Selasa, 5 Julai 2011

ApA keBaikan CATur

Catur adalah sejenis permainan tanpa mengira umur pemainnya.
    Anda boleh mula belajar bermain catur dari mana jua peringkat umur. Tidak seperti permainan sukan yang lainnya, tiada istilah pencen (berhenti bermain) untuk bermain catur. Umur juga bukanlah satu kriteria untuk memilih lawan anda. Orang muda boleh berlawan dengan orang yang lebih tua, malah, orang tua sekalipun boleh bermain melawan kanak-kanak. Cuma, kebiasaannya, kalau yang tua kalah kepada kanak-kanak, alamat malulah
Catur membantu perkembangan minda dan mempertajamkan "logical thinking" otak anda
Permainan catur memerlukan anda untuk memahami cara-cara atau strategi mengalahkan lawan, memastikan pertahanan dan keselamatan Raja sentiasa kukuh dan terkawal, tidak melakukan kesilapan besar atau kesilapan bodoh yang membuatkan anda kalah. Jika anda melakukan kesilapan sekalipun, anda akan cuba untuk melakukan pembetulan secepat mungkin agar anda boleh terus bertahan atau memenangi perlawanan tersebut. Setiap kali anda melakukan kesilapan besar dan anda kalah, anda sebenarnya melalui proses pembelajaran dan sudah tentu anda akan mengingati kesilapan anda itu agar tidak melakukan kesilapan yang sama ketika melakukan permainan semula.

Apakah kaitannya dengan kehidupan? Manusia diberikan otak dan minda untuk berfikir secara logik tentang sesuatu perkara. Kita perlu mengetahui asas-asas penting melakukan sesuatu, cuba mengelakkan dari melakukan kesilapan dan berazam mencapai apa jua matlamat dalam hidup. Walaubagaimanapun, setiap dari kita tidak lari dari melakukan kesilapan. Yang penting adalah memaafkan diri sendiri, melakukan pembetulan dan memperbaiki kelemahan diri agar dapat meneruskan kehidupan dan mencapai matlamat yang disasarkan. Permainan catur mengajar kita memahami bahawa belajar adalah satu proses yang tidak akan ada penghujungnya.

Catur berupaya membentuk daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi.
Terdapat banyak variasi dan kombinasi di dalam permainan catur. Tidak pernah berlakunya "duplikasi" di dalam mana-mana permainan catur yang di mainkan oleh orang dan lawan yang sama. Catur membentuk minda untuk mengkaji dan mencipta sesuatu.
Ketika aku ditanya oleh staff aku samada aku ini seorang pemain catur "Positioning" atau "Tactical", aku hanya mampu menjawab mungkin kedua-duanya sekali mengikut kesesuaian permainan catur yang aku lalui. Contohnya, jika aku bermain menggunakan bukaan "Ruy Lopez", aku mungkin ingin bermain secara "Tactical" dan jika aku mengguna bukaan "Reti" aku mungkin bermain cara "Positioning". Tetapi, tidak juga kerana kebiasaannya mode permainan akan berubah ketika di pertengahan permainan di mana minda kita akan cuba melakukan tindakan mengikut pengiraan sendiri atau pengalaman dari permainan sebelum ini. Kadang-kadang bukaan permainan juga diubah (lain dari apa yang terdapat di dalam buku-buku catur) atau dipanggil "Orthodox". Semuanya adalah bergantung kepada kreativiti dan imaginasi pemain. Menang atau kalah pula adalah perkara kedua.
Kehidupan juga amat kompleks dan terpulang kepada imaginasi dan kreativiti kita untuk membentuk kehidupan kita sendiri.

Catur mengajar kita untuk membuat keputusan sendiri dan tanpa mengikut telunjuk sesiapa.
Apakah perasaan anda ketika bermain catur, ada pula kawan di sebelah anda yang menyuruh anda jalan itu dan ini dan memarahi anda jika anda melakukan movement yang salah? Silap-silap mahu terbalik meja dibuatnya..huhuhu



Di dalam kehidupan juga begitu. Andalah yang berhak menentukan hala-tuju hidup anda.

Catur membentuk minda kita untuk membuat andaian, merancang masa depan serta membuat penilaian samada wujudnya bahaya yang bakal menjelma.
Kebiasaannya, pemain catur perlu menghafal 5 ke 10 "Steps" yang terawal ketika membuka permainan dan merancang sendiri apa movement yang seterusnya. Untuk itu, pemain perlu membuat andaian sekurang-kurangnya 3 langkah ke hadapan movement yang mungkin membuahkan hasil yang diidamkan.Untuk permainan catur yang baik, anda perlu memikirkan dan membuat andaian 5 pergerakan masa hadapan termasuklah pergerakan yang bakal lawan akan lakukan (total 10 pergerakan ke hadapan).

Di dalam kehidupan, kita perlu merancang, melakukan tindakan dan pada masa yang sama membuat andaian apakah natijah hasil dari perkara yang dilakukan.

Catur mengajar kita bersabar, mengikut peraturan yang ditetapkan dan pada masa yang sama mencari dan menggunakan peluang yang ada untuk mencapai matlamat.
kegopohan melakukan movements tanpa mengira tindakan itu betul atau salah boleh mengakibatkan anda kalah di dalam permainan. Bersabar dan berfikir dengan mendalam sebelum anda membuat keputusan sudah tentu akan membuahkan hasil yang baik.
Peraturan-peraturan yang sedia ada di dalam permainan catur perlu dipatuhi terutamanya ketika bermain di dalam tournament, contohnya "Touched Move". Bagaimanakah reaksi lawan anda jika anda menarik balik move yang anda telah buat? Jika di dalam tournament, sudah tentu lawan akan mengadu kepada arbiter (pengadil) dan anda tidak dibenarkan berbuat demikian atau mungkin kena "disqualified".

Mencari, mengkaji setiap peluang yang wujud serta melakukan tindakan sepatutnya bagi memanafaatkan peluang tersebut juga perlu di dalam setiap permainan catur bukan sahaja bergantung kepada strategi dan perancangan anda semata-mata


Tiada ulasan:

Catat Ulasan