Ahad, 4 Mac 2012

Limitasi (freedom without a "free")

...Aku mempunyai sepasang kaki yg bebas utk berjalan pd stp masa...namun adakalanya dlm perjalanan kakiku akan tersangkut pd akar-akar yg berslirat di saat-saat getir aku terkejaran, lalu ia meragut masaku utk dileraikan, sehingga adakalanya aku terpaksa lepaskan perkara yg aku kejar itu demi merungkai akar-akar yg berselirat yg menghalang perjalanan...
 
Hari yg terkilan
Antara hari2 yg aku kurang senang adalah hari-hari di mana aku diberatkn dgn perkara yg tidak mampu aku tinggalkn dgn alasan "tanggungjawab dn keutamaan berserta halangan". 3-3-2012 tanggal besejarah buat teman tingkatan enam, hari perkahwinan Fatin 6A5 dgn pasangannya. Semoga Allah sentiasa memberkati perkahwinan mereka sehingga akhir hayat..InsyaAllah. Pada tanggal ini jua, aku sedikit terkilan kerana tdk dapat menghadirkn diri ke perkahwinannya. Biarpun dia bukanlah kenanaln rapat, namun sebagai seorang kenalan aku rasa perlu utk aku hadir pd hari perkahwinannya. Apakan daya, ada urusan yg menghalangi serta membataskn aku utk meraikan hari yg bermakna utknya. Alhamdulillah jua aku syukur kerana ada juga taulan tingkatan enam yg hadir utk mengucapkn tahniah dn meraikan hari yg bermakna utknya.
Autoriti dn limitasi
Berbalik kpd penyataan ku, aku memaksudkn diri ku sentiasa punyai autoriti penuh dlm apa jua pilihan. Namun, adakalanya autoriti ku itu di limitasi dgn keadaan sekeliling yg aku terpaksa rehda. Saat aku merasakan aku bebas melakukn apa jua pilihan dn berjalan, aku ditatangi dengan halangan yg mengikat ku daripada berjalan. Aku bebas utk pergi ke perkahwinannya, namun disbbkn aku tidak punyai kenderaan persendirian dan limitasi masa maka aku tersekat dalam kebebasan yg hanya tertegak diatas bicara bukan pergerakan.
Luahan dn Rehda   
Oh..seringkali terjadi begini. Aku sudah rimas dgn semua ini..Bebaskanlah kaki aku ini..agar aku mampu berjalan sendirian daripada mengharap ehsan insan. (jerit batinku)"..aku cuba mencari dan terus mencari "kunci" utk aku lepas daripada semua ini. Namun apa yg aku perolehi hanyalah kekangan dn halangan. Aku sudah puas bergantung..maka berikan aku kaki agar aku bebas berjalan.(Demikianlan rintihan demi rintihan yg aku ungkapkn). Telah aku berazam utk punyai "kaki sendiri", apakan daya azam ku dilimitasi masalah tabungan. ada perkara lain yg perlu diutamakn...hanya sabar dn pasrah pd ketentuan Allah...moga bakal ku perolehi di suatu detik dgn izin tuhan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan