Selasa, 11 Disember 2012

Komfius Istilah M_ _ _ _ U




"orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang beragama Islam. Lazimnya, mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Seseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.
Di samping Perkara 160(2), Melayu turut ditakrifkan di bawah Perkara 89(6) yang menyatakan bahawa seseorang itu disifatkan sebagai seorang Melayu bagi maksud merizabkan tanah di bawah undang-undang bagi negeri mereka bermastautin. Perkara ini menjelaskan bahawa takrifan Melayu itu boleh dipecahkan kepada dua, iaitu berdasarkan sosiobudaya dan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
Terdapat beberapa perkara yang boleh dibincangkan dalam kedua-dua takrifan di atas. Pertama, untuk menjadi seorang Melayu mengikut Perlembagaan Persekutuan tidaklah semestinya seseorang itu berketurunan Melayu. Seorang India boleh dianggap sebagai Melayu sekiranya beragama Islam, menjadi kelazimannya bertutur dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat Melayu. Sebaliknya, walaupun dia seorang yang berketurunan Melayu sekalipun, bagi maksud Perlembagaan, dia bukan Melayu jika tidak beragama Islam."

Kalau dirujuk dari istilah perlembagaan Melayu tu dirujuk pada:
   "orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang beragama Islam. Lazimnya, mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu"

Tiba-tiba aku terfikir sesuatu setelah berdiskusi dengan kawan aku yg sedang membuat proposal, dia berkata pada aku kalau merujuk perlembagaan maknanya mana-mana orang Islam yang mengamalkan budaya serta bertutur dalam bahasa melayu maka dia diiktiraf sebagai melayu...Namun, kenapa kita x kata orang putih atau mana-mana bangsa lain yang beragama Islam dan mengamalkan serta bertutur dalam bahasa melayu sebagai orang melayu...hem...kan....kenapa err...sbb klu ikut perlembagaan depa dah layak dah...xp kenapa kita xkata depa orang melayu pula..xp digelar sebagai muslim..India Muslim, Cina Muslim, dan Muslim secara keseluruhan selain dua bangsa ni kepada kaum lain yang beragama Islam serta mengamalkn budaya dan bahasa melayu...dan kalau dirujuk balik pada petikan artikel tu dia ada sebut seorang india dianggap melayu sekiranya beragama Islam...hem xp klu cina yg beragama Islam kenapa xkata melayu xp masih dok panggil cina muslim lagi kan...wowowowo....pelik sudah...

Kesimpulan:
1.Kawan aku yg sedang melakukan master tu dia kata
"aku melihat melayu tu dari sudut darah"
jadi maksudnya, mereka yang berkahwin campur(melayu + lain2) atau berdarah kerturunan melayu boleh digelar melayu....kerana sukar untuk mencari melayu sejati...huhuhu...ya la...sedangkan ada juga Sultan/raja di Malaysia pun bukan melayu jati uolllsss...apatah lagi rakyatnya...heheh..okey i pun mix okey g tuuuuuuuuuuuu..hahah(PERASAN!!!)

2.Dok melalut pasal melayu lupa pula pasal isu "muslim xsemestinya melayu"..okey, macam ni ya kawan2...semua melayu InsyaAllah lahirnya adalah sebagai Muslim..xp Muslim di Malaysia xsemestinya melayu. Hal ini adalah kerana muslim dekat malaysia ni merangkumi cina,india,dan kaum2 lain yang menganuti agama Islam...senang kata Muslim tu semua orang yang beragama Islam di seluruh dunia...termasuk negara kita...hehehe



Tiada ulasan:

Catat Ulasan