Ahad, 6 Oktober 2013

Cetek!!!!

tetiba dalam minggu yg lepas, terlintas dalam kepala aku untuk menulis sebuah kisah...heheh
rasa mcam senang..dah ada idea dan plotnya...tetapi masih ampuh...tahap idea dan pemikiran aku masih jauh untuk bergelar seorang penulis..biarpun cerita yang ingin aku karang hanyalah sebuah cerita ringan buah tangan untuk kanak-kanak sahaja...

Saat aku merenung kembali hasil nukilan penulis lama...aku kagum...pada tahap minda dan pemikiran yang jauh dan penuh "fantastik"...aku bukan peminat novel cerita cinta yg kisahnya kahwin paksa aka kontrak ataupun cinta tiga segi..lelaki kaya dan perempuan miskin...pewarakan yg menggiurkan...hahahah....

tetapi aku kagum pada kisah perjalanan kehidupan yg dekat dengan realiti masyarakat...

Syukur Alhamdulillah...karya yg aku baca semestinya karya yg terpilih...(kelazzzzzzz puji diri sendiri..hahahahaahha)...
Penulis berbakat mengenai kehidupannya sendiri... "Andrea Hirata"...berjaya membuatkan aku gila pd coretan hidupnya...umpanya realiti di alam fantasi....kini..buku ketiga berjaya aku perolehi...tapi masih belum sempat baca...tak sabar rasanya...dua cerita terdahulu telah berjaya aku terokai...memang berbaloi..rasa seperti mengikut En.Andrea menjelajah dunia...
....teringat pula waktu kedatangnya ke USM...arr...aku rasa ruginya.....xberkesempatan bertemu...huhuh..

Aku bukanlah peminat novel mahupun seorang yg suka membaca...tetapi aku akui...membaca itu hiburan yg xternilai....bnyak maklumat yg kita perolehi...seperti aku membaca karya fiksyen nukilan Ramli Awang Murshid...aku bukanlah tertarik pada cerita novelnya..tetapi aku membaca sambil mencabar minda aku memahami karyanya..memahami gaya penulisanya yg dikatakan lain dari yg lain..dn akui ya..penuh isi....hehe...

Berbalik pd aku...huhuh..memang tercabar akal aku untuk bergelar seorang penulis...dan suatu cerita yang aku boleh bangga..adalah karya "Hikayat Bulan Purnama"...kisah kehidupan organisasi yg aku terjemahkan ke dalam cerpen gayaku tersendiri...(luahan perasaan sebenarnya..)

Apapun...aku berharap untuk bergelar seorang penulis jua suatu hari nanti...hahahahahaah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan