Sabtu, 7 April 2012

BAucer RM200 Vs Nostalgia Padang = Berbaloi!!!


Pertama kali aku memegang buku ini tiada apa-apa yg terlintas dlm akal dan benak fikiranku. Aku sendiri tidak mengerti apakah puncanya aku memmilih wacana ini bagi menghabiskan baucer buku yg bernilai RM200.00 Seingat aku mengapa wacana ini menjadi pilihan adalah disebabkan tertulisya nama "Iskandar Dzul Karnian". Tidak aku kenali siapakah Iskandar Dzul Karnian. Yang hanya terlintas dlm benak akalku adalah buku ini menceritakan mengenai Iskandar yg tertulis kisahnya di dalam al-quran. Ternyata tekaan ku meleset, buku ini bukan tentang Iskandar tapi tentang tokoh pejuang bangsa Melayu, Muhamad Mukhti. Biarpun kisahnya fiksyen, namun perjalanan Tokoh ini begitu mengagumkan sehingga menitis butir-butir air mata terharu. Aku terpegun dan kagum dengan semangat perjuangannya demi agama, bangsa dn tanah air....

Sinopsis:

Perjalanan Ilham ke Cape Town ada kena mengena dengan sebuah naskhah tulisan tangan peninggalan moyangnya, Muhamad Mukti yang turut terlibat dalam memugar tanah Padang. Saya kira, Ilham cuba menjejaki perjalanan moyangnya yang turut sama menjadi pejuang dalam menentang penjajahan. Oleh itu, pada awalnya, novel ini banyak bercerita kisah para pejuang Melayu yang terbuang di Pulau Robben sehingga apabila dibebaskan mereka membentuk komuniti tersendiri di Afrika Selatan. Ilham kemudian menjadi anak angkat kepada keluarga Melayu Cape. Sebelum pulang, dia berikan senaskhah manuskrip bertulisan Jawi oleh Fatin Sabrina, saudara angkatnya di Cape Town. Manuskrip tulisan Hamza Moustafa Djouzi ini berkisarkan perjuangan seorang pejuang dari Padang. Dari situlah segala-galanya bermula. Penceritaan seterusnya adalah berdasarkan kepada manuskrip tersebut yang di ceritakan kembali oleh Ilham.

Manuskrip ini menceritakan perjuangan Muhamad Mukti bersama Pangeran Deponegoro menetang Belanda di Tanah Jawa, penghijrahan Muhamad Mukti ke Singapura lalu memugar tanah di negeri Johor, peristiwa 'tergadainya' Singapura ke tangan Ingeris secara tipu helah, usaha Muhamad Mukti membebaskan Pangeran Deponegoro dari penjara Bentengsel di Ujung Pandang, Makassar yang membawanya terpenjara ke Pulau Robben selama dua belas tahun sebelum dibebaskan lalu menetap di Cape of Good Hope, menunaikan haji ke Mekah dan kembali semula ke Padang pada 1873.

Ironinya, Muhamad Mukti dalam  manuskrip yang Ilham terima dari Fatin Sabrina dengan manuskrip peninggalan moyangnya adalah satu kesinambungan. Mungkin satu kebetulan apabila pembaca akhirnya mengetahui kisah hidup Muhamad Mukti selepas dia ke Tanah Suci dan tidak kembali ke Tanjung Harapan, sebaliknya memilih pulang ke Padang bagi menghabiskan sisa hidupnya di sana. Mungkin juga satu kebetulan apabila dua naskhah bertulisan jawi yang terpisah oleh jarak bertemu bagi menyimpulkan kehidupan seorang pejuang. Satu kebetulan yang saya kira bukanlah satu yang pelik, kerana darah yang tetap mengalir di tubuh anak Melayu di alam Melayu meski terpisah hingga ke Afrika itu adalah darah Melayu juga.

Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada  http://norziati.blogspot.com/2010/03/buku-nostalgia-padang.html

Kesimpulan:
1Sebuah perjalanan kehidupan mencari keredhaan dan keberkataan daripada Allah
2Sebuah perjuangan dan pengembaraan yg menakjubkan
3.Membuka minda dan buah fikiran
4.Antara naskah yg terbaik dalam kisah-kisah perjuangan