Isnin, 29 Oktober 2012

Adiladha dalam kenangan....

Keluarga adalah satu institusi yang berfungsi dan berperanan dalam membentuk dan mendidik manusia pada peringkat pertama sebelum mana-mana institusi pengajian...
maka...keluarga yang lengkap dengan didikan yang terbaik akan melahirkan insan yang mulia..jika tidak, maka lahirlah pelbagai kepincangan dan permasalah dalam masyarakat. Justeru, keluarga adalah institusi yang harus dipandang tinggi dalam masyarakat. Malangnya, institusi ini tidak lagi berperanan seperti mana yang diharapkan....


My family is not perfect...
aku bukanlah Insan yang lahir dari sebuah institusi keluarga yg hebat...kepincangn dan perbalahan itu sering berlaku...dan ini adalah lumrah dalam mana-mana keluarga...kerana kita bukan sempurna..xp tugas kita adalah mencari kesempurnaan dengan memperbaiki setiap kelemahan...Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana toleransi dan memahami adalah kunci yang paling utama untuk membentuk sebuah institusi yang kuat...dan itu merupakan pokok utama dalam mana-mana perhubungan kekeluargaan...dan aku mengharapkan ianya pasti berlaku sutau hari nanti....


Its more than a PHoto
apabila aku melangkah atau melihat mana-mana foto keluarga sahabat2ku..pasti ku rasa cemburu..kerana aku juga menginginkan sebuah foto keluarga yang lengkap dengan semua ahli keluarga...Namun, harus aku fahami...bahawa foto cumalah gambaran luaran pd kaca mata siapa yg melihatnya..tapi kenyataan di sebalik sebuah foto adalah suatu misteri dan rahsia yang sukar untuk diungkap dan diceritakan...berbahagialah sebagaimana kita mampu miliki pada hari ini...kerana ada insan lain yang langsung tidak punyai keluarga apatah lagi sebuah foto...
Accept in what way they are
adakalanya kita mahu miliki sebuah keluarga yang hebat..punyai segalanya dan jauh dari kerumitan permasalah...dan ketika itu jua, kita miliki pelbagai kerenah dan sikap dari setiap ahli keluarga..Namun itulah realitinya...yang jauh lebih indah dan hebat dari sebuah keluarga yang kita ingin dan impikan...kerana mereka membuatkn kita berfikir untuk tidak melakukan kesilapan yang sama di masa hadapan..kerana mereka adalah anugerah pengajaran untuk kita gunakan dan hindari...kerana mereka adalah ahli keluarga yang nyata walau siapa pun mereka...



Penutup kata:
sesiapa pun mahukan lebih daripada apa yg sudah mereka miliki...kerana itulah kehendak manusia yang tidak pernah terbatas dan puas...jadi bersyukurlah dengan apa yang kita miliki dan punyai..kerana lusa siapakan tahu bahawa segala yang buruk itu adalah indah dan baik....daripada apa yang kita impikan...Biarpun keluargaku punyai pelbagia cerita...namun, realitinya merekalah keluargaku sehingga aku kembali kepada maha pencipta...demikianlah jua mengapa Mak dan ayahku tidak pernah membenci anak2nya dan menyayangi setiap dari kami dengan layaknya....kerana anak adalah anugerah......

Salam adiladha...
apa pun jua pengorbanan yang dilakukan daripada setiap ahli keluarga kita merupakan suatu yang tidak boleh dibalas dengan wang mahupun budi dan yang layak membalasnya adalah Allah...semoga Allah merahmati dan memberkati jasa mereka...InsyaAllah...

(25/11/12 *keluarga ku tetap keluargaku.....)

the britghtness moon & twinkle little stars...

Meteor
 ... pada tanggal 21 -02-2012 adalah suatu detik yg bermakna...time tu aku dapat saksikan antara kebesaran Allah iaitu tahi bintang melintasi bumi..bukan UFO okey...hehehe..SubhanAllah..bertuahnya rasa diri...

xp tu bukan kali pertama aku melihat tahi bintang..sebenarnya dah masuk 3 kali...kali pertama time aku kecik2 dulu (sek rendah)...lepas tu time sekolah menengah waktu bulan puasa nk p solat subuh...bukan semua orang dapat tengok tahi bintang kan...fenomena Alam yang jarang dapat orang saksikan...(nk kata aku antara org bertuah la..hahahah)...

dulu ada suatu masa..hangat pasal komet halley yang melintasi bumi...huhu...aku anatra yg excited juga la nk tengok komet ni...pada masa yg sama rasa gerun pun ada juga...sebab ni ada adalah fenomena komet yang tebesar setiap 76 tahun dan ada la juga orang kata tahi bintang tu nk langgaq bumi...(komet halley ni langgaq jupiter ye..fakta)..huhu..


The Moon & stars...
hobi aku dari dulu sampai sekarang..aku suka tgk langit,,,,suka tgk gugusan bintang,...rasa wah kagumnya..pada ciptaan Ilahi...time paling best nk tgk bintang...time musim kemarau..dan hujung tahun...sbb time tu langit xda awan...jadi leh la usha bintang2....satu g hobi aku..aku suka tengok bulan...rasa best sangat tgk bulan...(bukan berangan nk jd sailormoon okeyyy)..dia xcantik xp berseri...hebatkan ciptaan Allah...stp kali 13,14,15 ari bulan dalam kalender Islam...aku sure akn usha langit...sbb nk tgk bulan...paling best time bulan mengambang...dan kedudukun bulan separa dari langit...wah besar dan bulat sangat...comeinya..hahha..(dh jadi macam punguk rindukan bulan....)




Angan2..
dulu waktu aku darjah dua..cita-cita aku nk jadi ahli astronomi dan angkasawan...(xp time tu sbb kawan aku dari selangor yg membuka minda aku pasal benda2 ni...wah kampung sangatkan..hehe..dan sebelum tu aku xtau pun apa kejadah la angkasawan dan ahli astronomi tu.)..dulu aku suka la tgk Datuk Mazlan..ahli astronomi Malaysia yang lani berkhidmat dekat UN..wah hebat..aku mmg kagum n salute la...dan jeles pada syed Muzahfar sbb dia dh rampas cita-cita aku..hahahah



Kosa kata
usha - tengok
taik - tahi

Rabu, 24 Oktober 2012

Break out - juz becoz of lighter !!!

Synopsis:
A pathetic low-life HUR Bongu (Kim Seung-woo), who still steels from his parents meets his day of disaster. Nothing ever works out from the beginning for Bongu. Having gone to the reserves training, he's only left with 300 wons in his pocket and unexpectedly ends up in Seoul station, where he leaves the lighter in the bathroom. Bongu finds the bathroom again. But the lighter's already in mob boss YANG Chul-gon's (Cha Seung-won) hands. Chul-gon, who's been living on congressman Park's payroll by helping him out through his campaigns comes to Seoul station with his men to get once again acquainted with Congressman Park, who's been avoiding him for a while. Bongu gets beaten up for trying to get his lighter back. He gets on the train just so that he can get back the lighter and dares everyone.
  
 Story view:
Filem ni lucu beb....hahah..nk kata lawak sangat xla...xp si Bongu ni punya krakter mmg best..kebodohan dia dh selamatkan satu keadaan yg gawat...gara-gara nk ambik balik pemetik api dia yang ada dekat kepala gangster..maka berlakulah satu journey yg adventure ke Busan....jadi aku sarankan siapa yg minat cita korea dn xminat tu..layan la cita ni...banyk isu-isu yang diangkat...antaranya, 

kisah kena buli
politik wang 
gangster yg jiwa jambu
intergriti
kasih keluarga (seorang isteri,mak,bapa dan suami)
kuasa seorang wanita
dan yg penting sikap Bongu yg berusaha gigih utk menuntut haknya
serta macam2 lagi...

jadi kena la layan.....seronok...bnyak maanfaat yg boleh dicedok....


Ahad, 21 Oktober 2012

0 ...............


Kisah ini tentang "dia"..dahulunya dia antara yang cemerlang...berkilau dan bersinar..umpama bintang yg bergermelapan...namun, segalanya berubah...sinar itu semakin pudar dan hilang...ramai yang tertanya..mengapa?

langkahnya xsemaya dahulu..dia seperti hilang arah dan tuju...adakala lemah..adakala laju...dan adakala terhenti...Mengapa?

dahulunya dia rajin bersujud..puasa dn mengaji...tiada suatu amalan yang baik yang mampu dilakukannya ditinggalkan...hingga alunan muzik menjadi deringan yang menyakitkan...tapi kini dia seolah bingung...tiada rasa hingga ke hati..biar bersujud..biar mengaji...mengapa?

lalu diajukan kepadanya...segala pertnyaan dan persoalan yg berlaku...mengapa sedemikian rupa telah beralih darjah....mengapa tidak sebaik dahulu....taat dan patuh pada Yang Esa...

Tiada suatu jawapan yang konkrit mampu diberikannya...dia sendiri keliru...dan tertnya mengapa telah sedemikian rupa...mengapa beralih darjah...mengapa semkin jauh dan hilang....ke mana dirinya yang ghairah pada impian dan matlamat..pantang dicabar dan diperlehkehkan.... yang sentiasa berusaha menjadi hamba yg taat....

Selalu di akalnya...mahu dihentikan sahaja masa..diberikan waktu pada akalnya untuk berfikir mencari alasan dan penyelesaian...Namun, acap kali waktu itu terluang..dia lalai diulit mimpi dunia ..hanyut...pd mimpi yang nista...sesat dalam kelam...akhirnya...sesal yang seketika..namun tiada penghujugnya...

simpati padanya...semakin hari dia semakin tenggelam dalam lautan kekeliruan..mencari-cari matlamat yang jelas dan pasti....terkapai-kapai meminta pertolongan sambil dihempap ombak persoalan dan pertanyaan....

semoga lekas dia beroleh pertolongan..atau sendiri berusaha berenang ke daratan.........................


Jumaat, 12 Oktober 2012

Hukum Memakai Minyak Wangi dan Minyak Rambut Beralkohol


ADAKAH SAH SEMBAHYANG DENGAN MINYAK WANGIDAN MINYAK RAMBUT YANG MENGANDUNGI ALCOHOL
(BILANGAN 262)


(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Islam telah meletakkan kebersihan sebagai kunci bagi sahnya ibadat sembahyang. Oleh karena itu tidak akan diterima sembahyang seorang muslim sehingga badannya bersih, pakaiannya bersih dan tempat yang digunakan pun dalam keadaan bersih. Kebersihan dikira sebagai menentukan sahnya sembahyang seseorang itu, kerana najis yang terdapat pada tubuh badan, pakaian atau tempat sembahyang boleh menyebabkan sembahyangnya tidak sah.

Persoalan alkohol selalu dikaitkan dengan sah atau ketidaksahan sembahyang, kerana itu timbullah keraguan adakah alkohol itu najis? Ini kerana ada sebahagian minyak wangi dan minyak rambut mengandungi alkohol sehingga timbul persoalan, bolehkah minyak wangi atau minyak rambut yang bercampur alkohol dibawa sembahyang?

Pengertian alkohol

Alkohol ialah bahan cecair tanpa warna yang mudah mengewap menjadi gas dan mudah terbakar. Ia boleh dihasilkan melalui dua cara.

i. Penapaian yis karbohidrat (yeast fermentation of carbohydrates)

ii. Sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia (yang bukan daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan dan binatang) dengan penghidratan etil (hydration of ethylene). (The New Webster’s Encyclopedic Dictionary Of The English Language: 17)

Cara yang pertama di atas merupakan cara bagaimana menghasilkan khamar (arak) atau minuman yang memabukkan.

Kenajisan arak


Menurut jumhur (majoriti) ulama yang terdiri daripada Imam- Imam mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafi‘i, Imam Ahmad bin Hanbal dan lain-lain ulama rahimahumullah, arak adalah najis berdasarkan firman Allah Ta‘ala:


Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengadu nasib dengan batangbatang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”(Surah al-Mâ’idah: 90)


Oleh kerana arak itu menurut jumhur ulama adalah najis, maka alkohol yang terdapat dalam arak itu pun adalah najis juga. Dari itu, mana-mana alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak adalah najis juga hukumnya.

Ini memberi maksud bahawa kenajisan alkohol adalah bertitik tolak dari sebab kenajisan arak. Dari itu, dapat difahami bahawa alkohol itu bukanlah semestinya najis jika ia tidak diambil daripada arak, sebagai contoh tapai yang biasa dimakanpun menurut pakar ada mengandungi alkohol, namun ia tidak haram dimakan kerana sifatnya yang tidak memabukkan.

Akan tetapi, jika tapai itu sifatnya memabukkan (sampai ke peringkat boleh memabukkan), maka memakan tapai itu adalah haram. Adapun alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia yang mana sifatnya sangat memudharatkan seperti mana racun, ia adalah suci seperti sucinya ganja, candu, morfin dan lain-lain yang memudharatkan di mana tidak ada seorang ulamapun yang menghukumkannya sebagai najis ‘ainiyyah.

Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa salah satu najis itu ialah setiap yang memabukkan dalam bentuk cecair:

Ertinya: Setiap yang memabukkan lagi cair

Imam Ibnu Hajar rahimahullah dalam menghuraikan kata-kata Imam an-Nawawi rahimahullah di atas berkata:

Ertnya:
(Tiap-tiap yang memabukkan) ialah tiap-tiap yang boleh memabukkan. Maka termasuk dalam pengertian itu setitik yang memabukkan; dan yang dikehendaki dengan yang memabukkan di sini ialah apa jua yang boleh menutup atau menghilangkan upaya akal


Ibnu Hajar rahimahullah menghuraikan lagi:

Ertinya:
(Cecair) itu seperti arak dengan segala jenisnya yang diambil daripada anggur; dan nira (tuak) yang diambil selain daripada anggur

Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa setiap arak mengandungi
alkohol, tetapi tidak semua alkohol berasal daripada arak.

Hukum alkohol daripada arak

Alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak, meminumnya adalah jelas haram sebagaimana keterangannya di atas. Adapun menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak adalah haram juga, kerana berlumur dengan najis tanpa ada keperluan yang syar‘i adalah haram hukumnya sebagaimana kata Ibnu Hajar rahimahullah:

Ertinya:
Haram berlumur dengannya (najis) di luar sembahyang pada badan dan pakaian dengan tiada apa sesuatu hajat (yang syar‘i)


Dengan itu, adalah tidak sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak kerana ia adalah najis.

Hukum alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia

Alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun.

Bagaimanapun minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis.

Dari itu, adalah sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.

Perkara yang meragukan hendaklah ditinggalkan Tetapi yang menjadi persoalan ialah kita tidak dapat mempastikan bahawa alkohol yang terkandung di dalam sesuatu minyak wangi atau minyak rambut itu, adakah ia diambil dari sumber yang suci atau najis?

Apabila timbul keraguan seumpama ini, menurut ajaran Islam, perkara tersebut hendaklah ditinggalkan. Hasan bin ‘Ali radhiallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawa dia telah menghafal daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang bersabda:


Maksudnya:
Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu.

(Hadis riwayat at-Tirmidzi, an-Nasaâi, Ahmad dan ad-Darimi)


Dalam hadis yang lain pula dijelaskan bahawa meninggalkan perkara yang diragui kehalalan dan keharaman sesuatu perkara adalah menandakan kesungguhan seseorang itu dalam memelihara agama dan kehormatannya. Manakala membuat perkara yang masih di dalam kesamaran akan membawa kepada melakukan perkara yang haram sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ˜alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada an-Nu‘man bin Basyir radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya:
Maka barangsiapa yang menjauhi perkara-perkara yang syubhat, (maka) dia telah melepaskan bagi agamanya dan kehormatannya (dari kecaman); dan barangsiapa yang terjatuh di dalam perkara-perkara yang syubhat (maka) jatuhlah dia ke dalam perkara haram.(Hadis riwayat Muslim)


Oleh itu jelaslah menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang bersumber daripada arak adalah haram, kerana ia adalah najis dan tidak sah dibawa sembahyang. Manakala minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah diharuskan, kerana ia bukan najis dan sah dibawa sembahyang.

Walau bagaimanapun apabila timbul keraguan terhadap kedudukan alkohol yang terdapat dalam minyak wangi atau minyak rambut, sama ada ia diambil daripada sumber yang najis atau sumber yang suci, menurut ajaran Islam adalah lebih selamat perkara tersebut ditinggalkan dari menggunakannya. Tambahan pula di pasaran banyak terdapat minyak wangi atau minyak rambut yang sama sekali tidak mengandungi alkohol yang boleh menjadi pilihan kita.

sumber : http://jomfaham.blogspot.com/2009/01/hukum-memakai-minyak-wangi-dan-minyak.html

catch a FIRE...

Bola - Bola Api
masih aku ingat lagi time aku sek menengah dan sek rendah...kawan2 aku ni suka main bola api...sepak2 macam bola....
senang ja....yang penting ada berani cuba la...
ambik buah racun yg selalu orang halau tikus tu (sorry xingat nama dia)..lepas tu tuang diesel atau minyak gas@minyak tanah...lepas tu sepak la...main ramai2...

macam kat dalam gambaq ni...

seronok nya....
sepak jangan sepak...
aku pernah la juga try,.,xp xda la extreme main benda ni..juz light light ja...hahahah..xp best wow...sepak2 api ni...jgn terbakaq sudah...okey satu lagi...aku ada terbaca kat satu blog ni..dekat INdon...famous la main bola api ni...selalunya time bulan posa...dan menariknya lagi..ada wartawan orang putih dok wat liputan pasai ni...(menurut blog ni la...http://zilzaal.blogspot.com/2012/10/sepakbola-api-indonesia-dikagumi-media.html )

UFO
time aku budak sekolah lagi..ada lagi satu benda kalau bab2 api ni aku suka...main UFO dari surat khabaq..aku sure punya lah..hampa pernah main...alah yg kita wat bentu segi empat,,lepas tu bagi dia kembung kat tengah...kemudian bakaq kat sisi dia supaya dia terbang...aku dah cuba search kat Google...xp xjumpa la....okey t klu berkesempatan aku cuba upload gambaq dia tengok..kasi memori balik..hahahahah


sekadar hiasan



Istighfar....


Khamis, 11 Oktober 2012

Oh...teruKKKK!!!

PERINGATAN: kalau kita memudahkan kerja orang lain InsyaAllah Allah pasti akan memudahkan kerja kita kelak...


huh...siapa pun xlalu kalu dapat tandas yang macam ni...
heh..xp honestly...klu desperate
terpaksa juga la kan
kalau dok tahan...sat lagi bertaburan pulak tengah jalan..
hahahaha

Sharing Is CARING !!!
disebabkan ramai sangat suka falsafah ni...jd mai aku nk habaq kat hampa semua...kalau tahu cakap xp xtau nk amalkan..bek jgn cakap....

1.xreti nak flush
tengok dekat tandas sudah la...kata sharing is caring...ni dah guna toilet xreti nk flush dan jaga kebersihan...awat susah sangat ka nk flush ???just tarik ja pun...klu tengok masih xcuci..ikhtiar la sikit..supaya nanti orang lain yang masuk xla..menyumpah seranah...(ni kalu kes camni dalam kepala hotak orang yg bengong mesti dia dok pikiaq = alah..ni kerja cleaner ..jadi biar la dia yg cuci...Hellooo....sementara nk tunggu cleaner cuci taik hang..dan la dua tiga orang kena dulu jd cleaner untuk hg..hai xfaham aku dengan manusia yang xreti nak flush...sah..sah..cuci punggung pun xbersih ni...

2.xreti nk bersih singki
hampa ingat bekas ubat gigi hampa itu elok sangat ka...bulu hampa tu canthekkkk..hey...sedaq la cikit...dah guna ..pandai la clear kan balik...ni dak...boleh pulak biaq bertaburan macam bulu gorila dekat sinki tu..hai...apa la nk jadi...beruk pun lebih sopan...cari2 kutu..dia xbuang merata...xp terus makan...(haha..xda la aku suruh wat cam beruk..x tolong la jd manusia..bukan binatang)

Kampen
...hampa ingat lagi x...kampen pasal "Oh tandas"...tu la kampen terbaik!!!...lagu dia pun best...xp ada pulak orang komplen...xsesuai...rosakan imej negara...macam2 la...xp bagi aku...BAGUS...wat iklan tu dekat TV...biaq..sedaq sikit..(xp orang xsedaq-sedaq pun)..heran la....kalau dari rumah xterdidik sampai ke tua pun cam tu la...aku xsalahkan ibu yang mengandung..sbb...dalam rumah aku pun ada juga makhluk alam yang suka dok wat perangai sambil lewa bila guna bilik ayaq dan jamban
.
1-geli la bila kita masuk bilik ayaq..dok terpijak gelema....erhhhhhh....perhhhhhhh...wak lu beb...teruk....air ludah orang kita yg pijak....hai...xda kesedaran sivik langsung!!!!

2-kecing xreti nak cherok...adeh,...kalah ayaq kencing tikus.....harum la sangat kan....

tolong la sedaq....kalau begini perangai...nanti alamat sapa jadi bini bg jantan macam ni...erm...TAKZIAH TOO SAY la.....

pesssttttt: aku xkata aku bagus okey...xp...sederhana tu ada la...hahaha

KOSA KATA;
1.bilik ayaq/Panchoq = Bilik air/Bilik mandi
2.hampa = mereka (kata hanti nama)
3.gelema = air ludah yang macam hingus tu..(errr..geli wow)
4.awat = kenapa

Selasa, 9 Oktober 2012

time LOst cannot be recall....

tiada suatu masa pun yg dapat kita putarkan..
life must go on...
perlu sentiasa maju kehadapan...
moving forward...
xp...aku xnafikan bahawa..tanpa sejarah semalam..
xmungkin untuk kita melangkah kehadapan seperti sekarang
..kerana...kenangan lepas
adalah sesuatu yg xmungkin kita dapat buang seperti maklumat dalam komputer yg mampu untuk kita delete....
pahit..manis...masin..tawar...semua itu bermakna...
usaha untuk memperbaiki diri tidak pernah terhenti sehinggalah..kita dikembalikan kepada maha pencipta
...dan kenangan adalah sesuatu yg paling berharga..
when u are getting old..the most thing that u might chase is your memories not your dream....

Al-fatihah untuk diri sendiri dan sekalian saudara muslim..tidak kira yg masih hidup mahupun yg telah meninggal dunia...semoga kita ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman...InsyaAllah..Amiin..


Past, Present & Future




Isnin, 8 Oktober 2012

tesesat di hutan Tambun



Alhamdulillah, setelah sekian merancang, akhirnya sukses juga utk ke sini...
biarpun xbest dan fun..xp ada memori yg sentiasa tersimpan
kali ini..hampir satu Lost world
kami jelajah....
dari beach..fun fair..hingga ke tempat mendulang timah....
semua dah masuk


1st sekali kena jd beach boy dulu...main2 pantai buatan..sambil didendang dgn lagu barat..kelas macam HAWAI FIVE OOO....

2nd..p meluncur...untuk rasa kelajuan dalam kegelapan....
menguji..fobia gayat atau x...
(alright-aku xdapat nek sbb seluar xlepas standard...hheheh)
dan yg penting ada insiden......hahahahah

3rd - menyusuri sungai perak....ok..letih betol meredah ayaq time ni....

Hot Spring -
4th - merendam diri dalam hot springs...ala-ala mat sales..berendam....
dari suhu sederhana sehingga ke kolam suhu tinggi 45c
(mati habis la sperma..hahaha)

up up n away






wajah sebelum kecewa - sbb time ni kena turun, kapal tu rosak..hahah

5th- berseronok di fun fair...
okey yg penting....naik flying dutchman...hampir 4 kali...meyeksa diri sangat
1.sakit perut. habis semua....(geli perut la..bukan sakit yg tututut.......)
2.melihat mat top yg takut tinggi time naik semua mainan ni...
hahah..lawak2...asyik pejam mata ja....


6th-meneroka gua berhawa dingin....
Kelaz...nite club sangat..xpun bistro...siap ada org pasang lagu lagi dalam gua ni

7th- melawat gajah LOng Jaffar....heheh
comel kan.....bukan gajah...xp para penunggannya la...
(time ni dah overload gajah tu..nasib baik dia xmengamuk....haha)

 at the entrance of tint park
(biaq tengah lapaq..yg penting senyummmmm)

8th-mendulang dengan cik tom dan cik temah...
rajin la mak cik dua org ni mendulang..xpernah berhenti...
360 hari tau dak......hampa mampu???

lain-lain...adalah p melawat petting zoo dgn p tgk Putera dan Joshua..dua ekor harimau yg comei..lagi garang lagi comei....dan tgk jibon...

meronda-ronda dengan "kereta api"

dan yg terakhir...singgah di rumah tun sulong..sambil dihidang dengan mee kari yg SEDAPPPPPP(ARHH..tiba-tiba lapaq pulak...)

Thanks..to sahabtku Tun Sulong dan ....... atas layanan ketika di IPOH
xlupa gak kat sahabt2 yg memeriahkn acara ni....

Sabtu, 6 Oktober 2012

Angin Monsun ...



Petikan ini adalah suatu yg bagus sebagai renungan..InsyaAllah....

Baiklah...sebut pasal marah...ada sesuatu yg aku xleh lupa...disebabkn aku ni kadang baran juga...jd selalu juga jd cam tiupan angin..yg adakalanya kuat..sepoi2 bahasa..adakalanya cool ja...
kisah ini terjadi sewaktu aku dan sahabat2 aku sedang makan malam bersama...siang hari tu kami ada hari ko-kurikulum....jd kami kena berniaga untuk tambah dana...jd dua tiga hari sebelum tu diadakan mesyuarat..banyak la cadangan yg dibagi..dari bnyak2 cadangan tu...idea aku dipilih...dan sedih juga...sbb idea aku xmemberikan keuntungan kepada persatuan kami..nk kata rugi xjuga..xp boleh la..dan aku anggapnya sebagai "FAIL"....

Marah:-
apa yg membuatkan aku marah sebenarnya...apabila.sahabat aku paling baik...mengkondem aku time kami dok makan malam...ok xpa la dia kondem...xp masalahnya dia xtolong pun time kmi dok berniaga...xp sibuk2 dok mengkritik itu dan ini..jadi tiba2 letusan gunung berapai terus la aku....aku bangun dari kerusi dan terus aku maki dia dengan kata2 yg sopan la...sambil menunding jari dekat dia...huh..xpernah2 aku wat mcam tu seumur hidup ku...heheh...nasib baik ditenangkan sahabat yg lain...

Pelik:-
lepas dah cool dah...kami sambung balik sembang cam biasa..seolah2 xda benda terjadi..kuang..kuang...xp dalam hati aku..membara sungguh la...menariknya lagi..aku dengan dia leh balik rumah mlm tu satu moto sambil dok sembang2...hahahh..tersangat plastik kan....xp..insiden tu xmemberikan kesan pada persahabatn kami sampai sekarang..dialah the best among the best..walau kadang2 tu tersakit hati......(i miss u....ukwanul mukminin)

KarMa:-
hahah..ok marah + sentap + lawak + xtau nk kata apa = memory
kenapa jadi macam ni?,,,sbbnya ada suatu hari tu aku dengan kawan U p makan..biasala bila makan2 ni..mesti ada cerita..xp cerita apa...check xleh habaq...hahahah...apa yg karmanya..adalah kerana...apa yg aku wat dekat sahabat baik aku pada malam aku nek angin tu...akhirnya terjadi balik dekat aku...xp kali ni..anak menakan aku...tiba2 meletus dalam perdebatan yg berlangsung....xp dia marah bukan sebab debat yg berlaku...xp marah dekat aku...sbb aku suruh dia relax dan cool..terus ja dia cakap lebih kurang camni.....

"aku dah relax ni..hg dok bagi hot pulak...sat g balik bilik aku lipat hg..."sambil menunding jari dekat aku..."

okey...pak cik tersentap sat...xp cool balik....hahahah(cool la sangattttttttttttttt)

macam senior kata : the circle is never end...

***kosa kata
1.mengkondem/kondem = mengkritik

missUnderstood!!


ATTENTION : ni gambaq hiasan ja...(aku bukan budak banting ok!!)

ini adalah sebuah kisah lama
Kisah yg pertama : Memalukan
aku habaq terus terang ini adalah suatu kisah yg aku xleh lupa...semuanya berlaku sewaktu aku keja part time sebagai promoter baju selepas SPM...maklumlah excited nk keja dan dapatkan gaji...sbb past sekolah tamat ayah dah xbg duit sekolah,,,jd kena usaha sendiri...nak dijadikan cerita...ada la suatu hari...datang seorang customer ni nk beli seluar..okey...dia p dekat kawan aku...jd dah beli la seluaq...customer ni lelaki...jd lepas beli seluaq..kami ada satu lagi khidmat..khidmat memotong kaki seluaq...sbb customer ni lelaki...jd kawan aku yg pompuan ni mai la dekat aku..minta tolong ukur...hem...aku pun p la ambk tali tape tu..past tu terus p ukur pinggang pak cik tu...terkejut beruk pak cik tu....

customer: hai..hg buat apa ni...
aku : dah kata suruh ukuq...jadi sy ukuq lani...
customer : bukan ukuq pinggang..ukuq panjang seluaq..(dari pinggang sampai ke kaki..)
aku : (muka merah padam...menahan malu....)..owh ya ka...sy ingat nk ukuq pinggang...
kawan aku : dok tersengih kehairanan...

oh my Malay....terus aku rasa tersangat2222 malu la  hari tu....dan xleh lupa sampai ke hari ni...adeh...memalukan...

Kisah yg kedua : silap tafsir VS sentap
kejadian ni berlaku time aku dok berlatih debat...hem..kebiasaannya kami akan berlatih debat dalam makmal komputer...jd adalah suatu hari ni..makmal komputer tu air cond dia xberfungsi.. panas...kipas pulak satu ja yg leh guna...xpa la...dalam masa yg sama ada juga budak2 desa yg bertugas sebagai pencari maklumat mai...dan depa ni AJK desa..ok..sbb kawan aku ni dok komplain bilik tu panas dan suruh aku cari bilik lain..maka aku pn suruh budak yg AJK tu cari...xp depa ni salah tafsir ayat aku....lalu sentap...dan xmau tolong cari maklumat....

lebih kurang  macam ni la aku kata:
..hampa boleh keluar dari bilik ni x...p cari bilik yg sejuk cikit..bilik ni panas nk berlatih debat....

depa dok faham macam ni:
....sila keluar dari bilik ini..sbb kami nk berlatih debat panas....

sedangkan aku maksudkn:
....boleh x p cari bilik lain untuk kami berlatih debat..sbb bilik ni panas

kesimpulannya:- depa ni sentap, terus balik bilik..dan xmai dah lepas tu..sbb menyampah dengan aku...patut la aku dok pelik pasai apa la depa ni xmai mai dah lepas aku bagi arahan p cari bilik lain...ni pun nasib bek aku dapat tau dari AJK lain..lalu aku pun explain la benda apa yg aku maksudkan..dan aku masih xpuas hati sebab aku xbersemuka lagi dengan gadis-gadis@makcik2 sentap untuk explain apa yg aku kata ari tu..dan depa pun leh wat do no..

harapan:
jadi aku harap..akan da suatu masa untuk aku berjuma dengan depa dan terangkn  semuanya..sbb tiap kali aku tgk depa aku rasa menyampah macam mana depa menyampah tgk aku..aku xsuka kalu benda yg aku xbuat xp org dok kata aku buat....seriously sapa2 pun xsuka dan menyampah...!!!



Pengajaran:
### xp ayat aku tu sekali dengaq memang ayat menghalau...hahah>>(ok salah aku juga sbb xguna bahasa yg formal ....next nk cakap..kena fikiaq dua tiga empat dan lima kali dulu..takot22 ada org sentap....heheh

apabila ditakdirkan Tuhan...



Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah..tuhan sekalian alam...yg sentiasa menunjukkan bukti kekuasaannya...
setiap detik dan waktu itu sudah pun tertulis di lahfuz mahfuz...segalanya telah Allah aturkan sebagaimana hari ini, penghulu sekalian hari yg barakah penuh rahmatnya...Perjalanan hari ini telah membuatkan aku termenung panjang merenung jauh pada kepulan kumulonimbus...mendetik akal ku untuk berfikir akan kebesarannya...benar jodoh itu rahsia Allah...

sudah tersurat:
seharusnya pada hari ini, aku,"ank menakan" ku dan Mat top akan ke seberang, untuk membeli cover moto..xp setelah diajak dan "si budi" AKA "ank menakan aku"....akhirnya hanya kami berdua sahaja yg pergi...dalam 1/3 perjalanan tiba-tiba lecture Mat top call minta tolong hantarkan dia dan isterinya ke Poli Seberang Perai...Alhamdulillah, kebetulan kami pun nk ke seberang...jd alang2 tu boleh la..x menjadi masalah...dan kebetulan juga, aku ada bersama..lagi mudah la untuk jadi tour guide ke PSP...

rezeki:
setelah hampir 30 minit perjalan merentasi penang bridge akhirnya kami tiba di PSP...terus ke Pusat Pentadbiran untuk hantar Doktor dan Isterinya bagi membincangkn Program Pertukaran Pelajar antara Politeknik Malaysia dengan Politeknik Indonesia...Alhamdulillah segala rencanya berjalan lancar..menurut Ibu( isteri doktor)ketikat tu Pengarah PSP dalam meeting dan tiada sebarang temujanji dibuat..xp setelah PA Pengarah inform kata doktor dan isterinya mahu berjumpa terus saja pengarah tu keluar dari meeting dan berjumpa dengan Ibu dan Doktor....dan syukur....segalanya berjalan lancar...terus 18/11/2012 ini akan ada siri menandatangai MOU kedua-dua belah pihak secara rasmi...dan yg penting pelajar Indonesia yg bakal ke sini akan ditaja penginapan dan yuran pengajiannya...rezeki semua ini...dan yg penting kami pun beroleh rezeki juga,,,sbb dibelanja oleh doktor....heheheh

selesai:
paling penting...niat asal untuk aku dan mat top beli cover moto juga tertunai..Alhamdulillah..jadi xsabar  nk tgk moto mat top berwajah baru....

Rabu, 3 Oktober 2012

Cindrella Story part 2

erm...akhirnya, tertuduh disahkan tidak bersalah....sbb tiada bukti bahawasanya my panda bear yg ambil kasut ku...nasib baik aku xterjah melulu...bak kata orang klu nk terjah kena get ready dulu..pakai helmet dan baju besi..baru selamat dari kena parang....heheh

Kasut Baru
okey...di sebabkan tiada tanda-tanda kasut aku bakal dijumpai semula..maka dengan ini haruslah aku membeli kasut yg baru..(owh...no no....duit duit...)...tapi kalau xbeli xkan aku nk pakai kasut joging aku masuk kuliah kot..owh..katakan TIDAK....erm..nampak gayanya, macam tu la penyelesainya...KENA BELI KASUT BARU....


kan...everyday minerals...sihat kaki klu cmni..hahah















Isnin, 1 Oktober 2012

Cinderella Story


rasa-rasanya kena buat iklan juga ni..heheh

1st October
seharusnya menjadi suatu permulaan yg bagus...xp nak buat macam mana..Allah telah mentakdirkan segalanya...

I lost my shoe....
hai..dah jadi kisah cinderella la pulak...sepanjang minggu ni..aku langsung xperasan bahawasanya kasut aku hilang...(eh..ehh..kasut sendiri pun xperasan)...sebabnya..kasut tu aku cuma guna seminggu sekali sahaja...maklumlah, dalam semua kuliah aku..hanya satu kuliah saja yg kena pakai "proper attire" ..lepas saja kuliah pada Isnin lepas...aku terus ja tanggalkan kasut dan letak dekat rak depan pintu...selalunya, akan aku bawa masuk terus dalam almari..xp disebabkan hari itu hujan...jadi aku pun letak la di luar..jd pagi2 xd terus aku terkejut beruk..mana pulak la kasut aku ni...sudah la tengah kejar masa nk kena masuk on time...

Instinct
erm...xp..aku rasa lepas ja kering aku dah simpan kasut tu...hem...maybe aku xperasan kot yg aku belum simpan..dan yg peliknya...rak tu depan pintu..boleh pulak aku xperasan...adeh..what kind of person i am...huhuhu...
dan..pada pagi ini..aku terus mengajukan soalan kpd "my kung fu panda"..kot kot..dia ada pinjam...xp dia kata xda pula...dan aku rasa dia pinjam...sbb...dia call immediately...dan apa yg menyebabkan aku rasa dia pinjam adalah kerana dia ada p main badminton..dan setahu aku..sepanjang dia dekat sini..dia xda pula bawa kasut sukan..(ataupun aku ja yg xperasan..heheh..)..ok la xbaik nk tuduh-tuduh ni..berdosa....(aku cuma mengesyaki sahaja...) 

anyway...tunggu ja la..apa akan jd seterusnya...or maybe dah xjumpa kot...huhu..(sedang berfikir kena beli kasut baru la..klu xjumpa juga....)..dan satu lagi..klu nk pinjam baik habaq..xsusah aku dibuatnya..dan yg penting kasut tu aku xpernah guna untuk bersukan walaupun ianya kasut sukan....sbb aku ada lagi satu kasut khas utk bersukan....adeh.....ujian..ujian...
(xp salah aku juga sbb xperasan barang hilang....sama la dengan kejadian payung unggu kesayangan ku.....nasib..nasib..)