Jumaat, 30 November 2012

Berkalung noda

saat jiwa teronta-ronta
di tarik serakah hafsu
diumpil-umpil iman di hati
terpaku seluruh roma
bergetar dada ini

pada rabbi...
kukisahkan segala resah
mohon perlindungan
dari simpang hina kemaksiatan

liku-liku ini adalah simpul
yang harus aku rungkaikan
kesulitan ini pasti tersirat
sejuta rahmat dari tuhan

biar berkali pernah ku rebah
bukan lagi pada kali ini
harus ku pertahan
sedaya mungkin wajib ku melawan

keyakinan hanya pada tuhan
yang mezahirkan segala kesulitan
dan juga yang memberikan setiap jalan
inshaa Allah
pasti akan ku lepasi ujian ini
demi sebuah kehidupan dan rahmat dari tuhan







Sabtu, 24 November 2012

No use la!!!



Don’t Speak!!!
Apabila kita manasihati orang lain dan kita mengharapkan orang itu utk mengikuti apa yang kita nasihatkan seharusnya kita nilai dan munasabah dahulu adakah diri kita ni layak utk menasihati orang lain…sbb adakalanya kita memberi nasihat xp kita juga masih mengingkari nasihat yang kita beri….banyak lah kes…
“cakap xserupa bikin….lebih sudu dari kuah…”
atau..kadang  tu kita sendiri sedang lakukan kesalahan….xp pada masa yang sama masih menasihati orang lain utk tidak melakukan sedemikian…
memang la xsalah pun kalau orang yg sedang buat salah tu manasihati…xp adakah orang yang mendengar tu nk mengikutnya, melainkan orang itu Insaf dahulu dan kemudian bercerita mengenai kekesalannya..barulah ada terkesan di hati…dari orang yang buat salah x sedar2 xp boleh pula dok nasihatkan orang…..(xp xda pulak aku suruh hampa wat salah pastu insaf..ni utk certain kes ja)

Kepimpinan  melalui teladan …(betulkan  jika aku salah)
sure kan kebanyakn orang dekat Malaysia ni akan dengaq perkataan ni…Ingat paling terkeji andai kata pemimpin yang kita percaya xp xmampu nk menjadi contoh yang baik..misalnya contoh yang paling dekat dengan kita adalah;
1.Ibu bapa terutama ayah – sbb dia adalah ketua keluarga..jika seorang ayah gagal menerajui keluarganya maka akan terkesanlah seluruh keluarganya…
2.Orang yang lebih tua dari kita: abang, kakak, pak cik, mak cik, atuk , nenek dan lain-lain
3.guru – merupakan insan yang paling terbaik utk dijadikan teladan..sbb tu tugas seorang guru tersangat berat…hingga ke akhirat akan dituntut tanggungjawab seorang guru
4.pemimpin pelajar
4.lain2 bidang

Soroton:
okey, motif aku tulis ni sbb aku kecewa dengan teammate aku yang seharusnya menjadi teladan kepada adik junior ataupun orang baru dalam kumpulan kami…siapa pun akn kecewa jika sedang asyik sahabt aku seorang ni beri penjelasan dan penerangan boleh pula teammate aku yang lain main-main dekat belakang….kalau nk main xsalah nnt kita main la sama-sama…InshaaAllah…
orang cakap waktu nak melawak kita melawak..waktu serius kita serius..baiklah maybe aku juga ada buat silap atau pernah buat seperti yang teammate aku lakukan dekat kawan aku…sbb kita kena selalu ingat Allah pay cash….Cuma apa bentuknya..kita xtahu..jadi sama2 munasabah diri….


Jumaat, 23 November 2012

Kroni Vs Rezeki!!!

Salam..uollss,...
selalukn kita fikir pasal kroni mencantas rezeki orang lain...atau mengkayakan adik-beradik sendiri..kemudian sama-sama melatah dalam melaungkan di mana KEADILAN???
xp kita selalu lupa bahawasanya rezeki tu dari Allah..maha pemurah lagi maha mengasihani...maka janglah kita ni terlalu taksub dengan perkataan "kroni" tu!!!...sbb Allah juga suruh kita berusaha barulah dia boleh bagi...betul x???

baiklah...ni aku nk cita pasal situasi kroni dalam kerajaan:
1.kes kerja dalam jabatan kerajaan di isi adik beradik dan kaum kerabat sendiri
2.projek-projek kerajaan di beri pada kaum kerabat sendiri
3.segalanya yang berkatan peluang dengan kerajaan diberi kepada adik beradik sendiri

Assalammualaikum?????dengaq sini, macam ex-bos cheq kata dalam kerajaan sahaja kita nk tengok pasal kroni...xp dalam hal yang lebih mudah dan jelas di depan mata tiba-tiba kita jadi buta...

1.kes dekat majlis kenduri
Pernah hampa/ahli keluarga hampa di majlis keraian...hampa chop@reserve@jaga awal2 kerusi dan meja utk keluarga sendiri..dengan tujuan xnak duduk asing-asing dan nk makan sekali..dekat sini hampa ada terfikiaq x yang perbuatan hampa tu pun dh kira kroni???komfom xkan...sbb ni bukan kerajaan..ni hal nk kecik ja....(hahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..tengok..kan aku dh kata, bila hal yng jelas depan mata mesti kita dah jadi buta),...cik kak..cik adik..cik abang..sbb benda yang remeh ni la...dah jadi besaq....kroni dalam jawatan..kroni dalam projek...kroni...kroni..dan kroni...orang kata2 "sikit-sikit lama-lama jadi bukit"....

2.kes beratur utk beli tiket/makanan dan lain-lain
Selalukan kita akn buat time beratur nk beli tiket bas..kenapa kita kena beli utk adik beradik atau kawan2, kenapa kita xsuruh dia ja yang mai beli sendiri...contoh, tiket bas utk 4 tempat duduk ja yang tinggal..tiba-tiba ada kita yang pertama,kemudian ada 3 orang lagi belakang kita dekat depan kaunter nak beli tiket...kita dah beli habis 4 tiket..utk diri sendiri dan kawan2 lain..dan yang belakang tu xdapat la tiket tu....Dekat sini kita xpernah pula sebut atau laungkan keadilan...sbb kita dah memonopoli pasaran  dan tolong kaum kerabat(dengan asalan takut tiket habis..jadi di mana keadilannya......???)sama juga la..time nk beli makanan..senang-senang ja kan..orang lain beratur panjang..tiba kawan kau datang lambat chilok depan kau...atau mai lambat dia minta suruh kau order utk dia...sbb takut dia lambat dapat..habis tu yang beratur panjang belakang hang tu pulak cmna???pernah hang terfikiaq pasal depa mai awai dan kena tunggu....kenapa hang xkata ini xADIL???

OKEY tu baru kisah kroni..sekarang jom kita ke kisah rezeki...
1.pada pandangan aku..kadang2 tu aku lihat kroni juga satu rezeki...sbb apa...semuanya di tangan Allah.kroni cuma satu usaha saja...contoh la kan...hg minta kerja..lepas tu ada orang dalam..okey..dh kira dua usaha la tu..xp tiba-tiba hg xdapat...sbb apa ada orang lain yang dh ambil awai2 kroni dia utk keja tu...maka..kita akan cakap nk buat cmna dah xda rezeki......heheheheh

2.sama juga la kalau dalam projek pun...kalau dh Allah xizinkan rezeki projek tu milik kita nk buat cmna kan...jd redha la...usaha dekat tempat lain pulak...janganlah kita ni mudah melatah...kata orang Islam...xp kalau aku pun mesti juga ada rasa xpuas hati..sbb kita akan bersuara di mana ketelusannya dalam penilain...jadi sebelum kita bercakap pasal ketelusan atau integriti..lebih baik kita renungkan balik pasal 2 dua perkara pertama yang aku dok cita kat atas tu..ingat Allah pay cash..xp cash dalam bentuk apa kita xtahu..

KESIMPULANNYA:
Sentiasalah positifkan diri kerana hasilnya juga pasti baik..Inshaa Allah..dan selalulah tanamkan dalam minda kita sebagai orang Islam..bahawasanya rezeki tu milik Allah..xkira lah kita ni ada cable ka..ada wayer ka ada USB ka...utk dapatkan sesuatu..xp yang maha menentukan adalah ALLAH S.W.T... InshaaAllah

"...kalau makanan yang dah dalam mulut pun, Allah kata tu bukan rezeki kita maka bukanlah.."


Rabu, 21 November 2012

Oh ibu oh ayah...dengarlah....

Alhamdulillah..dalam kekalutan balik cuti semester yang lalu banyak benda yang sempat aku update dan harungi.macam ni dalam dok sembang2 dgn kak chik aku pasal family jiran sepupu tiri sebelah laki kawan kepada kawan adik aku punya kawan...pasai depa ni adik beradik dok mengungkit ayah dan mak depa sayang lebih kepada adik beradik yang lain..misalnya, kes 1

A)bila susah x tolong
ada la satu hari si abg dia ni nak kawen...lalu dia xpuas hati sbb dia tgk kawan2 dia semua yg kawin ada adik beradik, mak ayah tolong...(ya la depa yg mak ayah tolong tu semua orang senang dan kerja bagus2..adik beradik dia tu apa la sangat...kerja pun cukup-cukup makan ja)..lepas tu dia pun ungkit la..
- time dia susah g kerja moto hilang xda sapa pun tolong dia....event ayah dia pun xtnya dia g kerja nek apa...
- time dia belajar dekat kolej...mak ayah dia xsupport pun dia belajaq...

*Pencerahan - waktu moto dia hilang xada pulak dia telephone atau bgtau kata moto dia hilang..jadi macam mana orang nk tolong ...kemudian bila dia sebut pasal belajar...dia xtahu ka bahawa adik beradik dia yang belajar dekat perlis dan kedah tu semua kerajaan tanggung..bukan mak & ayah dia yang tanggung..lagipun waktu dia belajar ambil elektrik..ayah dia siap keluarkan wang RM70 sebulan xp hasilnya xada pulak ke mana....

*Renungan:
1)fikirlah, waktu kechik2 ada x mak dan ayah hang merungut kata hang menyusahkan dia..waktu hang sedap2 makan dekat rumah dapat duit belanja ada hang tau kata mak dan ayah bawa bekal dan adakalanya belapar sbb nk penuhkan perut anak2 dia...perlu juga diingatkan tanggungjawab seorang ayah kepada ank lelakinya tamat bila mana ank lelakinya mencapai usia akhir baligh..senang cita form 4..lepas tu kira dah xberdosa dan bukan lagi tanggungjawab seorang ayah....bila tiba hal berkahwin, hang lelaki..hang nk berkahwin..maka perlukah hang mengharapkan bantuan daripada orang lain utk menolong hang buat kenduri dan sebagainya..Assalammualaikum???kalau nk berkahwin pun hang mengharapkn bantuan daripada orang lain...kesimpulannya macamna hang nk sara ank dara orang nk bg bakal anak2 hang makan....hei, kalau dah xmampu tu cuba secara xmampu atau usaha la sehingga mampu bukan mengharapakn orang tapi berharap dan bergantunglah pada Allah....

2) janji - janji
tetiba teringat pasal cita2 kawan2 sekolah ...dulu katanya habis belajar nk tolong emak dan ayah last2 belum sempat lakukan semua tu..dah jadi isteri dan suami orang..(okey,baik...mungkin dh jodoh sampai..atau Allah dah merancangkn segalanya)..berbalik pula kepada kisah kawan kepada kawan sepupu tiri aku punya adik punya bini punya sepupu punya kawan....dulu kakak dia ni dapat tawaran p belajar..okey fine kakak dia refuse xnk study sbbnya dia kata family susah nnt kena berhutang sini sana..lagipun time tu mana nk ada PTPTn macam sekarang...jadi suatu hari dia bergaduh dengan adik dia..habis lah semua cerita2 dulu kala keluaq:
-.aku dulu study pakai duit biasiswa xpakai duit mak ayah...bayaq yuran semua aku guna duit biasiswa...hampa tu guna duit mak ayah..tengok mak ayah sayang dekat sapa lagi....
- time mak beranak dekat adik dulu aku yang jaga bakaq tungku bagai..hang  p mana p main..aku ni kena masak nasi semua...

*Pencerahan:
...dah hang dapat biasiswa perlukah mak ayah hang tanggung lagi...daripada tanggung hang baik dia sara adik beradik yang lain...yang xdapat biasiswa...bila hang sebut pasai hang jaga mak hang dalam pantang..ada x hang pernah fikiaq waktu hang beranak dekat ank hang bukankah adik hang juga yang tolong masak dekat hang???bukankah ayah hang juga ka yang tolong bakaq tungku dekat kat hang...waktu mak hang sakit....bukankah adik hang yang p jaga mak hang dekat hospital sampai ke akhir hembusan nafas dia....menghadap kerenah mak hang yang macam2....memalukan adik hang depan orang rami dekat hospital....ada x time mak hang beranak tu dia memalukan hang???dia langsung xleh bangun dan buat kerja??ada x????

*maka: fikir2lah...xkemana pun kadang2 bila kita ni dok mengunkit...Allah tu dh bayaq dah apa yang kita buat dulu....cuma kita ja yang buta xnampak..sbb kita ni malas nk pikiaq....sbb kita ni dok kalut cari kesalah dan mengungkit...

tiba-tiba satu point yang kak chik aku bagi dekat aku..aku rasa inilah nasihat paling2  berguna....

1. dulu time kita kechik2 kita berjaga tengah malam menangis...kita susahkan emak kita....dia bangun dengan sabaq dan belek apa yang patut..tapi time mak menangis sakit...kita pula mudah meradang dan naik angin....kenapa kita xsabaq seperti mak kita jaga kita???

2.time kita duduk buas..buat bising lari sana lari sini..panjat sana panjat sini...menjerit2 tengah orang ramai...ada x pernah kita terfikir mak kita rasa malu sbb xpandai asuh dan didik kita...bila sampai pula dekat mak kita yang sakit dan melopong serta memaki hamun kita depan orang ramai...kita rasa malu...sbb time tu kita fikir...mak kita xjaga maruah kita dan membuatkn orang terfikir kita xjaga dia dengan betul.....kenapa kita xrenung balik apa yang kita buat waktu kita kechik????

3.dulu abg2 dan kakak2 kata nk tolong adik beradik..xp kenapa waktu abang2 dan kakak2 yang berkahwin tu xpula terlintas tentang perkara nk tolong adik-beradik dan mak ayah..kenapa kahwin tu diutamakn berbanding memberi kesenangan kepada mak dan ayah??kenapa xfikir???kenapa kahwin???memanglah kahwin tu jodoh...xp kenapa xfikir janji tu satu tanggungjawab..yang perlu ditunaikan???(bagi aku yang ni...everbody has it own reason...xp aku 50/50 dengan pandangan kakak aku..hahahahan..bukan sbb aku gedik nk kahwin..atau sbb dia xkahwin lagi...xp aku fikir..semua tu adalah ketentuan..dan bila mana kita pilih jalan yang kita nak..maka seharusnya kita perlu fikir masalah dan jalan penyelesaiannya juga)..g tu...heheeheheheheh

Kesimpulannya:
what comes around will goes around...the circle is never end....sbb Allah pun dah kata bila kita tua kita juga akan kembali seperti anak-anak kecil...jadi, jagalah sebaik mungkin hati dan perasaan ibu bapa kita...sepertimana mereka pernah melayani kita jua.....Inshaa Allah..sama-sama kita usaha...

1.kesabaran seorang anak xakan sama dengan kesabaran emak dan ayah...
"seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak..10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu"

 

Kawen Kawen

Bersempena cuti awal muharam yang lalu banyk kenduri kendara berlangsung...Alhamdulillah, semoga semuanya dirahmati Allah...dan xterlepas juga..kawan aku pun melangsungkan perkahwinannya....syukur..semoga kekal hingga ke akhir hayat...InsyaAllah..jom belek-belek sekitar perkahwinan kawan ku ."Ita & Lan"...








Gelagat....
Dalam dok makan kenduri ni ada la macam2 cita menarik kawan kelas aku ni...Al-maklum lama xjumpa..sekali jumpa habis la...:
1.kisah cik temah yang on diet...sekarang dh kurus..siap wat advertisement dalam FB..bagaimana nk kurus..jd sapa2 yg nk kurus tu leh la ikot petua cik temah ni ya...hahah
2.wajah rain@mat aron aziz yg belemuih@serabut dengan jambang..macam aku nk bg pisau cukur suoh kawan aku ni cukuq...
3.pasal soang teman dok wat ayat2 sedih sbb dia spm jaaaaaa...org len dgreee..ohhoiiiiiii..macam aku nk p semboq ja muka dia...(Assalammualaikum...rezeki masing2 uollsss)
4.salam perantauan (ramai juga la xdapat dtg kenduri ita ni..jd pakat2 kirim salam..dan yang paling jauh cik wawa@puteri buloh betong..nun jauh di tanah suci...)
5.jemputan kenduri kawen asri&mizah...serta kakak nani..maka bertambah lagi la..jadual kenduri den..heheh

Do & Don't...
Okey..kawan2 sekalian...klu kita p mana2 pn haruslah kita pastikan beberapa perkara tertentu agar kita tidak lakukan..Antaranya:
1.jaga pertuturan(ni part paling susah utk aku..sbb aku kalu jumpa member la huh..habis la..xda insurans dh aku kasi..kaw2 dan pedas...maaf kawan2...aku akn cuba perbaiki..InsyaAllah)
2.dah jaga pertuturan haruslah wajib menjaga perlakuan juga (sopan dan santun...biaq org kata hipokrit atau plastik dari dok tunjuk kelakuan xsenonoh...huhu..no no no...)
3.menghidari bertnyakan soalan2 pedas atau nnt terkena terebei balik kotttt
  - sekarang buat apa..(okey lagi)...kerja apa...(dh masuk kategori susah nk jawab)..sbbnya kena2 la org tu baru ja berhenti cmna..atau kerja dia xseberapa..jadi better jgn tnya..melainkan dia nk cita..ni x..bila kita dh tnya..kerja apa..past tu org tu xmau habaq..kita dok tnya n paksa juga...huhuh...kecik ati orang tu...cuba kalau kena tang batang idung sendiri apa pulak kita rasa..kannnnnnnnn..
4.dan lain-lain.....InsyaAllah masing pun tahukan apa yg patut buat dn x...


Antara lain yang menarik:
Scene 1-"soalan"
Boya; Nanti jgn lupa mai kenduri aku pulak 23 ari bulan ni
Rain: Nanti kenduri dekat rumah Mizah(tunang boya) hg ada kan..sbb t nnti kenduri dekat rumah hg aku dh balik K.L
Lain-lain: hahahahahahahhah...wak lu...cmfm la...boya tu ada time kenduri umah bini dia...haiyooooooo..de''''

Scene 2-"teluq"
ramai2 atas pelamin tengah tngkap gambaq..tiba giliran pengantin lelaki bergamabr dengan gen2 lelaki ja
Boya:jap jap aku nk masuk juga
Ramai: lekas la..
sedang tangkap gambaq..boya terperasan yang lelaki semua ada bunga telur kecuali dia...
Boya:mana aci hampa semua ada teluq..
Lain-lain:hahahahah..hoi cmfom2 la lelaki semua ada teluq...adehhhhhh...merah padam muka pengantin...











Isnin, 12 November 2012

Death note again...(banyk la kau punya death note!!!)

Mimpi yang bukan-bukan
Kebelakangan ni..aku asyik bermimpi orang di sekeliling ku meninggal dunia...mimpi tu mainan tidur dan salah satu gangguan syaitan jua..xp..mimpi tentang kematian adalah sesuatu yang akan aku ambil kisah...bukan sebb nk berjaga kot kot dh tiba masa..(yang tu wajib la kena sentiasa beringat..xmimpi pun kena juga selalu beringat dan bersedia)..sbb orang selalu kata kalau mimpi saudara-mara terdekat ni..selalunya, saudara-mara kita akan meninggal dunia...dulu..time aku mimpi mak aku meninggal pun..ada juga saudara-mara aku meninggal...xp sekarang pelik cikit..dah 4 hari aku mimpi orang meninggal..maybe banyk sangat berfikir kot atau rindu(hahahah)...apa pun think postif..kematian tu adalah pasti....cuma aku suka ambil kisah..sbb aku perlu tahu siapa yang meninggal..terutama saudara-mara dan sahabat sekalian...kalau berkesempatan dan berkeizinan boleh melawat..menziarahi orang mati ni pun salah satu sedekah juga dan terapi rohani agar xlalai dengan hal dunia...InsyaAllah..

Sabar & Tabah....
Hampa nak tau time kalau la orang terdekat dengan kita meninggal...kita selalu akan dapat pesanan dan ucapan ni..."banyak besabar dan tabah"..huhuh...menyirap darah aku kalau dok dengaq orang memberi ucapan macam ni time kita ditimpa musibah terutama time kematian..entah la..aku pun xdapat nk explain kenapa ..sbb dulu time mak aku meninggal..banyk la kawan2 cikgu2...dan sepupu dok kata tabah..sabar...huh,....menyampah weiiiiiiiiiiiii.....dengaq ucapan ni..aku tahu la..kena tabah dan kena sabar sbb ni ketentuan Allah...mmg wajib pun kena tabah dan sabar..xhabaq pun aku tau....xp nk wat cmna kan...tu ja depa mampu ucap....xkan nk kata.."selamat meraikan kematian" pulak..xpun "selmat meninggal"...gila ka apa...apa pn..lain orang lain rasanya..xp for sure..aku memang xsuka mendengarnya..hahahha..sbb aku menangis bukan kerana aku sedih mak aku meninggal...xp aku menangis..sbb aku kehilangan sesuatu yang paling berharga dalam hidup aku...semua orang sayangkan emak kan...dan ada la perkara lain yang aku menangis...mana leh gtau..hahahahahah....jadi..disebabkan aku xsuka ucapan tu..maka setiap kali aku mendapat berita kematian..aku akan ucap seperti ini...."Al-fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmt dan ditempatkan dlm kalangn org yang beriman"..InsyaAllah...

Last but not least:
Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat mereka yang telah meninggal dunia, ibu bapa, para sahabt kita dan xlupa junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...semoga sekalian mereka dan kita ditempatkan dalam kalangn orang yang beriman InsyaAllah...


*seketika tu..akan ku terkenang arwah emak dan mereka yang telah pergi....semoga mereka dijauhi azab kubur dan api neraka...(Al-fatihah)...

Sabtu, 10 November 2012

Twilight Gengsters



Story overview:
Sebuah karya daripada Korea selatan...sebuah perjalanan dalam kehidupan..tiga orang nenek yang terpaksa menghadapi keadaan getir hidup dilewat usia kehidupan...dengan berbekalkan keazaman sebelum berakhirnya sebuah kehidupan...impian ke hawai menjadi taruhan...pelbagai getir perlu di tempuh hingga berakhirnya sebuah perjalanan...

Pengajaran:
Kisah tiga orang nenenk ni penuh dengan liku-liku. Sebagai warga tua yang telah dipinggirkn mereka terpaksa berusaha keras untuk memastikan kelangsungan kehidupan...Tersentuh la hati aku time aku tengok cita..terbayang-bayang aku dekat orang2 tua yang menghadapi nasib yang sama seperti dalam cerita ini..Tidak mustahil suatu masa nanti aku jua terpaksa menghadapi perkara seperti ini...

Kisah ini mengangkat nilai moral yang semakin jauh daripada masyarakat kini,
- hormat pada yang tua kasih pada yang muda (bila anak2 tidak menghormati ibu bapa)
- jangan diambil hak orang lain sebab kita tidak tahu apa yang telah mereka lalui untuk mendapatkannya. (paling sedih time nenek ni terpaksa jadi perompak untuk dapatkan balik duit depa..sbb perompak tu dh ambil duit simpanan depa yang depa dh kumpul selama 8 tahun..aku rasa macam kejamnya...)
- planning untuk waktu tua..agar tidak terjadi seperti nenek ini (terpaksa merempat biarpun ada keluarga, terpaksa bekerja sampai ke mati untuk sesuap nasi)
- keazaman untuk teruskan hidup (jangan putus asa)
- dan yang penting sentiasalah beringat tentang mati..muda ka tua..mati tu xpernah kenal usia..jadi bersyukurlah jika masih lagi bernafas dan berakal...

Genre: komedi drama...best...!!!..selamat melayan...


Khamis, 8 November 2012

Sunnah oh sunnah...

Ramai yg beranggapan apabila kita tidak mengikut sunnah rasulullah maka rasulullah tidak mengaku kita sebagai umatya..seharusnya kita lebih jelas bahawa org yg tidak mengikut sunnah itu bukan beeri mereka menolak.

Kebiasaan Situasi:
"aku xmahu kahwin" - senang ja org akan kata eh mana boleh cm tu nnt nabi xmengaku umat..
"Assalammualaikum"??? instead of "Hello"...dia cuma kata dia xmahu kahwin bukan beerti dia menolak perkahwinan...jadi kena faham dulu sebelum menjatuhkan sesuatu hukuman...

Kepelikan:
aku pun xfaham dgn umat Islam melayu kat Malaysia ni...xtau la kot-kot kat negara lain pun sama
-misalnya kalau hal kahwin ni..
contoh kes poligami: kahwin lebih tu sunnah...huhu..rasa cm jijik pun ada juga..macam sunnah kahwin lebih tu dipermain-mainkan pulak..hey tlong la..jgn memalukan sunnah yg dibawa baginda Rasulullah..xsalah pun nk kahwin lebih..xp tolong jgn memperkotak-katikan...

satu lagi isu simpan janggut
ni pun salah satu masalah juga..dilema antara fesyen dan sunnah
1.sesetengah beranggapan bahawa org yg simpan janggut kalau berbuat jahat xboleh jgn simpan janggut..buat malu rasulullah ja..
(aku punya pendapat - konfius; sbb ada pro dan con nya kat situ..bukan sbb aku simpan janggut okey..hahaha)
Pro - dapat pahala, nampak lebih matang..sbb aku pernah dengaq dari sebuah kuliah juga antara kelebihan simpan janggut ni adalah akan menampakan seorang itu lebih matang dan garang..dan dari sudut kesihatan pula ada pula yang kata ada kaitan dengan kesuburan(opps..aku pun xtau cmna tu..hehe)..dan ada kaitan dengan jantung..huhuhu..okey fakta ni xdapat nk dikenal pastikan lagi..jadi sama-samlah kita siasat .hhahahaha
Cons - mcm biasalah..bakal memalukan imej orang alim sbb kalau simpan janggut tapi xsolat dan melakukan maksiat apa gunanya...

xp..apa pn think positif..sekurang2nya org yg simpan janggut dan kahwin lebih tu dah melakukan suatu sunnah rasululullah berbanding dgn kita yg langsung xbuat apa2...dan harus juga kita ketahui bahawa sunnah rasulullah tu bnyak...(xp masalah umat Islam Malaysia ni depa cuma nampak dua benda ni ja..heheheh)

Antara sunnah Rasulullah yang lain:

1.     Senyuman

2.     Dahulukan Kanan

4.     Bercelak

5.     Memakai Cincin

6.    Cara dan adap ketika Makan & Minum

dan lain-lain http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/02/19/tip-amalan-harian-15-sunnah-rasulullah-saw/