Sabtu, 4 Jun 2011

Cuti SekOlah...Gulai KaWaH dAtang Lagi....



Musim cuti sekolah dua minggu ini,banyak undangan kenduri yg aku terima..dari teman22,sudara-mara dn jiran tetangga..xmenang kaki hendak melangkah...satu hari,adakalanya hingga 5 kenduri dan lebih...maklumlah cuti sekolah.kesempatan ini sahaja yg ada utk adakan kenduri dan kumpulkan suadara-mara.tambahan pula dunia sekarang dh maju dan moden...Cuma tempah katerer saja dan yg penting ada duit semua jalan.xseperti dulu.klu nk kenduri persiapan tu hampir sebulan juga.nk buat bunga telur,nk memanggil dan mengundang,nk tempah tarikh kenduri pn kena awal.takot nanti bertindih dgn tarikh orang lain.maklumalah masa tu guna khidmat “mentara” atau “rewang”.jd terhad.tdk seperti sekarang,nk jemput kenduri pun boleh guna laman sosial,email,telefon dan sms.hidup sungguh mudah...(macam tag line iklan dalam tv...lebih mudah dgn jalur lebar..)kenduri zaman sekarang ini pula lain berbenar dari dahulu...bukan dari sudut teknikalnya sahaja..bahkan dari sudut penyedian kenduri itu sendiri..menu kenduri,doorgif@buah tangan,hantaran,khemah,pelamin,merisik,bertunang dan lain-lain.semua dah taraf kenduri  ala-ala artis bersanding..maklumlah..kahwin ni sekali dalam seumur hidup...(hahha..nk ketawa aku dengar kenyataan kurang bernas ni...sedangkan nek wok yg taraf nenek dan moyong tu dah kahwin berkali22...dalam seumur hidup...xdinafikan kes Nek Wok ni  1 dalam sejuta..xp kes ni dh membuktikan bahawa kahwin bukan sekali dalam seumur hidup..dan buat orang lelaki khususnya...kebarangkalian utk menggunakan kenyataan kahwin hanya sekali dalam seumur hidup xlaku la...sbb setiap yg beristeri satu masih ada ruang utk berkahwin tiga kali selagi hayat dikandung badan..melainkn salleh yakob dan kaum lelaki yg seantero denganya...rasullullah  S.A.W pn berkahwin banyak kali juga dalam seumur hidupnya...DAH JAUH PULA MENYIMPANG)...berbalik pd persiapan kenduri..aku tengok sekarang ini..hebat kenduri orang22 melayu..walaupun bukan artis atau anak dato dan tan seri mana22...semua gah....dan yg terbaru aku pergi kenduri satu ni..atas setiap meja dia letak bunga ros hidup...huh...hebat tu...bunga hidup..sekuntum pn dah beringgit dan tambah pula bagi “door gift“ muffin,bunga telur,sudu dan garfu kecil dan sapu tangan...dan ada sesetengah tu pula bagi mug.. belum masuk lagi kisah bertunang,bersanding,upah kumpulan kompang, upah pesilat dan makan beradap...maklumlah mereka ada duit..Alhamdulillah,berkesempatan juga aku nak merasa kenduri yg gah ni...heheh.. namun, tdk dinafikan juga,masih ada kenduri yg biasa22 dan ala kadar sekadar dengan kemampuan pasangan dan keluarga....dan terlintas juga di benak akal fikiranku...selepas berkahwin banyak lagi perkara yg perlu ditanggung..pengalaman mendengar kisah22 orang22 yg berhutang disebabkan nk berkahwin sudah cukup utk aku berfikir panjang andai nanti berhajat mendirikan rumah tangga....duit nk bayar rumah,kereta,belanja dapur,anak-anak dan masalah kesihatan...memerlukan banyak duit...jadi harus berfikir berkali2 andai kita orang yg sederhana nk belagak nk buat kenduri macam artis yg disponsor tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan