Selasa, 31 Januari 2012

Penafsiran Persahabatan bagiku


Bercakap mahupun bercerita mengenai sebuah persahabatan adalah suatu tajuk yang paling panjang untuk dirungkap dan dihuraikan. Adakalanya terlalu rumit dan kompleks untuk diperjelaskan kerana bagi diri ku  persahabatan itu bersifat subjektif bergantung kepada individu itu sendiri, bagaimana dia menafsirkannya mengikut pemahaman dan pengalamanya.

Mengenali erti sebuah persahabatan bukanlah suatu perkara yang baru bagi diri ku. Aku yakin dan pasti, ramai mereka di luar sana sudah mempelajari erti sahabat itu pada usia yang masih muda. sejak kecil aku inginkan sebuah persahabatan yang tulus dan ikhlas. Berdiri di atas satu kepercayaan yang sama, berkongsi minat dan ideologi yang sama. Namun, pada suatu saat dan ketika aku merasakan bahawa telah pun aku temui sahabat setia dan akrab yang boleh berkongsi segalanya tetapi malangnya persahabatan itu musnah. Bukan disebabkan pengkhianatan mahupun pergaduhan tetapi faktor keserasian dan perbezaan idea dan matlamat antara penyebab mengapa sukar bagi diriku untuk mendirikan sebuah persahabtan yang tulus dan ikhlas. Begitulah detik-detik pertama kali aku cuba membina sebuah persahabatan yg kukuh berdasarkan suatu matlamat yang sama dan tenyata itu adalah suatu kesilapan.  

Bangkit dan berubah
Kini segalanya telah berubah. Setelah satu persatu teman, taulan dan rakan aku temui dan menjalinkan persahabatan, boleh dikatakan aku semakin matang (hehe..mmg patut matang pun dah tua bangka punnnnnnnn). Persahabatan itu mengajar aku untuk lebih kental, matang dan berfikiran luas serta jauh. Aku mula belajar dan mengenali dunia ini melalui cerita dan pengalaman para kenalan ku. Berpegang kepada suatu petikan kata-kata hamba Allah yang berbunyi...

"belajarlah sesuatu daripada sahabat kamu atau kamu langsung tidak berlajar apa-apa daripadanya"
 ataupun
 " Friend with benefit "

kata-kata ini bukanlah beerti menyarankan kita untuk mengambil kesempatan ke atas mereka tetapi saranan kepada kita untuk menggunakan segalanya yang baik daripada sahabat kita dan belajar sesuatu daripadanya. Agar tidak sia-sialah Allah menemukan kita dengan mereka yang belatar belakangkan kehidupan yang berbeza  dan pelbagai dengan tujuan untuk kita mengambil iktibar daripada mereka. Daripada sinilah aku mula mencari sudut positif agar aku dapat mempelajari sesuatu daripada kenalan-kenalan ku biarpun adakalanya terpaksa aku menelan pahit untuk merasakan manisnya.

Makan hati (sentap)
Adat resam dalam sebuah perhubungan adalah "makan hati". Aku tidak menafikan, bahawa dalam sebuah persahabatan itu sudah pasti akan ada rasa terkecil mahupun terguris hati biarpun sebesar biji sawi di hati. Kita tidak pernah dapat lari daripada rasa iri hati, cemburu dan pelbagai rasa yang kurang enak dengan taulan dan rakan mahupun suadara terdekat kita sendiri. Aku sendiri tidak mampu lari daripada semua ini. Namun satu yang aku sentiasa lakukan adalah mendidik hati dengan akal yang suci dan bersih daripada pemikiran negetif.  Barulah hati ini tenang dan senang. Benar mendidik hati bukalah suatu urusan yang mudah tetapi akal yang suci dan bersih adalah jaminan kepada hati yang suci. Dalam persahabatan, soal makan hati atau terasa hati bukanlah suatu isu baharu yang sering aku rasakan. Rasa "sentap" dengan rakan-rakan adalah lumrah dalam kehidupan. Adakalanya, bukan niat mereka untuk melukakan tetapi terjadi secara kebetulan. Jadi kemaafan adalah jalan penyelesaian.  Benar sering kali terjadi pada diri ku kerana aku seorang yang sensitif dan mudah terluka. Tapi perkara sentap dan terasa itu sudah menajadi lumrah dan resam perjalanan ku. Alhamdulillah, aku berjaya mengatasi rasa makan hati dengan tidak menghiraukan sangat segala perkara yang mengguris hati serta bersabar atas setiap yang terjadi. Aku pujuk dengan berdoa pada ilahi dan aku postifkan pemikiran ku kerana mungkin pernah juga aku melukakan hati orang lain dan ini adalah balasannya.

Permata di celahan kaca
Sahabat ibarat permata di celahan kaca yang berselerakan. Ramai kenalan bukan beerti ramai sahabat. Aku yakin dan tidak menafikan setiap daripada kita sering menganggap sahabat adalah insan yang sering berkongsi suka, duka dan menahami segalanya. Sehingga ada suatu masa kita merasakan tanpa mereka hidup ini kurang bermakna. Tetapi suatu perkara yang sukar adalah mencari sahabat yang paling setiap,jujur dan memahami segala-galanya. Semua orang inginkan seperti itu, tapi apakan daya ia hanya satu dalam sejuta. Andai kamu miliki sahabat seperti itu, maka kamu adalah insan yang paling bertuah. Terus terang aku akui, aku juga tidak memiliki sahabat seperti itu. Tapi aku bertuah kerana memiliki sahabat-sahabat yang sentiasa ada di belakang aku untuk menyokong dan mendoakan kejayan serta kebahagian aku. Biarpun mereka bukanlah seperti sahabat-sahabat Rasulullah mahupun "perfect" seperti mana yang aku inginkan tapi mereka sedikit lebih dari segalanya. Setiap sahabatku istimewa, namun seperkara yang tidak mampu aku lakukan dalam persahabatan adalah mengketegorikan para sahabatku. Ibarat permata di celahan kaca, mereka nampak serupa tetapi berbeza sebenarnya. Sukar bagi aku untuk menklasifikasikan mana satu sahabat baik, rapat dan sebagainnya kerana setiap daripada mereka adalah istimewa. Kehadiran mereka dalam hidup aku melengkapkan aturan Allah dalam mencari keredhaan dan rahmatnya. Tidak aku mampu hindarkan ada sesetengah daripada mereka teramat istimewa dan bertahta jauh di lubuk hati aku. Demi menjaga hati dan perasaan sahabat lain aku jauhkan daripada mengkalsifikasikan yang teristimewa itu di khalayak. Biarlah Allah, hatiku dan segelintir mereka sahaja yang mengetahuinya. Oleh itu, perkara terbaik yang mampu aku lakukan adalah dengan berusaha melayan setiap sahabatku dengan adil dan saksama agar sebilangan daripada mereka tidak rasa terpinggir dan terkecil hati. InsyaAllah. Perkara yang paling penting adalah, doaku bukan sahaja untuk yang "teristimewa" tetapi meliputi sekalian sahabat, rakan, kenalan dan para muslim serta muslimat semua kerana selagi mana kita beragama Islam...kita adalah bersaudara....

Bertemu dan berpisah
Lumrah dunia patah tumbuh hilang berganti tetapi yang tumbuh dan yang berganti tidak akan pernah sama patah dan hilang. Begitulah para sahabat dan kenalan kita mereka mungkin hadir di perismpangan ini tetapi pada suatu persimpangan yang lain kita mungkin terpaksa berpisah. Selaku hamba yang sentiasa mencari taqwa dan rahmat Allah kita harus rehda dan pasrah dengan menerima segalanya dengan hati yang terbuka. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat sekalian hambanya. Dalam kisah persahabatan ku, inilah bahagian paling jiwang sebabnya aku pun tak tahu. mungkin lumrah manusia untuk bersedih pada setiap perpisahan. Adakalanya pula persahabtan tu menjadi semakin jauh apabila semakin meningkat usiannya (sepatutnya semakin lama semakin dekat ini pula sebaliknya..heheh). Tapi apa pun biarlah waktu yang menentukannya. Ataupun mungkin juga faktor jarak, ruang dan waktu menjadi penyebab mengapa semakin lama seseorang itu bersahabat semakin renggang. Aku mengakui bahawanya faktor ini adalah benar kerana aku sendiri mengalaminya. Mula-mula berjauhan selalu berkirim berita tapi lama - kelamaan semakin renggang. Disebabkan masing-masing mempunyai kekangan waktu dan jarak yang jauh. Jadi tak hairanlah kalau bercinta jarak jauh ni selalu "fail"..(apa pula kaitan kan...hhahah). Oleh kerana ini jugalah ada sebilangan sahabat ku yang sudah merasakan bahawa sesetengah sahabat mereka dah jauh dan mengatakan bahawa sebilangan sahabat sudah berubah dan tidak terkecuali juga diriku sendiri merasakan perkara yang sama. Hingga pada suatu saat sebilangan sahabat aku mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dan menyepi daripada menegur sapa mahupun cuba mengeratkan kembali pertalian seperti dahulu. Mungkin susah untuk kembalikn sesuatu seperti dahulu tapi sekurangnya-sekurangnya janganlah terlalu ikut akan perasaan bahawa diri kita ini bakal ditinggalkan keseorangan dengan menyepi dan menyendiri daripada berhubung dengan rakan-rakan. Sebaliknya lakukanlah sesuatu untuk mengatasinya, sebab bukan semua orang itu berfikiran seperti kita dan mempunyai waktu untuk terus bersama kita. Sampai masa berpisah jua kita semua. Walau apa pun aku pasti bukan niat seseorang itu menjauhkan dirinya daripada kita berkemungkinan dia juga mempunyai komitmen dan perkara lain yang harus diutamakan. Namun tak beerti mereka ini melupakan kita. Jadi menjadi tugas kita untuk berhubung dan bertanyakan khabar walaupun ada sebilangan mereka memang benar-benar sudah melupakan kita untuk menjaga tali persaudaraan sesama Islam.(hakikat daripada sebuah pengalaman tapi andai sudah banyak kali seseorang itu tidak mempedulikan kita, maka jelaslah bahawa sememangnya orang seperti ini sudah melupakan kita, Jadi apa yang perlu dilakukan adalah senang sahaja "delete" terus dari friend list supaya tak sakit hati..hahahahaaha) Alhamdulillah bagi aku, kerana pada waktu ini sahabat-sahabat yang aku kenali semuanya masih baik dan berkirim berita cuma kemesraan itu kurang berbanding dahulu disebabkan faktor ruang dan masa. Tambahan pula kita sudah dewasa dan mempunyai komitmen lain yang perlu diutamakan. Namun mengenangkan kembali detik kemesraan dahulu memang seronok dan lebih sedetik dari segalanya.Di mana kita saling memahami dan cuba melakukan setiap perkara itu bersama-sama. InsyaAllah jika persahabtan itu adalah kerana Allah maka pasti Allah juga menjaganya. (Yang penting fikir positif walaupun hakikatnya memang negatif....hehehehe)

Tuntasnya
Demikianlah bagaimana intripretasi dan penafsiran persahabatan menurut pegalaman ku. Bukan mudah untuk kita menjaga hati dan perasaan orang lain, begitu jua dalam menjaga sebuah persahabatan. Segalanya berkait rapat dengan perasaan. Hanya satu cara sahaja, iaitu dengan sentiasa berfikiran positif dan memaafkan setiap perkara yang berlaku merupakan langkah terbaik dalam menjaga apa-apa jua perhubungan. InsyaAllah.  

Isnin, 30 Januari 2012

break even - full with story


Seminggu yang penuh dengan cerita
aku mulakan dengan kenduri kendara
disambung dengan berita kematian menjelma
ditambah pula khabar kurang enak
abang aku menghidap diabetis pula, anak saudara lelaki ku terima jahitan di kepala
macam2 kisahnya...
tidak terhenti di situ sahaja..
ikatan pertunangan sahabat baik secara rasminya di khabarkan pd sekalian teman setia
namun lain pula jadinya...buat abg ku yg kedua..
bukan jodohnya...kini solo nampaknya
khabar gembira buat para jemaah surau desa tercinta..
semua kembali pada keadaan biasa 
kembali meriah dengan para jemaah yg suka pada pengerusi lama
yg baru diundi tidak percaya
sekian secara umum kisah semggu diteratak tercinta
.....................................................................

1- Dinner bersama sahabat tercinta
    Macam biasa la..klu dh balik cuti sem ni dh jd rutin utk keluar dinner bersama-sama. dari char keow toew, mee udang,nasi ayam dn chiken chop dengan burger.. destinasi kunjungan paling setia. sampai certain pekedai pun dh kenai sangat,,,hahahha..(nampak sangat kerap p tempat yg sama). xp kali ni aku rasa cepat sangat waktu berlalu. maklumlah aku pn cuma ada tempoh seminggu sebelum mula latihan industri..(gementar pn ada juga..huhu).tambahan pula saudara tercinta panglima Aibar pn..tidak punyai waktu yg lama..jd semua kna rush..kini tinggal seorang sahaja sahabat ku Ukhwanul mukminin..(klu kamu nk berdating dgn tunang kamu pn xpa dh,..xda sapa mau kacau..hahaha)..

2-Bowling time
   Ini pun antara rutin cuti sem yg xdapat nk lepas..huh...semggu balik rumah..xda tempat len kami p..asyik2 bowling2..mula2 tu Pak kerz@gurlz join sekali dgn junior2 aku (adk jambu & bulat) xp dh banyk2 kali men..last2 aku pn dh decide no more bowling utk sementara waktu hahah..sbb dh jemu..ada satu kali tu..aku beria-ria nk p beli-belah baju dekat jusco perda...aleh-aleh P.Aibar pulak nk p pacific nk men bowling...jd dgn hati yg berat dn terpaksa aku relakn jua..yg U.mukminin ikot ja...huhu..nasib baik..masa ada lagi utk aku p beli belah...hahhah.....xp...aku terus terang cakap...owh..xnk men bowling dah...betol2 xda mood...

3-Window + shopping

     Disebabkan aku bakal memulakan latihan industri..jadi aku kena la beli baju kemeja dn kasut baru(bkn sbb nk li..xp mmg aku dh xda baju kemeja punnnnnnnnnnnnnnnnn..heheh)..so aku pn decide la p ronda-ronda dekat BM summit n kwsn sekitar..tanpa ditemani sesiapa..(nk kata kecewa sbb ajak orang xnk p..pn ada juga la...dn aku pn fikiaq abis-abisan..xkn nk nyusahkn orang pulak kan...so kena la berdikari...hahha..kononnya la)..lagipn senang klu gerak sendiri...xgaduh kalut2 dengan urusan orang lain..Alhamdulillah..aku benar2 menikmati window shopping aku..

4- Roti canai + mengkuang dam = satay + mengkuang dam

     Setelah sekian lama mengidam nk membelasah roti canai...akhirnya terlaksana...hahah..1st aku p makan dengan Farid kamil lepas balik dari jog dekat mengkuang dam.entah ribut apa yg melanda Farid kamil xtau la tetiba ja ajak aku p jog..hehe..dh alang2 tu aku ajak la sekali p melantak roti canai...2dn aku p melantak dgn U.mukminin + P.Aibar...tu lepas kami p jalan2 dekat mengkuang dam dgn Pirdaus ali sekali...(ok la..nk kata dekat penang xda roti canai..hem ada..xp susah nk cakap...kat penang bg aku roti canai dia xsedap..kuah la terutamanya..jd aku xsuka makan time aku dok penang..xp bila balik sberang perai ja..hahah..aku mesti cari roti canai dekat dgn area rumah ..huh..ni la paling sedap roti canai yg aku pernah rasa..heheh...

   klu sebelah petang..mesti p cari satay dekat mengkuang..huh...xtau la..mmg kat c tu paling best nk pekena satay...bukan sedap sangat..xp sbb satay dia besar dn berpatutan..ni pn antara rutin dn port utk wat pra reunion..mmg terbaik la...xp sem ni agak berkurang cikit taulan yg sertai..maybe sibuk dgn urusan Final yer project ..

5- Sesi menikmati suasana bendang di waktu pagi dn petang

 bendang mmg tempat fav aku utk berjalan-jalan menikmati sepoi2 angin...kat c ni tempat aku bermadah dn berbicara...bercerita stp inci life aku...so...bendang ni mmg best frenz aku...paling setia la...haha...mmg damai sangat kalu dapat nikmati suasana pagi dekat bendang..dn klau petang seronok utk berjalan kena angin petang..xp kadang tu kul 6 ptg pn panas terik..so xdapat la nk enjoy...xp time pagi yuhuuuuuuuu..best gila..orang pn xramai lalu lalang...so time tu jalan kat bendang aku yg punya...dari kecik sampai dah dewasa aku dgn bendang xdpat dipisahkan...seronok tgk ayaq ban dan padi yg menghijau...tambah pula...langit yg biru dan cerah...klu waktu mendung dn selepas hujan lagi best..damai dn nyamannya..huhu...dn aku paling suka utk tgk pelangi...da sekali tu aku cukup bertuah utk menyasikkan fenomena pelangi di atas awan..huh..wow amazing tu...mana dapat cari...

Perkara- perkara yg aku termiss...
1.xdapat jumpa c.noni...
2.xdapat nk g belanja baucer buku dgn farid kamil,deq na n fairos
3.xdapat jumpa anak2 kakak aku
4.xdapat sertai reunion utk sem ni (oppss..dh cancel pn)
5.xdapat jumpa sahabat2 lain...
6.xp SMKP sem ni utk wat lawatan..huhuh

yang penting semua saudara ku sihat belaka...Alhamdulillah...semoga Allah terus merahmati kalian semua

Selasa, 17 Januari 2012

Robohnya rumahku buat kali ke-2

Hari ni dh masuk kali ke-2 mengulangi kesilapan perbuatan yg sama
aku dh merosakkan janji ku pada-Nya
23 tahun masih belum berubah
telah aku berusaha untuk bersujud dgn tawaduk dan tekun
namun aku gagal mengekang nafsu yg meronta
terturut aku bersamanya
melakukan kesilapan yang sama

tergadai Iman yang aku bina sekian lama
runtuh dan roboh rumah ku
arhh...menyesal dn kesal
mengharap pada diri agar kali ini
biarlah yg terakhir
segera aku kembali bersujud
memohon ampun agar dikembalikan kekuatan imanku
agar dapat ku didik nafsu ku semula
hanya Allah Yang Maha Mengetahui
lagi Maha mengasihani

adakalanya, aku rasa tidak layak untuk aku bersujud lagi
setelah mengenangkan kesilapan yg berulang kali
aku malu pada-NYa
munafik diri ku
janji yang aku zahirkan
telah aku khianatkan

adakalanya, aku seperti mengharapakn diri ini
segeralah kembali abadi bersujud di sisinya
saat imanku masih teguh dan utuh memaksikan
bumbung keimananku
agar tidak perlu lagi aku
kembali mengulangi dosa yang sama

Namun, Allah ada ujiannya
manakan beriman seseorang jika
tidak diuji Oleh-Nya
ternyata sekali aku masih belum layak
masih jauh lagi sujudku padaNya
aku gagal pada ujian-Nya

merenung aku pada petikan hamba Allah yg dikongsi bersama:
IMAM GHAZALI MENGUMPAMAKAN NAFSU SEBAGAI KUDA YANG LIAR. JIKA TIDAK TERDIDIK, KUDA AKAN MENGAMUK DAN MENJATUHKAN ORANG YANG MENUNGGANGNYA. JIKA BERJAYA DIJINAKKAN PULA, KUDA AKAN MUDAH DITUNGGANG MENGIKUT PERINTAH.

BEGITU JUGA DENGAN NAFSU.
JIKA DIDIDIK DENGAN BETUL , IA BOLEH MEMBAWA KEPADA KEBAIKAN
masih belum terlambat
untuk aku kembali bersujud sepenuhnya
dengan rasa hati yang berat
aku rasa jijik untuk berdiri
sebaris di saf yang sama bersama suadara muslimku
tidak layak aku
kerana diri ku masih bergelimpangan dengan dosa
gagal dalam mendidik nafsu

hinggakn hari ni
aku tidak menghadirkan diri untuk bersujud bersama pada subuh yang indah
aku lakukan sendiri
kerana aku tidak layak untuk ketuk-mengetuk pintu kalian
untuk bersujud bersama
maafkan aku..

berkata hatiku:
aku benar2 lemah...aku benar2 malu
malu pada Allah....malu pada diriku

duhai diriku
maafknlah diriku
kerana aku gagal membimbing mu
gagal mentadbir hati ku

Ya Allah...malu untuk aku bersujud pada-Mu
namun..aku sentiasa perlukan-Mu
janganlah engkau meninggalkanku
aku hanya mempunyai-Mu
Tuhan yang satu
yang Maha mengetahui lagi Maha mendengar
rintih-rintihan ku
ampunilah aku....berikanlah sebuah kehidupan dan hati yang baru
agar dapat ku paksikan rumahku
dengan tiang keimanan yang baru

Isnin, 16 Januari 2012

Prasekolah 1995

 owh...tadika...erm..Prasekolah..
tempat pertama aku mula mengenal dunia sekolah dn berkenalan dengan teman-teman baru
haha tiba-tiba ja terkenang kembali
sbb hari  ni time makan pagi terserempak dgn dua tiga orang budak tadika koop USM
comel2 dn kecik2 ja...
teringat lagi masa mula-mula nk masuk Prasekolah
wow...so excited...xsabarnya
sbb kawan2 semua dh bersekolah time tu
tinggal aku,adik aku dn segelintir kawan kampung yg seumur sahaja belum
huhuu....manis zmn tu...
so young n naive
kudus dan sucinya
antara kawan2 yg aku masih ingat bersekolah dgn aku di prasekolah yang sama
(akmal,muktarah,fatimah,sarah,husaini,huzaini,fadhil,daud)
ada sesetenagh dari kawan prasekolah aku ni dapat duduk satu kelas dgn aku
Muktarah - 2 Putih & 3 Jingga
Sarah - 6 kuning, 3 Dedikasi
Fatimah, Fadhil - 4,5 Dedikasi
yang lain tu aku dh xingat..hehe..sorry
semoga rakan-rakan prasekolah sentiasa berada dalam rahmat Ilahi


antara memori yg aku masih ingat time prasekolah
1.makan ramai2 dn baca doa sama2
2.gosok gigi ramai2
3.baca ABC kuat
4.kena cubit dengan pembantu prasekolah
5.bergaduh dgn kawan2
6.dapat baca nama sendiri (perkataan pertama aku boleh baca)
7. main pondok2
8.susun kasut bagi sama
9.masuk perhimpuanan hari Isnin dgn murid2 tahun 1,5 & 6
10.buat kolage & lukis2
11.main papan lonsor,jongkang jongkit
12.spider wax (tetulang besi 4 segi)
13..hari graduasi prasekolah bersama hari anugerah kecemerlangan SKGP
itu  ja yg aku mampu ingat..xp kenangan di prasekolah adalah sesuatu yg mengujakan
wow rasa mcam nk balik ja zaman tu...heheheh
arhh..rindunya....
terima kasih kpd guru tadika saya
cikgu kartini
semoga Allah sentiasa merahmati kamu


Sabtu, 14 Januari 2012

Death note

Pemergian demi Pemergian
Dalam tempoh 23 tahun telah banyak berita kematian yang telah pun aku tempuhi dan paling meragut rasa hati  takala kembali bonda tercinta ke pangkuan Maha Pengcipta pada tanggal 9 April 2007. Aku redha dan pasrah kerana kehidupan ini hanyalah sementara. Jadi seharusnya berlapang dada dan mengambil iktibar akan kematian saudara muslim kita agar termuhasabah hati menanti bilakan pula giliran diri.Kalam Al fatihah buat kalian semua yang seagama denganku.

Jumaat 13/01/12 -Perginya seorang suadara seagama (Muhammad Syakir), biarpun bukanlah rapat dan selalu berkirim berita. Namun kisah bergurau senda di suatu masa lampau kenangan yang aku tidak akan lupa.  Ku sedekahkan kalam Al-fatihah dan Yassin buat peneman di sana, semoga roh saudara dicucuri rahmat-Nya. Pada usia muda, dia meninggalkan dunia yang fana. Kembali bertemu maha pengcipta pada kehidupan yang kekal abadi selamanya.


        Usia ni hanyalah angka      
Kehidupan ini bukanlah berkenaan angka tetapi soal ibadat dan amal kebajikan yg bakal ditimbang di sana(akhirat) kelak. Pada sebaris kata dari sebuah lagu "walaupun hidup seribu tahun,kalau tak sembahyang apa gunanya".. seharusnya menjadi renungan kita semua. Merenung kembali sepanjang 23 tahun aku bernafas atas izin-Nya, wajib aku sedar akan dosa-dosa lampau bukan lagi harus. Maut itu bakal mendatang pada bila-bila sahaja masanya dan adakah kita sudah bersedia dengan amalan yg cukup untuk melenyapkan dosa-dosa yang telah kita zahirkan??Persoalan yang wajib kita tanya...Dalam kehidupan seharian tanpa kita sedari adakalnya kita melakukan dosa dan terus-menerus melakukannya. Hanya dengan memuhasabah diri sahaja yang bakal mengingatkn kita akan dosa yang telah kita lakukan. Oleh kerana itu usia hanyalah angka tanpa amal kebajikan dalam kehidupan. Maka kehidupan kita ini hanyalah sebuah perjalanan yang sia-sia jika kita miskin di sana (akhirat) kelak. Bertaubatlah sebelum masa itu (hidup) tamat tempohnya. 


Kehidupan ini ibarat nyalaan sebatang lilin
Lilin yang menyala sehingga cairan titisan terakhir, itulah diibaratkan dengan perjalanan hidup kita. Mengapa diibarat kepada sebatang lilin???Perumpamaan yang mudah. Kita hidup menjalani pelbagai ujian dan rintangan. adakalanya jua kita menghadapi musibah yang mungkin meragut nyawa sehingga ada yang pernah mengalami koma. Begitu jua lilin yang menyala. Sepanjang nyalaannya ke cairan terakhir pelbagai rintangan dan ujian terpaksa ditempuhi seperti tiupan angin. Jika lilin itu dipadam sebelum sampai ke nyalaan terkahirnya,maka  diibaratkan seperti keadaan seseorang itu koma. Jika ia dinayalakan semula, ia umpama peluang yang masih Allah berikan untuk kita perbaiki pelbagai kesilapan sebelum kita benar-benar kembali-Nya.


NOte;
1.ku seru hati dan diriku untuk perbaiki segala kekhilafan diri
2.semoga segera taubat segala dosa
3.kematian itu pasti, seksaan dan ganjaran itu pasti.

Jumaat, 13 Januari 2012

Aku mencari sinar dibalik kelamnya Hati


 Hati kelam/gelap/beku
itu yg aku rasakan...dibibir aku lafazkan kalam-kalam suci memuji Ilahi
namun di hati masih kekal tegar membeku.
aku cuba menghayati setiap lafaz suci
namun kenapa masih aku gagal mencairkan hati ini

aku cuba menangis
tapi tangisan hanya dia mata bukan di hati
aku bertanya pada diri
aku renung jauh-jauh ke lubuk hati
cuba mengapai dasar
mencari cahaya yang tersembunyi

duhai hati
mengapa engkau masih berkeras
mengapa engan hadir bersama akal
agar tersuci diriku
daripada kelam yg telah lama aku himpun


bertanya aku dalam doa
duhai Ilahi
engkau yang maha mengetahui lagi memahami
adakah telah kau kelamkan hatiku
adakah salah sujudku
itu dn ini...
dan aku berfikir kembali
andai dikelamkan hati ini
mengapa masih aku tegar bersujud
mengapa masih aku menyebut namaMU
mengapa masih diberikan hidayahMU

Ya Allah
bertanya lagi aku kepada-Nya
dimanakah silap ku...
dimanakah khilaf ku...
tunjuklah padaku...
aagr aku dapat memperbaiki hati ini
agar aku ini bebas dari pelukan hati yg kelam dan gelap ini
ingin aku rasakan sucinya hati..

dan aku bingun dan buntu seketika
manakan Allah beri semudah itu pada hati
tanpa ujian menguji iman dan taqwa
masih banyak khilaf yg aku gagal taubatkan
masih banyak dosa yag aku lakukan

duhai Allah.
izinkanlah hati ku ini
merasakan hadir-MU
mencintai dan mentaati MU
jangalah bairkan aku tenggelam
bersama kepekatan hati yang kelam
cerahkan langit hati ku...
agar tumbuh menghijau rimbunan pohon, rerumput dan mekar bunga-bunga
ditaman-taman hati ini

teringin aku Ya Allah
merasa kusyuknya beribat kepada-MU
seperti fatimah dan ali Bertasbih kepada-Mu
seperti sufi yg gentar kepada-MU
seeprti soleh dan solehin menangis
bersyukur di atas nikmat-MU




Sabtu, 7 Januari 2012

Yang JIJIK & KEJI (MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA)

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari  keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".

H.R Termizi
Keterangan
Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang­orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan­alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

 


Resah dari Hati ku:

dah lama dh dok pikiaq...benda2 cmni...sudah adat di akhir zmn...kenyataan demi kenytaan..keterangan demi keterangan..aku jijik melihat kancah politik yg keji...
Islam itu bertelagah dn bertekak sesama sendiri..mengadai agama demi politik..
sesama sendiri memperjuangkn Islam
namun, pelik & hairan...
mengapa tidak mereka bersatu jika niat itu Ikhlas demi Allah
memartabatkn Islam
xp entah la...mungkin ini salah satu petanda ke arah akhir zaman
para ulama tiada lagi besefahaman
yg jelek dn cetek agama pula semakin keliru
fatwa-fatwa yg dikeluarkan kebanyaknnya merapu
jelas...sedikit demi sedkit..Islam itu diangkat dn dihilangkan
dn Islam itu kembali terasing spt asalnya..

jadi..bagaimana harus kita yg terumbang-ambing ini mencari kebenaran tentang Islam???
mencari redha dn barakah
memperbaiki kelompangan maksiat...
aku bingung....pd ulama harus kita hadapkan...
mencari jawapan...
xp bagaimana jika mereka sendiri bercakaran...
berfatwa yg bukan22...
jawapannya mudah..kembalilah pada Al-quran, Hadis & sunnah yg ditinggalkn..

Hidayah dn Taufik tidak akn hilang dari merka yg mahu beriman...
Ya Allah..selamatkanlah kami muslimin dn muslimat
dari lembah dn kancah keji
sebilangn munafik yg mengaku mereka pejuang panji2 Mu..
bimbinglah kami ke jalan yg benar..

aku benar2 takut...aku benar2 resah...
percaya dn yakin sesama manusia itu hilang
ingin bensendiri mencari redha tuhan..mencari kebenaran...
namun..aku masih perlukan pertolongan
agar kembali pada jalan yg benar
 
aku berharap agar diriku dn kaum muslimin serta muslimat sentiasa dlm rahmat dn jagaan tuhan
kepada Allah kami berlindung & berserah....
dari kesesatan akhir zaman..



Khamis, 5 Januari 2012

to be better than yesterday!!!

 huhu...2012 sudah...kekeliruan mula menjengah ke dlm benak akal ku...
bnyk perkara yg bermain di minda
sudah puas aku ketepikan..xp asyik datang jua...
mengoda hati dan jiwa...
hampir teragut raga ku....aduh......hampir parah ni
im 23 years old now...ada lagi 37 tahun andai berumur panjang
seharusnya aku berubah...itulah azam yg aku cuba genggam dan gapaikan...
aku cuba perbaiki kelemahan ku...
aku mulakan dengan agama...agar teguh iman dn taqwa ku
kerana aku tahu usia ini sentiasa kehadapan dn xpernah berpatah ke belakang
hidup ini sebuah perjalanan utk menemui tuhan
kerana itu...aku harus berusaha
untuk perbaiki segala kepincangan yg pernah aku lakukan..


benar kata orang : "kita ini bukanlah sebaik mana dan pasti menerima seksaan tuhan"
aku fikirkan sedalam-dalamnya....peritnya azab tuhan...
sedangkan api mancis tidak mampu utk ku tahan inikan pula Neraka Allah yg berganda bahangnya..
adakah aku bersedia utk menerima seringan-ringan azab-Nya yg ringannya bara api diletakan di bawah telapak kaki sehingga mendidih otakku...????
jawapannya sudah tentu TIDAK.....

maka seharusnya...perlu ada suatu penghijrahan
pilihan utk berubah dn terus berubah
memperbaiki amalan ke arah kebaikan..dunia ini sudah tua...sudah hampir tamat masanya
andai tiada lagi hari-hari mendatang..bagaimana harus aku perbaikai amalan
jika tidak dimulakan dgn hari ini ...

barakah Allah itu..adalah suatu kecintaan yg sentiasa aku dambakan...
indah dn tenangnya...
itu yg aku cari...demi sebuah kehidupan
di dua dunia...yg belum aku pasti masa hadapannya
agar menjadi perlindungan dn pedoman
agar aku tidak terus tenggelam dalam kesesatan

Alhamdulillah ya Allah....kesempatan ini masih engkau berikan
dan buat sekalian teman dn taulan..
semoga kalian jua berusaha memperbaiki amalan....
agar kita tergolong dalam kalangan yg diberkati bukan dilaknati tuhan