Rabu, 8 Februari 2012

Kisah sebuah jiwa

ini adalah cerita...
sebuah cerita tentang jiwa...
yg sering ternoda...
bukan mudah untuk menjadi dia...
yang mempunyai jiwa yang berbeza...
lain dari teman dan taulannya..
jiwanya lemah...mudah tersentuh..mudah terluka..  
cuba mencari cinta...
untuk berpaut dan bermanja
malu untuk dicanang dan dicerita
kerana ia bukan cinta biasa
lalu pada semesta dibicara
melafazkan segala yang terbuku di jiwa
untuk ditenangkn jiwanya


cinta itu yang bukan diminta
ia lahir tanpa dipaksa
teseksa dibuatnya
mengapa ini ujian yang harus dipikulnya
pertanyaan yang sama
acap kali dia bicara

seringkali dia merenung jauh ke lubuk di dasar hatinya
mencari kekuatan untuk berjihad dan berjuang
sedaya mampunya
namun adakalanya dia gagal jua
tapi dia tidak pernah mengalah
lalu dikumpul segala keinsafan
bersujud memohon kekuatan daripada Maha Pengcipta
beristifar, berstabih dan bertahmid
memperbaiki segala kepincangan jiwa
sentiasa berharap segalanya bakal tamat secepatnya
kerana iman itu ada waktu kuat dan lemahnya

demi Maha Pengcipta yang sentiasa mendengar rintihan hatinya
bantulah dirinya agar dia lepas dan bebas
dari kepincangan jiwa
dan ujian yang mencabar serta menakutkan buat dirinya
di situlah terletak besar segala cerita sebaliknya
bantulah dia Ya Allah
kuatkanlah iman dan taqwanya
rahmatilahnya sentiasa
kerana aku mencintai dia sepenuh raga dan jiwa
kerana aku tidak mahu dia rebah dan lemas
dalam kepekatan kepincangan dunia
lindungilah dia...
dengan Nur dan HidayahMu...
agar cerita jiwanya tamat dalam cinta rahmatMu  Ya Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan