Selasa, 29 November 2011

Jumaat Yg TerCabar

Tanggal 25/November/2011
benar-benar menyentap hati ku
selepas satu..muncul satu....
"SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA"



1. Laptop rosak (12.30 tgh hari)
 - Saat Assignment hampir selesai pd detik 12.30 tgh hari. Laptop terus buat hal dengan tiba-tiba skrin menajadi gelap tanpa sebarang cahaya. Aku biarkan seketika, kerana mahu lekas ke masjid utk solat. Setelah pulang masih aku biarkan sehingga selesai perbincangn bersama Sir Ali. Setelah itu aku kembali menghadap laptop dengan harapan mahu menghabiskn sisa yg berbaki.Namun apakan daya, laptop aku hanya mampu menyala dan terpadam begitu sahaja.. Dipujuk hati dan bersabar dn bersyukur kerana telah pun aku "send" sebahagian yg siap kpd putera Haikaz utk disemak dn diperbetulkan..(Alhamdulillah)..masih mampu aku tersenyum dengan rasa hampa.


2. Split di tangga (5.00 ptg)
  -  Setelah laptop aku engan berfungsi, terus aku ke bilik air utk membasuh baju yg dah direndam hampir seminggu lebih. Harum semerbak air longkak dan aku basuh hingga selesai menyidai kain. Ketika berjalan pulang ke bilik. Saat hampir-hampir menuruni anak tangga dari bilik air. Tiba-tiba aku tergelincir jatuh terlentang di atas tangga bersama timba dan raga yg aku jinjing bersama. Aduh bagaikan nangka ranum jatuh ke bumi. "Bang" berdentum satu aras.Nasib tiada sesiapa yg melintas, kalau tak sakit yg tersangat berbekas.. cuma Din saja yg keluar dari bilik dan menyapa aku.."hai marahkan siapa sampai hempas timba" adeh..dengan malu dan nk "cover"..  aku membalas.."xda la..terlepas timba xsat" . dalam hati hanya tuhan yg tahu..(Berjalan pulang dengan kecewa dan terkedu merenung nasib diri)


3. Latihan "Cancel" (6.00 ptg)
  -  Di dalam bilik hanya mampu tersenyum sambil menahan sebak memikirkan nasib diri. Terus bersiap utk latihan memanah di Minden. Insiden jatuh tangga, terus membuatkn aku fobia dan mimikirkn yg bukan-bukan hingga risau utk menaiki motosikal pd hari tu. Namun aku gagahkn jua, meminjam moto anak Majid utk ke Minden. Setibanya di sana latihan "cancel" disebabkn tiada sebarang makluman dari unit sukan kepada staf yg bertugas. Baiklah, pulang tanpa rasa hampa. Setibanya di desa terus aku ambil laptop dan bawa ke bilik Dr Rozmey utk dibaiki. ok la.. Xmampu utk berbuat apa-apa disebabkn tiada pemutar skru. Namun tiba-tiba terus sentap bila memikirkan soal program malam nanti. barang keperluan kem belum dibeli dengan insiden yg berlaku hari tu. kepala aku terus serabut dan rimas. setelah berbincnag dgn Dr Rozmey tentang keperluan kem. Namun ":respond" yg diberikan agak gagal + rasa serabut dan kecewa aku pd hari tu..terus membunuh mood aku utk melakukan apa jua aktiviti. Aku pulang ke bilik dan ambil duit utk membeli barang keperluan kem. Setelah sampai di bilik tiba-tiba Anak Yusuf pula berkata "hai nak balik kampung ka"..hahah..idea dtg terus utk meneruskan rajuk hati.. yup memang nak balik..ni sedang berkemas.. aku ambil duti dan beri kpdnya utk diserah kdp Dr Rozmey bagi membeli barang keperluan kem. kemudian..aku terus "Hibernate" seketika. Selesai solat maghrib terus aku baring dan tidur.

..............................Continued............................

  1. Bullet..Bullet..Bullet....rupanya Sir Coklat datang kejut...ajak p beli ubat deman...oh...maaf..aku dalam keadaan PENDING dan tiada MOOD...jd xdapat nk layan...
  2. Bergegas bangun dan ke dewan utk lihat dan bantu apa yg patut...namun GAGAL..dewan masih bergelapan(rupa-rupanya Dr Rozmey baru p beli barang & otw pulang)
  3. Ok la..tolong yg patut sambil cuba menerima apa yg terjadi hari ini..sambil berusaha menyiapkan sisa assignment yg berbaki dgn menggunakan laptop rakan-rakan yg sudi meminjamkan..(terima kasih)
NOted:
  • Sedang mencari hikmah disebalik yg terjadi..xp masih belum ku temui
  • Kalau buat "assignment" atau apa-apa jua.."save" la kat mana yg patut
  • Tanggungjawab tetap TANGGUNGJAWAB...xkisah la seburuk mana pn perkara yg sedang kita hadapi..xp jgn sampai kita abaikan TUGAS & AMANAH yg telah kita setuju utk pikul...

-Kisah Hari Ini...Teladan utk Hari Esok-


2 ulasan:

  1. hahaaha.. dah memanah skunk nih... agak2 boleh lawan aku x.. heheh...

    BalasPadam
  2. buat pengalaman untuk menjadi orang yang teliti..

    BalasPadam