENCANA LAMA ZMN AKU DULU 2006

 "SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR PERAHU"
Aku dedikasikan entry kali ini khas buat sahabat-sahabat
kelas 4 & 5 DEDIKASI

hehe..terkenang balik kisah dulu...ada suka ada duka...
biasa la kan..sementara nk matang
sebelum tu mai aku kenalkan X5D Batch 2006...yg sweet...kelakar....loya buruk....DLL

mula dari kiri barisan belakang
NAIM (naina),FAIRUZ (kering),FIRDAUS(beckham),AZRIN(omaq),ISKANDAR(east),IZHAM(rain),AHMAD SABRI(maksum),ASRI(boya),AKU (kepala gosip)
barisan depan
HANISAH,AIDA,ROZITA,FATIMAH,T.SALMEAH,FAZLIYANA,HAMIZAH,SHAHAINI,MIRA
 *Budak-budak pompuan kelas aku ni..satu kepala ngn aku..kaki gosip..haha
Yang tiada time bergambar ini
RIDZUAN,HASUHAIRI,FADHIL,HAWA,MUSFIRAH,ADILAH,NASYIHAH

LENCANA BARU TIME AKU DH TAMAT FORM 5 2007

 ANTARA AKTIVITI BUDAK KELAS AKU TIME TINGKATAN 4 DEDIKASI:
  1. Join kelab Usahawan Muda
    - kena masak & menjual
  2. Suka bergosip + loya buruk
  3. Ada setengah tu asyik dengan KAWAD KAKI
    - KRS
    - BOMBA (selalu kena marah dgn cikgu sbb suka keluaq kelas dn masuk lambat)
  4. Gila jamuan
    -macam2 jamuan time form 4 kami wat
    • jamuan perpisahan dgn cikgu praktikal terutamanya
      (sorry aku xingat nama cikgu22 praktikal tu...heheh) 
    5. Suka kacau "tok piah" aka Noriza (budak kampung aku)
         - sampai la aku xtau apa yg xkena sampai budak lelaki kelas aku ni cukup ANTI- dia
    6. time form 4 budak lelaki ada dua side ...
        kurang sefahaman dgn geng lelaki sebelah tingkap..mesti  ada isu nk bertekak dn loya buruk...hahah
         - geng sebelah pintu
            Ridzuan, Naim, Izham, Firdaus zakaria (pak ya pindah waktu penghujung form 4), Sabri & aku
         -geng sebelah tingkap
            Firdaus beckham, Fairuz, Fadzli (dia pindah p SMKP time form 5), Azrin, Hasuhairi
         - geng yg xmasuk list
            Asri, Abidin (missing in action)

Majlis perpisahan dgn cikgu Praktikal
cute x???hehehe

FORM FOUR...adalah masa utk "honeymoon" orang kata so...study nI kurang la cikit...kami bnyk enjoy n berfoya-foya...sebelum aku lupa..mai aku kenalkan cikgu-cikgu aku dulu...sowi gambaq xdak...
Inilah cikgu akaun kami aka Ayahanda
  1.  T.Salmeah (B.I)
  2. C.Noliah (B.M)
  3. C.Norita (SEJ)
  4. C.Noraini (SEJ)
  5. Ustazah Asma (P.I)
  6. Ustazah Normah (P.I)
  7. C.Saliza (GEO)
  8. Ustaz Ahmad Zaid (PJK)
  9. C.Zainon (PD)
  10. C.Rakiah (MAT TAM)
  11. C.Ismahani (MAT MODE)
  12. C.Normahani (SAINS)
  13. C.Noraini Intira (SAINS)
  14. En.Abdullah (AKAUN)
  15. T.Uvati (PD)
  16. C.Norhana (tuition JKP)
  17. C.Zaini  (tuition JKP)
  18. C.Yushannis (tuition JKP)

    inilah senarai cikgu2 kami dulu...banyak sangat memori yg xboleh nk cerita dekat cni..sbb trlalu privacy..haha.semoga Allah sentiasa merahmati kalian...JASAMU DIKENANG...TERIMA KASIH CIKGU..
TIME FORM FIVE ---- agak serius cikit la belajaq...tiap2 kali lepas balik...kami ada discussion terutama utk subjek Akaun ... kantin dn library port utama la...xp dulu disbbkn ada cikgu perpusatakaan kata kami dok berdating dlm library..jd kami pun pindah la p kantin...dan aku masih ingat g time study kat kantin ni..mula2 puak2 kelas aku ja...last sekali berjangkit la dgn budak2 kelas lain...heheh...masalahnya study xbnyk mana pun..dok bercerita ja lebih...xp yg lebih dahsyat..tepat jam dua ja....boleh pula depa buka TV3 nk tgk sinetron aku xpasti sama ada cita Bawang Putih, Bawang Merah atau Malin Kundang....adeh...terbaik la...hahhah


VS




 ANTARA AKTIVITI FORM FIVE:

  1. Terlibat dalam pantomin utk hari kokurikulum sekolah
    ....hahah...mmg meletpos...satu kelas aku join..jd tiap2 petang ada latihan...yg paling bestnya...waktu penyampaian anugerah KO-K pelajar xramai...xp time kami wat persembahan...penuh satu dewan....
Time latihan - Vespa sapa tah la cikgu aku ambik
ini la Hawa (cik buluh betong) n Nasyihah...


Sebahagian rakan2 yg menjayakan pantomin..

  2. Kami buat bendera Malaysia gergasi sempena sambutan hari kemerdekaan (gambaq tu aku xtau ada kat sapa ... )

Sekadar Hiasan
 3.Bercuti di kebun buah Ibu mertua T.Salmeah yg kami panggil "OPAH" dekat Cangkat Jering  ...agak menarik juga la p sana..dapat makan durian n dapat mandi air terjun...best wow....dan juga adegan2
- drama air mata minggu ini..eh eh....xp apa pn we all enjoy...
- ingat lagi dgn driver van (pak su hanisah) yg cool bersama hilai tawa yg mmg VOks..
- seluar kecik omaq yg tututut....................
- main pakau
- Tonton AF konsert akhir Hasmawi ani aka MAWI world
Lebih kurang cmni la..hehe
- buang angin yg sepatutnya
- masak meggi
aku xmkn durian...hahah
Mawi world
- BBQ
- GOSSIp
- explore race meredah kebun opah
- Wat konsert dalam Van

"DAN XLUPA marilah  SAMA2 SEDEKAHKAN AL-FATIHAH buat Opah yg sudah kembali kerahmatullah..Inalillah
semoga rohnya dicucuri rahmat dn ditempatkn dcc org yg beriman..INysaAllah


4. Isu - Isu yg HOT n ke ba BOM
  •  Love story classmate & classmate
  •  Cemburu (hem...hahhah)
  • Jatuh kerusi - Timah Vs Fairuz
  • Xberapa NGAM dgn budak kelas 5Fikir
  • Budak pompuan Vs Budak Lelaki with C.Noliah
  • Takraw dlm kelas
  • Denda dgn ckgu Ismahani
  • Cikgu Ismahani merajuk sbb ada antara kami yg xnk ambik paper trial dari sek lain utk add math
  • kaki tidur time sejarah Ahmad Bie

    Sebenarnya bnyk lagi kisah lain..dn aku pasti rakan2 lain ada memori dn kenangan mereka tersendiri Last but not least .... Kami pun tamat form five....masing2 bawa haluan sendiri...sementara nk tunggu result keluar pd tahun 2007...macam besa la...keja la eyehhhhhhhhhhhhh....hahah

Ini time last waktu dok kemas2 kelas...windu sangat dulu2 hahha
anyway....to all my ex-classmate im wishing u all da best
Tiga sekawan....
Last paper B4 masing2 bawa haluan sendiri

 Update berita Ex-classmate buat waktu sekarang la 2011..maybe 2-3 taun akan ada lg perubahan
  1. Aku - masih study di USM
    Izham - MMU (finale yer)
    Fairuz - UPM (finale yer)
    Aida- UMS (finale yer)
    Nasyihah - Unimas (finale yer)
    Fatimah - Uitm
    Mira - Politeknik
    Musfirah - UPSI (3rd yer)
    Shahaini - UUM (finale yer)
    Firdaus Bakar - UNIKL
  2. Fazliyana,Naim,Rozita,Adilah, Hawa, Iskandar, Bie,Omaq,Adik(hasuhairi),Fadhil, Wan, - dah bekerja
  3. Asri, Mizah dah bekerja sbg Nurse sekarang
  4. Hanisah - dah berkawin nk masuk dua org dh ank dia

    FAkta:
    -klau wat reunion mmg susah nk kumpulkn semua 24 org ni...jd selalu klu terjumpa pn..time kenduri,p pasar malam, main bowling, hari raya dn menghadiri upacara pengkebumian...
    - satu perkara yg aku xpernah lupa...time mak aku meninggal...Alhamdulillah 12 orang budak lelaki semua dtg...

    Harapan:
    - kalau kawan nnt kenduri mahupn ada berita baik atau buruk sila maklumkan
    - InsyaAllah klu da kelapangn kita semua akan berkumpul semula
    - Biarpn kita dh membawa diri..namun jgn pernah kita lupa akan teman2 kita...maafkanlah kesalahan dn kesilapan mereka..halalkan apa yg terhutang dn terambil...sentiasa doakan yg terbaik buat mereka
 "SEMOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI KITA SEKALIAN HAMBA-NYA"
SELAMAT MAJU JAYA KAWAN-KAWAN






Tasik Galilee (antara Mistik & Kebenaran)

Di lewat malam ini..minda aku jauh berkayal..ku ringangakn jari - jemariku mencari info menarik di laman2 sensawang..Alhamdulillah..ku temui suatu perkara  antara MISTIK dn KEBENARAN ...
sebelum meneruskan bacaan yg pastinya panjang...ingin aku ingatkan kalian dn diri ku jua
sentiasalah berpegang kepada perkara yg ENAM iaitu RUKUM IMAN

"Bacalah hingga selesai - agar kalian mendapat pedoman - semoga Allah merahmati kita sekalian hambanya"

Dimana Tasik Galilee?

MISTERI TASIK GALILEE


Paras air Tasik Galilee semakin teruk merosot semenjak Israel menguasai sumber air di tasik ini..Antara punca2 kepada kemerosotan ini mengikut sumber dari akhbar yahudi Jerusalem post adalah disebabkan kegiatan tindakan rakus Israel melengcongkan anak2 sungai yg mengalir ke Sg. Jordan, Israel mengawal air yg mengalir dari tasik ini semenjak lebih kurg. 30tahun dulu dan mengepam sumber air dari tasik ini bagi tujuan pengairan di kawasan2 lain di Israel,.. serta bagi memenuhi keperluan penduduk Yahudi yang akan berkunjung ke situ pada setiap hari Sabtu yang merupakan hari yang penting dalam masyarakat Yahudi.. Akibat dari tindakan rakus ini.. tasik galilee dah semakin susut dgn teruk yg tidak pernah berlaku dlm sejarah [berlaku dizaman kita tidak berlaku di zaman ibubapa kita] dan dijangka akan menjadi semakin susut menjelang musim panas ini..

DIMANA TASIK GALILEE?




Kalau kita tengok pada gambar Tasik Galilee ini terletak dalam wilayah Israel hari ini. Tasik yang mempunyai air tawar terendah di dunia ini seluas lebih kurang 53 kilometer dan sedalam lebih daripada 200 meter. Nama Tiberias diambil daripada nama seorang Kaisar Rom bernama Tiberias. Selain itu kota Tiberias juga dikenali dengan nama Galilee/ Galileadan banyak nama lain. Majoriti penduduknya ialah orang-orang Yahudi.
Kota dan tasik ini menjadi destinasi pelancongan di Israel dan pada setiap hari Sabtu (hari cuti bagi agama Yahudi) ia akan dipenuhi dengan kaum Yahudi untuk mereka berekreasi. Banyak hotel mewah, kedai dan restoran di sini.

DAJJAL DAN TASIK GALILEE
Tasik Galilee/Tiberias ada disentuh dalam sebuah hadis popular yang mengisahkan pengembaraan seorang sahabat bernama Tamim ad-Dari.
Menurut Sahih Muslim, Tamim ad-Dari pernah belayar bersama-sama 30 orang. Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan oleh Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang banyak bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.
Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di sana mereka ketemu seorang manusia (kemudiannya dimaklumi sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan dirantai tangan dan kakinya (pasung). Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya ialah:
Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.”
Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”
Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”
Mereka menjawab “Ya.”
Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu hampir kering.”…..
[Ringkasan daripada Sahih Muslim]
Dari hadis Sahih ini dapat menjelaskan pada kita bahwa Dajjal itu adalah individu(manusia) bukanlah sesuatu bangsa, satu ideologi atau mitos agama semata2 dan telah dicomfirmkan sendiri oleh Nabi kita didalam hadis tersebut..
Disini terdapat 2 teori yang dijelaskan mengenai fizikal Dajjal semasa dipasung seperti yang diperkatakan dalam hadis ini, iaitu makhluk yang berbadan besar. Menurut buku yang saya baca dalam “Membongkar Misteri Dajjal”
(1) beliau mengatakan Dajjal ini umurnya dipanjangkan oleh Allah dan ia lahir sewaktu di zaman Nabi Sulaiman lagi yang mana manusia di zaman itu berbadan(fizikalnya) lebih besar.
(2) Teori seterusnya Dajjal itu hasil dari cantuman [campuran] manusia dan jin, maka kebolehannya utk merubah rupabentuk Dajjal itu tidak mustahil dan merupakan fitnah Dajjal kepada semua manusia yg akan menganggap dia adalah raksasa atau makhluk berbadan besar..Wallahu Alam

KEMUNCULAN YAKJUJ MAKJUJ
Cerita pengeringan Tasik Tiberias ini disebut juga dalam hadis tentang Yakjuj Makjuj, namun Yakjuj Makjuj datang selepas kemunculan Al-Mahdi dan Nabi Isa as.
“…Mereka (Yakjuj Makjuj) melalui Tasik Tibriah yang mana barisan pertamanya menghabiskan kesemua air yang ada di tasik tersebut…”
Dari ringkasan hadis diatas..menerangkan tentang Yakjuj Makjuj dari barisan pertama [golongan induk] yg akan menghabiskan kesemua air di tasik itu, kemudian dtg pula barisan Yakjuj Makjuj yg seterusnya mengatakan dulu disini ada air..
Ini menunjukan fakta Yakjuj Makjuj ini sudah lama bebas dan tembok yg menghalangnya sudah lama runtuh.. bangsa Yahudi Zionis yang ada kat Israel skrg adalah barisan pertama yg akan mengeringkan Tasik Galilee nih dgn asbab2 seperti yg saya ceritakan di atas..
YAHUDI ZIONIS yang memerintah Israel sekarang ini bukan dari keturunan Bani Isreal [NABI ISHAQ]. Mereka menipu seluruh penduduk dunia dengan mengaku sebagai Bani Israel padahal mereka ialah bangsa Khazars yang ganas dan bengis dari selatan Russia, induk Yakjuj dan Makjuj yang telah dilepaskan dari tembok Zulkarnain seperti yang dijanjikan di dalam alQuran.. Misteri ini kian terbongkar..
Fakta lain yang menyokong dakwaan tembok Yakjuj & Makjuj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:
“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97
Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.
Sebaliknya telah disebutkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim bahwa Nabi saw bersabda: “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Yakjuj dan Makjuj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk.
(HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).
Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 Surah Al-Kahfi yang menyatakan Yakjuj & Makjuj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!!
Untuk penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World dan rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku SÅ«rah al-Kahf and the Modern Age dari tulisan Maulana Imran Hosein

MUNCULNYA DAJJAL DARI KHURASAN
Saya percaya bandar Dubai di tanah Arab di sana merupakan tempat di mana Al-Masih bakal muncul.., di situlah segala-galanya berkumpul. Sama seperti kes mengenai Tasik Galilee, iaitu satu tempat diberi banyak nama oleh banyak kaum dan bahasa, namun tempat itu kekal tempat yang sama,..begitu juga tempat yang bernama Khurasan,
Teori Dajjal telah muncul dari Khurasan adalah berdasarkan dari hadith Nabi yang berbunyi;
“Dajjal akan keluar dari negeri sebelah timur yang bernama Khurasan.” (Riwayat Tirmizi dan Hakim)
Untuk mengukuhkan lagi fakta berkaitan daerah Khurasan ini, saya cuba bertanyakan beberapa soalan kepada seorang penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”
Penulis buku itu menjelaskan kepada saya dan mengiyakan pandangan bahawa Dubai juga berada dalam daerah Khurasan..Baca hadis biasa dan masyhur tentang akhir zaman dalam hadis 40 kitab Imam Nawawi, pada topik hadis Iman, Islam dan Ehsan..Berikut adalah petikan akhir hadis tersebut..
Beritahukan aku tentang hari kiamat (bilakah kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya…”
Menurut pendapat beliau hadis ini (lokasi Dubai) adalah menepati hadis ini. Bukankah kaum yang tinggal di jarizah Arab termasuk di Dubai pada asalnya hanyalah pengembala kambing di gurun-gurun panas. Kini Dubai bangga dengan al Burj dan bangunan tinggi terus dibina dan kini Riyadh mahu menandingi al Burj. Semua ini menepati kalam nabi dari hadis di atas.
Nabi Muhammad saw melabelkan Khurasan sebagai tempat di mana Al-Masih Dajjal sanggup menunjukkan mukanya…Tidakkah kita terfikir,.. mana mungkin ada tempat yang namanya seakan Khurasan akan mudah dikesan oleh mana-mana manusia, kalau begitu kanak-kanak juga mampu mengesan di mana Khurasan yang dimaksudkan…Ingin saya berkongsikan, terdapat 1 berhala besar sedang dibangunkan dekat2 dengan Dubai, dan yang membangunkan itu “sedang kena” dengan 1 fakta hadis sahih tentang tanda sebelum kemunculan Al-Masih.
Salam peringatan dari Nabi S.A.W telah direkodkan sejak 1400 Hijrah dalam banyak hadis2 sahih dan ianya benar2 terjadi pada zaman kita. Hadis itu berkenaan dengan sekumpulan wanita di akhir zaman akan menari2 di depan berhala besar dan tinggi, sedangkan Islam pernah sampai ke situ…saya lampirkan juga hadis itu dibawah, walaupun saya berniat utk membiarkan kamu sendiri mencari dan menemukan hadis itu.. kerana perkara yang kita cari sendiri lazimnya pasti kekal di minda kita, berbanding perkara-perkara yang kita dapat dengan mudah…mengikut kefahaman saya..
Kitab : KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT
Bab : Bab Tidak akan berlaku Kiamat Sehingga Bani Daus Menyembah Berhala Zal Khalasah
5173 Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah perempuan-perempuan tua Bani Daus memukul gendang sambil mengelilingi (untuk menyembah) Zal-Khalasah iaitu berhala yang disembah oleh Bani Daus pada zaman Jahiliyah di Tabalah.

FITNAH DAJJAL

Masa untuk kemunculan Imam Mahdi akan hadir tidak lama lagi, Mereka2 yang masih kekal di dalam liputan sistem2nya “tidak mungkin” dapat membezakan siapakah Al-Masih yang sebenarnya, [sila rujuk semua kiriman Tuan Megat Panji Alam yang lepas untuk mengetahui kenapa ini berlaku??] dan sebelom itu umat Islam akan diuji dengan bahang kepanasan yang berturut2 selama 3 tahun tak lama sahaja lagi,
Diriwayatkan oleh Ahmad yang diterima dari Asma binti Yazid al ansariah:-
“Pada suatu hari, Rasulullah saw datang ke rumahku. Baginda menceritakan perihal Dajjal lalu berkata; Tiga tahun menjelang kedatangan Dajjal akan terjadi kemarau dan saat kekeringan. Pada tahun pertama langit menahan satu pertiga air hujan dan bumi menahan sepertiga tumbuhannya. Pada tahun kedua langit menahan dua pertiga air hujan sedangkan bumi menahan dua pertiga tumbuhannya. Pada tahun ketiga langit menahan kesemua hujannya, begitu juga bumi menahan kesemua tumbuhannya.”
Kerana kemarau panjang selama 3 tahun inilah Tasik Galilee sudah hampir mengering..
Hadis lain berkaitan Tasik Galilee:
”Al-Mahdi akan mengeluarkan tabut dari Tasik Tiberias/ Tibriyah.”(Iqd al-Durar fi Akbar al-Imam al-Muntazar oleh Syeikh Jamaluddin Yusuf al-Damisyqi)
Apakah Imam Mahdi akan menguasai kawasan itu daripada tentera Israel lalu mengeringkan Tasik Galilee dan mengeluarkan tabut? Ataupun mungkinkah tentera Israel ada membina kompleks rahsia di bawahnya dan menyorokkan tabut di situ?.. Persoalan ini saya tinggalkn di sini..kerana saya bukanlah orang selayaknya mentafsir hadis ini.. Cuma mahu mengajak sahabat2 lain untuk sama-sama berfikir dan mengkaji terus mengkaji..
PENUTUP
-Hafal 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi atau 10 ayat terakhir – Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.. Dalilnya adalah hadis dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi s.a.w berkata:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”(HR Imam Ahmad)
-Baca doa selepas Tahiyyat Akhir seperti berikut:- kewajipan untuk berlindung dari fitnah Dajjal merupakan perkara yang amat penting buat kita. Kerana dalam sebegitu banyak hadis2 kita telah di diberi beberapa ‘amaran’ oleh Rasulullah s.a.w tentang bahayanya Dajjal.
Sebab itu dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bila seseorang selesai membaca Tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ‘ Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah Dajjal’. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya]” [Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu Jarud dalam Al-Muntaqa (27)]
Dalam riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad dengan sanad yang sahih, Nabi selalu membaca doa tersebut dalam Tasyahudnya. Lihatlah betapa pentingnya untuk kita berlindung dari fitnah Dajjal tersebut, Nabi s.a.w seorang manusia yang secara mutlaknya mendapat lindungan dari Allah sendiri selalu memohon perlindungan dari fitnah dajjal,..sedangkan siapalah kita disisi Allah?..
Bahayanya fitnah dajjal ini bukan sahaja mengelirukan orang awam yg rendah ilmu dan imannya, tetapi jika di lihat sejarah, berapa ramai ulama’ terkeliru dengan Dajjal ini, baik Dajjal kiasan ataupun realiti. Fitnah dajjal amat dasyat, boleh jadi seseorang yg awalnya Islam akan tersesat di akhir hayatnya..Nauzubillah..
-Simpan Emas banyak-banyak, system duit kertas tidak akan bernilai dan system kapitalis akan hancur tidak lama lagi..
-Marilah buat persediaan, berlatih memanah, berkuda dan berenang.

SUMBER:
  1. http://lacesofourlove.blogspot.com/2010/10/paras-terkini-air-tasik-galilee.html
  2. http://laman-utama.859075.n3.nabble.com/KERINGNYA-TASIK-GALILEE-amp-TURUNNYA-NABI-ISA-td868410.html
  3. http://www.babyintan.com/2011/03/tasik-galileegerun-membacanya.html 
  4. http://alhishamz.blogspot.com/2011/11/dajjal-muncul-di-tasik-galilee.html 
  5. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=211413835610608&set=o.182861435058972&type=1&theater 
  6. http://ohtidak.com/oh-dubai-dan-berhala-tertinggi-di-dunia/ 

Rabu, 28 Disember 2011

12 Wajah di Padang Mahsyar


Pada Hari Kiamat, umat Islam dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan dengan membawa amalan mereka sendiri.. Maka telah dinyatakan oleh Rasulullah saw keadaan di Padang Mahsyar nanti, lalu digambarkan 12 barisan berkenaan iaitu :-

1. Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan tidak berkaki.

Keadaan ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah SWT : " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jiran, maka ini balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

2. Diiringi dari kubur dalam keadaan berbentuk babi hutan.

Datanglah suara dari sisi Allah yang berfirman : " Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya, dan tempat kembalinya adalah neraka.."

3. Mereka datang dalam bentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

Allah swt menjelaskan : " Mereka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

4. Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti pancutan, keluar daripada mulut mereka.

Allah swt menegaskan : " Mereka ini adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya, dan tempat mereka adalah neraka.."

5. Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bau bangkai. Ketika itu Allah swt menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

Allah swt menegaskan. " Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah swt, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

6. Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus daripada badan.

Allah swt berfirman: " Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya, dan tempat kembal mereka adalah neraka.."

7. Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dan dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.

Allah menegaskan : " Mereka itu adalah orang yang enggan memeberi kesaksian dia atas kebenaran, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka."

8. Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

Allah swt berfirman : " Mereka adalah orang yang berzina, maka inilah balasannya, dan tempat
kembali mereka adalah neraka.."

9. Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru, sementara dalam diri mereka penuh dengan api yang bernyala.

Allah swt menyatakan : "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

10. Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

Allah swt berfirman : " Mereka adalah orang yang derhaka kepada kedua-ibubapanya, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

11. Diiringi dari kubur dengan berkeadaan buta, gigi memanjang sepeti tanduk lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan lidah terjulur memanjang sampai ke perut dan keluar berbagai-bagai kotoran.

Allah swt menegaskan : " Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

12. Diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat sperti kilat.

Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih menegaskan : " Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak melakukan kebaikan. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara soalat lima waktu, ketika meninggal dunia mereka sempat bertaubat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.."










Bersama renungkan...GOLONGAN mana satukah kita

Isnin, 26 Disember 2011

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.



WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

            “Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
            Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
            Juga pun”.


Haram Lelaki Islam Berjual Beli Sebaik Azan Jumaat



Dalam Kuliah Feqah yang disampaikan oleh Y.Bhg Tn Hj Arshad (Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan) di Surau Alamanda pada Jumaat 6 Mei 2005 yang lalu, seorang jemaah telah bertanya pada beliau mengenai hukum mereka yang berniaga di kawasan masjid pada hari Jumaat.

Tn Hj Arshad menjelaskan adalah Haram lelaki Islam berjual atau membeli barangan sebaik sahaja azan pertama Jumaat dilaungkan bukan sahaja di perkarangan masjid malah dimana-mana jua hatta di pasaraya, restoran dan sebagainya. Walaupun mereka yang berjual beli ini tidak mendengar azan tetapi ianya tetap haram kerana kita sudah ada segala kemudahan sekarang dengan jam, radio, takwim dan sebagainya untuk menentukan bila masuk waktu.

Lelaki Islam yang menjual haram dan lelaki Islam yang membelinya juga haram. Tetapi tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam dan membelinya wanita Islam. Tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam tetapi haram jika membelinya lelaki Islam.

Ini adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t.:
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baikbagimu jika kamu mengetahui".
Surah Al-Jumu'ah, ayat 9

Ahad, 25 Disember 2011

AKu dn KariPap

 
Karipap...memang dh jd kegemaran aku...
jadi balik cuti sabtu dn ahad yg lalu..
aku pn buat la karipap..heheh
dulu aku belajar buat karipap ni dari internet ja..hahah
maklumlah nk belajaq dgn emak xsempat...
so mahu xmahu..aku buka internet dn cari resepi wat karipap ni..
bukan susah pun..senang ja...
cuma rajin dgn x ja...
dn last kali dh macam jd rutin setiap kali aku balik rumah
cuti ja..aku wat karipap..
dh naik jemu family aku..hahahhaah
ok sekarang ni aku dlm usaha utk memasak kuih-muih lain pulak
harap2 jadi la...
------------------------------------------------------------------------------------------------
erm...kali ni karipap yg aku buat
aku bawa balik Desasiswa bg kwn2 rasa..
owh...depa semua pelik..sbb depa kata xpernah makan karipap ada udang
dan bertambah pelik lagi...
selalu orang buat karipap..mesti kari..
xp aku wat masak inti dia xguna kari..cuma ubi kentang,lada,udang,bawang & daun sup..
(RESEPI dar kakak aku..xtau dia ambik mana)
xp bg aku..xpelik pn..hahah..
sbb dekat kampung aku..mmg karipap ada orang letak udang..
 
 
I LOVE KARIPAP...(bkn karipap-karipap CINTA na.!!!)




Khamis, 22 Disember 2011

let it go....("Allah knows better..what is the most best for us")

Sukar utk kita lepaskan sesuatu yg kita suka dn sayang...
namun bila tiba masanya kita harus biarkn ia pergi jua...
biar tanpa rela dan terpaksa....

Tiba2 ja teringat balik kisah dulu...heheh

Di mana begitu berat utk aku membenarkn kawan2 aku pergi...
namun setelah meniti hidup di tingkatan enam aku semakin matang utk menilai...
terbuka akal aku utk berfikir dengan lebih luas...
memang sukar utk aku lepaskan seorang yg aku kasihi dan akrab utk pergi...
(bukan pergi meninggalkn alam ini..tapi pergi mencari kehidupan yg lebih baik)...
mengejar cita-cita...dan aku merelakan mereka pergi biarpun berat rasa hati...
namun aku yakin dan pasti pada takdir Ilahi...kalau itu adalah takdirnya...dan yg terbaik buat masa depannya...maka xperlu utk aku menghalangnya utk terus tinggal bersama..

"Allah knows better..what is the most best for us"

dan sebab tu juga....
bila ada kawan2 atau sahabat aku dapat peluang p mana2 sahaja
aku xpernah nk menghalang...
SEBABnya adalah:
  1. Aku xnk bila dia gagal dalam kehidupan dia nanti.Dia salahkan aku pula sebab menghalang dia pergi mencari sesuatu yg lebih baik
  2. Kita ini hidup berbeza-beza...seharusnya apa yg terbaik utk aku bukanlah terbaik utk kawan2 aku juga
  3. Kalau kamu adalah insan yg mampu berfikir matang dan tahu apa yg terbaik..maka tidak seharusnya kamu menghalang orang yg kamu kasihi utk mencari yg terbaik buat DIRInya

PERKARA Yg terBAIK UTK dilakukan:
  1. Sama2 kita berdoa agar pilihan yg dibuatnya adalah yg terbaik
  2. Beri dorongan dan semangat
  3. Yakin pada ilahi...
to all my frenz...ALL THE BEST....MAY ALLAH BLESS U!!!

remember this

"People always comes & goes but they will left us memories"

Rabu, 21 Disember 2011

SEnyum xperlu kata apa2


kalau belum senyum...sila baca ni!!!

1. Senyum akan membuatkan kita menarik
2.Senyum adalalah cerminan suasana hati kita
3. Senyum boleh berjangkit
4. Senyum Melegakan Stress
5. Senyum Meningkatkan Sistem Imun Anda
6. Senyum Merendahkan Tekanan Darah Anda
7. Membuat anda kelihatan lebih muda
8. Tersenyum Menjadikan Anda seolah-olah berjaya
9. Tersenyum Membantu anda kekal positif



fikir-fikirkan :

"BILA KITA SENYUM DEKAT ORANG,ORANG PUN AKAN SENYUM DEKAT KITA BALIK"
BILA KITA SELALU MENEGUR ORANG,ORANG PUN AKAN SELALU MENEGUR KITA
TETAPI
ANDAI KITA SELALU MENYUSAHKAN HIDUP ORANG,KELAK PASTI ORANG AKN MENYUSAHKAN HIDUP KITA BALIK



Jumaat, 16 Disember 2011

"I mean NO harm" .... (HEMOFILIA)

14 Disember 2011
hari yg mendebarkan..sbbnya hari pembentangan bagi "Marketing Plan Project"
Keadaan dewan Kuliah B yg sejuk
menyebabkn aku mengigil
ditambah pula dengan rasa gemuruh yg mendatang
semakin kuat aku menggigil
namun aku cuba bertenang walaupn jantung sedang berdegup kencang
bukan gemuruh utk membentang
xp gemuruh pada soalan yg bakal diaju dn ditentang
.................................................
dalam pada tu juga..kawan aku ni dok melawak...
boleh pula dia dok kipas-kipas aku
makin sejuk la...
last sekali aku pon melawak la balik...
disebabkn xboleh tampaq atau pukul dia....
aku pn cubit la dia..
nk kata kuat x la....paling perlahan la aku buat...
sbb aku tau kalau aku katok(pukul) dia jap g teruk pula jadinya
(bukan sbb nk kata aku ni kuat xp dia ada "HEMOFILIA")
aleh-aleh..esok aku tengok-tengok
tangan dia dah lebam

"Sekadar Hiasan"

adeh BERSALAH sudah..................................................

PENGAJARAN:
1. Klu anda penghidap HEMOFILIA sila maklumkan pd sahabat dn rakan-rakan anda agar mereka tahu dan sedar utk ambil apa-apa jua tindakan jika berlaku kejadian yg tidak diingini
2.Jika anda tahu rakan anda penghidap HEMOFILIA. Berguraulah ala kadar dn jgn bergurau secara fizikal..

FAKTA:
      Hemofilia adalah kelainan genetik pada darah yang disebabkan adanya kekurangan faktor pembekuan darah. Hemofilia A timbul jika ada kelainan pada gen yang menyebabkan kurangnya faktor pembekuan VIII (FVII). Sedangkan, hemofilia B disebabkan kurangnya faktor pembekuan IX (FIX). Hemofilia A dan B tidak dapat dibedakan karena mempunyai tampilan klinis yang mirip dan pola pewarisan gen yang serupa.

Khamis, 8 Disember 2011

HairAN

 
Terlihat hairan...mereka "post" yg bukan2...
berbicara tentang Tuhan...
namun masih diulit dosa bergelimpingan
bercerita tentang sujud pada tuhan..
mencari kiblat pedoman...

masih hairan..
tidakah nur hidayah itu menjadi singgahan???
sehingga mereka masih melakukan yg bukan-bukan
aurat didedah bertelanjangan..
 
di mulut melafaz puji-pujian...
apa lagi yg ditunggu kalian???
hidayah apa lagi yg kalian perlukan???
adakah hingga maut datang berbisikan???
derita datang berteman...
saat itu baru menjadi taubat kalian???
muhusabah diri kalian...
masih bernafas tanda kasih tuhan...
masih diberi kesempatan...
untuk kembali pada cahaya keimanan...
menerangi hati yg kegelapan.

Kerana Pesan Rasulullah SAW


Dalam sebuah hadis, diriwayatkan tentang seorang
penjahat yang ingin bertaubat. Ia masuk ke masjid.
Ketika itu Rasulullah S.A.W sedang mengimamkan solat.
Setelah menunaikan solat mereka berbincang-bincang dan
penjahat yang ingin bertaubat itu mendengar Rasulullah
S.A.W berkata, "Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu
yang haram maka akan memperolehinya ketika sudah
halal."
 
Setelah Rasulullah S.A.W dan para sahabat bersurai,
pemuda itu turut meninggalkan masjid. Hatinya masih
ragu untuk mengutarakan taubatnya. Namun ucapan Nabi
tadi amat terkesan di hatinya.
 
Malam pun menjelang. Suasana yang sering menggoda
dirinya untuk melakukan keburukan. Tiba-tiba dia
berhasrat untuk merompak salah sebuah rumah yang
dihuni oleh seorang janda. Ternyata di rumah janda itu
terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang
selera. Ketika dia sedang memulakan suapannya
tiba-tiba dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W
siang tadi. Akhirnya dia tak jadi makan.
 
 
Tatkala beranjak ke bilik ke bilik lain, dia menumpai
perhiasan dan wang yang banyak. Dan ketika dia hendak
mengambilnya, sekali lagi
dia teringat kata-kata
Rasulullah S.A.W. Lalu dia membatalkan niat
jahatnya.

Setelah itu dia masuk pula ke sebuah bilik yang besar.
Didapatinya
janda mu'minah itu sedang terbaring tidur
dengan lenanya. Apabila ternampak
wajah janda yang
cantik dan rupawan itu, dia tergoda dan bermaksud untuk
melampiaskan
nafsunya. Namun tiba-tiba dia teringat
kembali kata-kata Rasulullah S.A.W
tadi. Barangsiapa
yang meninggalkan sesuatu yang haram ia akan
 memperolehi barang tersebut ketika ia sudah halal.
Akhirnya, sekali lagi beliau membatalkan niat
jahatnya. Lalu dia pergi meninggalkan rumah itu dengan
hati yang lega kerana mampu mengalahkan nafsunya.
 
 
Fajar mula menyinsing. Penjahat tadi pergi menunaikan
solat subuh di masjid. Kali ini dia bertekad, dia akan
bertaubat di hadapan
Rasulullah S.A.W. Setelah solat,
beliau duduk menyendiri di satu sudut masjid,
merenung
kembali peristiwa yang baru dialaminya malam tadi. Dan
menghitung
betapa besar dosanya andai perbuatan itu dilakukan.
 
Ketika matahari terbit datanglah seorang wanita ke
masjid dan menceritakan kepada Rasulullah S.A.W
kejadia semalam di rumahnya. Walaupun tiada barang
yang hilang namun beliau khuatirkalau-kalau pencuri
itu datang menyelidik semalam dan akan datang lagi
malam nanti. Wanita itu juga memohon kepada Rasulullah
S.A.W aga r sudilah mencarikan seorang yang sanggup
menjaga rumahnya. "Kenapa kau hidup sendirian?" tanya
Rasulullah S.A.W
padanya. Wanita itu menjawab bahawa
suaminya telah meninggal dunia.
 
Rasulullah S.A.W mengarahkan pandangannya kepada
seorang yang sedang duduk menyendiri di satu sudut
masjid. Rasulullah S.A.W bertanya pada lelaki tersebut
(penjahat tadi),
adakah beliau sudah beristeri?
 
Setelah Rasulullah S.A.W mengetahui bahawa lelaki itu
telah kematian isterinya, maka baginda menawarkannya
seorang calon isteri. Lelaki itu terdiam begitu juga
janda yang mengadu tadi. Mereka sama-sama malu.
Tetapi Rasulullah S.A.W
yang arif kemudian mengikat
kedua insan itu menjadi suami isteri yang sah. Dan,
  pecahlah tangis lelaki itu, lalu diceritakannya kepada
Rasulullah S.A.W
peristiwa yang sebenarnya, dan bahawa
pencuri itu tidak lain adalah dirinya
sendiri.
 

Wanita itu keluar dari masjid dari masjid diiringi
lelaki yang kini telah menjadi suaminya. Mereka
berjalan beriringan menuju rumah yang malam tadi
hampir dicerobohinya. Disana makanan-makanan yang
enak masih utuh seperti
yang dilihatnya malam tadi.
Bezanya sekarang, makanan itu sudah tidak haram
lagi. Maka tanpa ragu-ragu makanan itu disantapnya.
 
 
Wang, emas dan perhiasan yang hendak dicuri, kini
sudah menjadi miliknya yang halal. Bahkan dia boleh
menggunakannya untuk berniaga,
tanpa haram sedikitpun.
Sementara wanita cantik yang hampir dinodainya semalam,
kini
benar-benar sudah menjadi isterinya... berkat
kemampuannya menahan nafsu
syaitannya.
 
Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati, "Benarlah
sabda Rasulullah S.A.W, barangsiapa meninggalkan yang
haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah
menjadi halal."
 
Demikian indah Islam mengajar erti cinta. Cinta yang
tidak diliputi keraguan, cinta yang menimbulkan rasa
tenteram, cinta yang menumbuhkan kedamaian, cinta
yang menyuburkan keimanan
dan ketaqwaan. Cinta
yang apabila kita meneguknya akan diperolehi
 
kenikmatan yang lebih dalam lagi.
 
 Marilah kita menjenguk dan menyemak hati kita.
Masihkah ada cinta di sana?
Sudahkah kita mengemas cinta kita dengan kemasan Cinta
Rabbani dan memberi
label halal di atasnya? Dan sudahkah kita
menyingkirkan cinta syhwat yang
akan menjerumuskan kita dalam petaka yang
berpanjangan?