Isnin, 29 Oktober 2012

Adiladha dalam kenangan....

Keluarga adalah satu institusi yang berfungsi dan berperanan dalam membentuk dan mendidik manusia pada peringkat pertama sebelum mana-mana institusi pengajian...
maka...keluarga yang lengkap dengan didikan yang terbaik akan melahirkan insan yang mulia..jika tidak, maka lahirlah pelbagai kepincangan dan permasalah dalam masyarakat. Justeru, keluarga adalah institusi yang harus dipandang tinggi dalam masyarakat. Malangnya, institusi ini tidak lagi berperanan seperti mana yang diharapkan....


My family is not perfect...
aku bukanlah Insan yang lahir dari sebuah institusi keluarga yg hebat...kepincangn dan perbalahan itu sering berlaku...dan ini adalah lumrah dalam mana-mana keluarga...kerana kita bukan sempurna..xp tugas kita adalah mencari kesempurnaan dengan memperbaiki setiap kelemahan...Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana toleransi dan memahami adalah kunci yang paling utama untuk membentuk sebuah institusi yang kuat...dan itu merupakan pokok utama dalam mana-mana perhubungan kekeluargaan...dan aku mengharapkan ianya pasti berlaku sutau hari nanti....


Its more than a PHoto
apabila aku melangkah atau melihat mana-mana foto keluarga sahabat2ku..pasti ku rasa cemburu..kerana aku juga menginginkan sebuah foto keluarga yang lengkap dengan semua ahli keluarga...Namun, harus aku fahami...bahawa foto cumalah gambaran luaran pd kaca mata siapa yg melihatnya..tapi kenyataan di sebalik sebuah foto adalah suatu misteri dan rahsia yang sukar untuk diungkap dan diceritakan...berbahagialah sebagaimana kita mampu miliki pada hari ini...kerana ada insan lain yang langsung tidak punyai keluarga apatah lagi sebuah foto...
Accept in what way they are
adakalanya kita mahu miliki sebuah keluarga yang hebat..punyai segalanya dan jauh dari kerumitan permasalah...dan ketika itu jua, kita miliki pelbagai kerenah dan sikap dari setiap ahli keluarga..Namun itulah realitinya...yang jauh lebih indah dan hebat dari sebuah keluarga yang kita ingin dan impikan...kerana mereka membuatkn kita berfikir untuk tidak melakukan kesilapan yang sama di masa hadapan..kerana mereka adalah anugerah pengajaran untuk kita gunakan dan hindari...kerana mereka adalah ahli keluarga yang nyata walau siapa pun mereka...



Penutup kata:
sesiapa pun mahukan lebih daripada apa yg sudah mereka miliki...kerana itulah kehendak manusia yang tidak pernah terbatas dan puas...jadi bersyukurlah dengan apa yang kita miliki dan punyai..kerana lusa siapakan tahu bahawa segala yang buruk itu adalah indah dan baik....daripada apa yang kita impikan...Biarpun keluargaku punyai pelbagia cerita...namun, realitinya merekalah keluargaku sehingga aku kembali kepada maha pencipta...demikianlah jua mengapa Mak dan ayahku tidak pernah membenci anak2nya dan menyayangi setiap dari kami dengan layaknya....kerana anak adalah anugerah......

Salam adiladha...
apa pun jua pengorbanan yang dilakukan daripada setiap ahli keluarga kita merupakan suatu yang tidak boleh dibalas dengan wang mahupun budi dan yang layak membalasnya adalah Allah...semoga Allah merahmati dan memberkati jasa mereka...InsyaAllah...

(25/11/12 *keluarga ku tetap keluargaku.....)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan