Ahad, 16 Disember 2012

Kesekian kalinya...!!!

Soroton hidup ini bukanlah semudah langkah yang disangka...tetapi sukar dengan dugaan..Allah menguji selama mana kita mampu bertahan..dan ujian pada setiap insan adalah berbeza mengikut kemampuan....Adakalanya...terasa letih pada dugaan...terasa longlai pada ujian...sekental hati melawan adalah tertakluk pada kekuatan iman...syaitan dan iblis adalah lawan yang sering menggugat ganggu akal dan fikiran ketika jiwa keliru dalam menghadapi kekusutan..Sulit dan sukar...pada jiwa dan perasaan...diletakan dalam kelas sakit jiwa tetapi bukan pada mental..parah jika terbiar..punah bila tersebar..harus dikawal dengan taqwa dan iman...

1.ustaz , ustazah, imam , bilal dan  ilmuan...iman tidak bergantung pada ketinggian ilmu dan juga hujah  dalam kehidupan..tetapi bergantung pada hati yang penuh dengan taqwa dan iman..dan kedua-duanya bergantung pada hubungan kita dengan tuhan..Allah pemilik kehidupan...

2.aku yakin dan percaya..ramai di luar sana..merintih dalam doa dan air mata..memohon pada Allah untuk memberikan kekuatan iman menghadap musuh di dalam jiwa dan perasaan di medan hati dan akal fikiran..jenuh, berperang...dan ada di antara kita tewas pada nodaan nafsu yang berkeroncokkan...bergendang syaitan berpesta arak keriangan...sedihkan...rebah melutut pada cebisan pakaian iman dan taqwa yang berselerakan....ada yang kesal..ada pula yang langsung tidak hairan..hati berbisik esok lusa kau boleh bertaubat hari ni jom berpesta sakan...begitulah setiap kali jika kau tewas pada dendangan godaan syaitan....
kesian..oh kesian....

3".....tidak akan terbukti iman seseorang insan jika tidak diuji oleh tuhan Allah pemilik kehidupan..."
a)jangan berhenti merintis jika di uji tuhan
b)waraskanlah akal jauhi lorong pesta syaitan
c)pilihan itu ditangan kita setiap insan...
d)naluri dan perasaan adalah anugerah tuhan yang sentiasa disertakan ujian
e)tidak akan berhenti syaitan meranapkan iman
f)pecayalah pada tuhan..Allah yang sentiasa memberi jalan...
g)biar berkali rebah dan tewas jangan mudah mengalah menturuti syaitan
h)bangunlah dengan taubat pembuka sinar harapan
i)kentalkan hati menghadapi ujian yang berterusan
j)tidak akan tamat ujian selagi maut belum bersapaan
k)mulakan dengan niat disertakan doa diakhiri dengan tawakal kepada tuhan
l)semoga kita mendapat rahmat dan ganjaran untuk berada dalam lambaian tuhan
m)Insya'Allah...pasti akan lebih baik kehidupan

*alangkah indahnya jika setiap kali mahu melakukan kesilapan kita ini waras tanpa terpengaruh dengan nafsu dan syaitan...namun, apakah iman tanpa ujian..???.jika terasa diri bersendirian yakinlah pada Allah yang terlalu suka pada rintihan acap kali kita menghadapi ujian...
"aku bukanlah kuat dan kental..apatah lagi kebal pada godaan nafsu dan syaitan..acap kali rebah pada serapah bisikan kelalaian dan keseronokan...sehingga aku sendiri merasa jauh dari Allah pemilik kehidupan..merasa rintihan ku telah diketepikan..pada saat itu mengapa aku lupa...ke mana waras akal ku yang panjang dan berjela pada runkaian hadis "tidak akan terbukti iman seorang insan tanpa ujian dari tuhan"...mengapa boleh ku lupa..demi merasai nikmat yang seketika..sehingga laknat dosa dan nista menjadi teman yang setia.... Astarfirullah....anuzubillah...terkunci rapi..saat asrama jiwa bergeledakan mengoncang tanah rata merobohkan pancang rapuh iman dan taqwa...hilang pertimbangan seketika sebelum kembali rebah ke bumi yang nyata..dan kembali sedar pada tuhan yang memerhati gelagat manusia...taubat seketika..sebelum dirobek semula sang saka syaitan esok dan lusa..."

Untuk kesekian kalinya...aku merenung berniat pada perubahan yang yang abadi pembawa harapan yang hakiki...saat ini masih waras mengharap keampunan Allah yang esa..sambil gementar menghadapi tentera syaitan pada keesokan hari....yang lebih gagah dan perkasa bersama meriam bedil  munafik dan panahan kelaian keseronokan nikmat kemaksiatan...

"iman tidak bergantung pada ketinggian ilmu dan juga hujah  dalam kehidupan..tetapi bergantung pada hubungan kita dengan tuhan..Allah pemilik kehidupan.."

"Hidup ini adalah pilihan, pilihan yang sentiasa disertakan Ujian:


semoga aku teguh pada kehidupan ini adalah pilihan yang sentiasa diiringi ujian....semoga teguh...tembok kota keimanan bersama tentera taqwa kepada Allah pemilik kehidupan..Insya'Allah...
Takbir...

Allah huakbar..!!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan