Jumaat, 3 Jun 2011

Bagaimana menjadikan zikir berkesan dalam menyucikan diri dn hati?


Adakalanya zikir itu hanya di bibir....tiada di hati...kerana tiada keihklasan dan penghayatan...

   Peranan dan hikmah zikir sungguh besar dan luas sekali, sehingga ia boleh menyucikan diri seseorang. dan hasil dari penyucian (muhasabah) itu pula membolehkan seseorang itu kenal diri dan Tuhannya. Tetapi bagaimanakah ia berperanan menyucikan diri? Apakah cukup hanya setakat menyebut dan ingatkan diri kepada Allah, maka diri kita terus suci dan dapat berfungsi menjadi sebuah cermin untuk tilikan? Seperti mana serbuk penyuci berfungsi membersihkan kotoran kain baju. Begitukah? 

     Kalau setakat sebut sahaja atau ingat, maka diri terus menjadi suci, maka alangkah mudahnya zikir itu? Ia nampak semudah mengupas kulit pisang sahaja. Ataupun semudah serbuk penyuci menyentalkan kotoran di kain baju. Ternyata peranan penyucian zikir ke atas hati itu bukan seperti itu. Ia tidak semudah yang disangkakan. 

    Peranan zikir dan penyucian kepada hati, mesti melalui proses tertentu. Ada kaedah dan juga cara atau sistem tersendiri. Seperti juga usaha kita untuk melahirkan zuriat yang cerdas danpintar, ada kaedah dan teknik persetubuhan tertentu dan amalan-amalan yang harus dilakukan.Untuk memahami dengan cara mudah peranan zikir itu bolehlah kita huraikan begini, apabila kita sebut sesuatu kalimah zikir maka kita akan ingat dan tanamkan maknanya ke dalam hati. Misalnya kita sebut "Subhanallah" iaitu Maha Suci Allah, maka kita hayati dalam diri kita yang Allah itu adalah Zat yang suci. Kesucian itu tidak ada tolak banding dengannya. Maka kita harus bertindak dengan akal dan fizikal, bahawa yang suci adalah Allah semata-mata, tidak ada yang lain. Segala unsur syirik yang bersarang secara diam dan tersembunyi hendaklah disingkirkan dari menjadi warga hati kita dan kurungkan Allah semata-mata dalam diri. 

      Kalau kita menyebut "Allah Hu Akbar" Allah yang agung, maka keagungan itu kita masukkan ke dalam diri kita. Kita tanamkan bahawa yang agung hanya Allah dan tidak ada yang lain. Baik diri kita ataupun kuasa lain. Justeru itu kita harus komitkan (iltizam) diri kita kepada keagunganNya sahaja.Dengan cara itulah baru wujud penyucian. Penyucian di sini bermaksud, dengan mengingatkan segala sifat Allah itu, seperti Ar-rahman. Al-Rahim, Al-Latiff dan sebagainya. dan menyuci diri itu bermakna menyucikan diri/hati kita daripada syirik, kufur, munafik dan kafir kepada Allah. Suci ialah apabila mematuhi dan kenal denganNya.Ingat, selagi kita masih syirik, kufur, munafik dan kafir serta memiliki sifat-sifat mazmumah yang mutlak masih belum tercapai lagi. Apabila hati kita tidak didindingi oleh segala elemen-elemen itu baharulah ia bersih dan menjadi sekeping cermin khuwah yang memungkinkan kita kasyaf dan dapat melihat apa-apa yang ghaib. 

    Demikianlah secara ringkas dahulu mengenai peranan zikir membersihkan hati dan diri insan. Ingin saya berpesan, bahawa zikir yang sebenarnya bukan sahaja setakat menyebut kalimah-kalimah ataupun pengucapan tertentu sahaja. Kalau setakat sebut sahaja ia tidak menjadi. Yang penting menghayati kemudian seterusnya bertindak dengan fizikal dan akal terhadap pengertian apa yang disebut itu.
Kalau setakat berzikir ia tidak menjamin kebersihan hati dan diri seseorang. Malahan perbuatan itu tidak lebih daripada sia-sia sahaja. Sebab itu kalau kita perhatikan ada ahli zikir yang perangainya tidak pernah berubah. Kalau dulu di pembohong, penipu, maka kini pun dia penipu dan pembohong, walau pun dia sudah mengerjakan zikir beratus juta kali. Kalau dulu dia mencuri dan mencaci, kini pun setelah berzikir sampai juta-juta kali, dia tetap juga dengan perangainya, mencaci orang itu dan orang ini. Itulah tanda zikir orang itu zikir pada lahir sahaja tetapi tidak meresap atau "jelira" ke dalam diri batinnya.
Dalam pada itu kalimah zikir bukan terbatas kepada "asma' ul'husna" yang 99 atau kalimah-kalimah pujian yang melulu sahaja. Malahan apa saja kalimah yang terbetik di hati dan terdengar dibibir ia merupakan "Asma'" Allah dan boleh dijadikan kalimah zikir. Pokok pangkalnya pengertian dan niat itu sahaja yang dikira.
FirmanNya.......
"Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah (dengan menyebut nama Allah), dengan sebanyak-banyaknya (bermacam-macam sebutan)."
Al-Ahzab 41
Sebaik-baik amalan itu elok pada Syariat, tepat pada Hakikat, kena pada Tariqat dan sampai pada Makrifat.                                                           

Diambil dari : "Abdul Jamil Lam" <jjamilam@hotmail                                                                                                                                                                                                           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan