Rabu, 15 Februari 2012

Saturday fever (11-02-12)

Suatu Detik yg Lalu (Rezduan xhadir time ni..huhuhu)

Reunion - keajaiban = kekecewaan :-D
Sabtu lepas telah berlangsungnya acara ringkas aku dn rakan-rakan sekelas enam atas dalam pertemuan semula 6A2. Agak kurang penyertaan disebabkan yg lain menghadapi pelbagai kekangan dn kesulitan. tapi aku ucapkan tahniah buat sahabt2 yg mempunyai usaha utk mengadakan pertemuan ini. Alhamdulillah Sedim tempat kami bertemu kembali..(riang rasa hati sbb dh lama aku ngidam nk p sejak kali terakhir reunion dekat sini..huhuhu..)

bercerita tentang "keajaiban" ketawa kecil aku..huhuhhuh...mana tidaknya...beria-ria ada rakan sekelas mahu menyertai pada mulanya..berjanji itu dan ini sedangkn dahulu lagi dia tidak pernah menyertai apa-apa jua aktvt kami. Maka berpegang kepada "keajaiban" yg memang sangat ajaib serta mengharap akhirnya insan ini menarik diri seperti kebiasaannya..hahahhaahah...(dah agak dh...Lain kali klu xdapat nk join tu ckp awal2..nnt xda la menyakiti hati sesiapa...huhuhuhhu)

10 hari lebih awal
Besyukur ku ke hadrat Ilahi,dikesempatan usia ini aku masih bernafas dn berpeluang meneruskan kehidupan mencari rehda tuhan. Alhamdulillah...pada tanggal 11 Feb 2012 terima kasih ku ungkapkn buat sahabat2 yg sudi meraikan ulang tahun kelahiran ku biarpun sepuluh hari lebih awal daripada tarikh sebenar sebelum menjengah usia 23 tahun. ..agak sedih juga sebab disambut lebih awal (huhuhu)..xp apa pn aku faham niat kalian...

Hot cili paper
Niat sahabat2 utk melakukan kejutan sudah aku rasakan awal2. Farid Kamil & Deq Na beria-ria ajak aku utk sertai reunion kelas memang ku dapat rasakan kepelikan. Jelas kelihatan saat aku menerima panggilan daripada Farid Kamil dn diajukan pertanyaan oleh Deq Na. Ditambah pula, waktu mereka menjemput ku, terlihat kedua-duanya "amin" telah membenarkan lagi segala yg ku rasakan. Tapi aku cuba bertenang dan tidak mahu mengajukan sebarang pertanyaan. Lalu dengan sabar aku nantikan dengan penuh debaran bersulam kekecewaan yg masih bersisa.("bintang-bintang" berkedipan)

Akhirnya....rempah ayam panggang disiramkan atas kepala aku huhhuhu...tersengap seketika...hahhahhah..dan yg perit dn pedih...bila terkena mata ku...berair la...terus aku belari menuju ke air merendamkan muka. 10 minit juga la rasanya..terkesan sehingga kami berangkat meninggalkan Sedim, Kedah Darul Aman...memang "Hot cili Paper"..keji + kejam = melawak yg kurang berpatuan..heheheh..

Terima dengan terpaksa
Sudah la Rempah ayam panggang dn yg lebih buat aku x tahan tu...dalam tu bukan setakat berminyak tapi siap ada cabai lagi..aduhhhhhhhh..pedih do..panas seketika kepala n bahu aku..huhuuhuh...klu time depa aku setakat tepung dn barang yg xmelibatkan cabai ja..ni time aku tepung n teluq xda...rempah ayam panggang pn jadi la...

Apa pn..nk wat cmna...aku terima juga la...cuma lain kali please la...klu nk siram..siram dengan benda2 yg baik cikit la...hehehhhehe..(nasihat la konon)..xp aku balas balik la dengan "ising kek"(xtau la ejaan betul ka x) dekat depa...hahahha..mana boleh aku ja kena...keadilan harus ditegakkan..(ceh..g tuuuuuuuu)

Lain - Lain perkara yg terjadi

1. mula-mula idea nk p hulu paip xp xbest jd last2 minit tukaq plan p SEdim
2. kali pertama aku mandi ayaq terjun pakai "google" (hahah..dok wat teruk)
3. beranikan diri utk buat terjunan bom ditempat yg aku hampir2 lemas..xp Alhamdulillah kali ini tidak(nk kata dh pandai berenang la tu..hheheheh)
4. demi reunion ni..sanggup sahabat2 masak dadih(Farid Kamil) puding nyioq (awatif) beli kek (Deq na) masak nasi goreng (nani) beli ayaq dn keluarkan kereta ( mastura)..dn aku serta nasyihah dok saja..hahhahahah..(setiap kali reunion macam tu la kebiasaannya...berkorban sedikit  bukan la apa sangat..huhuhuh)
5. sebernarnya bukan seorang ja menarik diri di saat2 akhir..xp 2 orang(macam2 la alasan depa..huhuuh)
6.agak terkilan sekiranya Rezduan pd hari kejadian terserempak kami di tepi jalan berhampiran dengan rumahnya xp seolah2 buat xperasan...(apa pn pikir positif)

Harapan
1 - mendoakan agar bakal ada lagi pertemuan seterusnya bersama rakan2 seandainya masih diizinkan Allah.
(Pie,Anas,Hazrani,Shahrul,Redzuan,Adilah,Musfirah,Aida,Azlina,Wan dayah).teringat dekat kengkawan 6@2 semua. dan xlupa juga guru kelas Cikgu Zubaidah...semoga Allah sentiasa memberkati kalian selalu....

Isnin, 13 Februari 2012

An article to share (-Anda di mata orang lain-)

I was broken
Suatu hari yg menyedihkan utk diriku, harapan yg mengunung tinggi ku taruhkan.Namun aku jatuh rebah dan seketika terlucut ketabahan ku. Teresak sebak menahan lara yg tak mampu ku simpan. Perasaan ketika itu tidak mampu aku perjelaskan. Hanya pd hati dn jiwa yg pernah merasai mampu menjelaskannya dengan lebih baik.

Is not only me
Harus aku sedar dlm perjalanan ini bukan hanya aku sahaja yg menjalani serta merasi semua ini. Bahkan beratus serta berjuta pernah merasai lebih perit dn pahit sebuah kegagalan yg teramat memilukan. namun mereka dengan gagah bingkas bangun dn mencipta kembali semula kejayaan. Sewajarnya aku jua begitu.

an article to share:


-Anda di mata orang lain-

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.


Jumaat, 10 Februari 2012

"bintang-bintang" yg berkedipan


"its all about the star"
bintang ini aku tujukan khas buat hati aku yg berduka lara
bintang yg membawa duka berbanding bahagia
(star on semester result)
Pd kali ini aku bersungguh-sungguh mengharapkn sesuatu perubahan
perubahan ke tangga yg lebih baik
namun semakin jatuh dn jatuh
luluh dn musnah harapanku
aku redha dn pasrah
xp jauh di sudut jiwa dn hati ku
aku benar-benar kecewa

Ratapan Hati
tersentap aku seketika takala melihat "star" yg berkedipan.
punah rasa hati
remuk perasaan aku,macam-macam yg aku rasakan .
hanya linangan air mata yg setia menemani duka ini
aku menangis dgn sepenuh dn spuas hati...
aku rasakan seluruh kegagalan ini
kerana pd kali ini, aku benar-benar punah dn musnah.
Lemah jiwa aku seketika..
tidak mampu utk aku sembunyikn lagi rasa kecewa dn sedih yg melanda
aku lepaskan semuanya
agar hati aku benar-benar tenang

Pahit dan Perit (ujian)
duka ini benar-benar berbisa
sehingga aku tidak mampu utk telan dn lupakan
setiap saat pd waktu dn ketika ini
ia sentiasa berlegar di fikiran dn jiwa ku
oh...deritanya
inilah sebuah harapan yg musnah
xdapat aku terjemahkan rasa duka itu melalui perkataan
dn xdapat aku simpankn
aku tidak tahu pd siapa harus aku lafazkan
tercari-cari siapakh yg layak utk aku bicarakan
pd Allah telah ku hadapkn
namun aku belum temui sebarang keputusan
aku faham akan ketentuan tuhan
mungkin ada kepincangan yg telah aku lakukan
dn ini mungkin jua ujian

 Hilang arah dn Ketentuan
telah cuba aku rehatkn jiwa ini daripada berkecamukan
aku cuba hindarkan dari melayan
xp sukar
terpaksa aku telan perlahan-lahan
hilang arah seketika
berkali-kali aku fikir bagaimana harus aku berhadapan
dengan hari yg mendatang dengan "bintang-bintang" yg bekedipan
adakah aku masih punyai harapan???
atau harapan tinggal harapan....
terus diriku diburui persoalan dan adaian
aku tertanya-tanya
aku seperti mabuk kekecewaan
terhuyung hayang dalam kepeningan kesedihan
sesekali aku muntahkan rasa hati ini
pada siapa sahaja yg aku inginkan
kerana aku tidak tahu lagi ke mana tujuan
aku buntu


 KOMA dn ISTIGHFAR
pada saat dn ketika aku menaip laju semua ini
aku belum temui sebarang jalan
kabur dalam kabus kekeliruan
aku tinggalkn rasa kekecewaan ini dengan tanda koma,,,,,
kerana aku tidak tahu bilakan dapat aku lepaskan
dan terima dengan redha serta pasrah
yg aku tahu pd saat dn ketika ini
aku tertekan dgn keputusan yg baru dikeluarkan
kecewa sentiasa datang berbisikan
atau lebih tepat syaitan datang merasuk jiwa dn merancunkan akal
agar meyalahkan tuhan

ASTARFIRULLAHHALAZIM....
(mengharapkan keampunan tuhan dn diberikan segala kekuatan iman)
itulah ubat yg paling berkesan...............menghindarkan diri dari gangguan syaitan
menenangkn jiwa yang meracau kesedihan

wordless
tiada perkataan lain yang aku rasakan pd masa dn tarikh ini melainkan rasa KECEWA


Rabu, 8 Februari 2012

Kisah sebuah jiwa

ini adalah cerita...
sebuah cerita tentang jiwa...
yg sering ternoda...
bukan mudah untuk menjadi dia...
yang mempunyai jiwa yang berbeza...
lain dari teman dan taulannya..
jiwanya lemah...mudah tersentuh..mudah terluka..  
cuba mencari cinta...
untuk berpaut dan bermanja
malu untuk dicanang dan dicerita
kerana ia bukan cinta biasa
lalu pada semesta dibicara
melafazkan segala yang terbuku di jiwa
untuk ditenangkn jiwanya


cinta itu yang bukan diminta
ia lahir tanpa dipaksa
teseksa dibuatnya
mengapa ini ujian yang harus dipikulnya
pertanyaan yang sama
acap kali dia bicara

seringkali dia merenung jauh ke lubuk di dasar hatinya
mencari kekuatan untuk berjihad dan berjuang
sedaya mampunya
namun adakalanya dia gagal jua
tapi dia tidak pernah mengalah
lalu dikumpul segala keinsafan
bersujud memohon kekuatan daripada Maha Pengcipta
beristifar, berstabih dan bertahmid
memperbaiki segala kepincangan jiwa
sentiasa berharap segalanya bakal tamat secepatnya
kerana iman itu ada waktu kuat dan lemahnya

demi Maha Pengcipta yang sentiasa mendengar rintihan hatinya
bantulah dirinya agar dia lepas dan bebas
dari kepincangan jiwa
dan ujian yang mencabar serta menakutkan buat dirinya
di situlah terletak besar segala cerita sebaliknya
bantulah dia Ya Allah
kuatkanlah iman dan taqwanya
rahmatilahnya sentiasa
kerana aku mencintai dia sepenuh raga dan jiwa
kerana aku tidak mahu dia rebah dan lemas
dalam kepekatan kepincangan dunia
lindungilah dia...
dengan Nur dan HidayahMu...
agar cerita jiwanya tamat dalam cinta rahmatMu  Ya Allah...