Jumaat, 17 Jun 2011

GunuNG JerAi... PUncak ku TawaN -


Permandangan dari Puncak G.Jerai
Sabtu 11/06/11Sudah tiba saat yg lama ku tunggu...hasrat yg tersimpan kini mampu ku zahirkan..Alahmdulillah Gunung Jerai puncak ku tawan..perjalanan bermula seawal subuh..bergerak dari Seberang Jaya ke Yan,Kedah..
bersama para sahabat tercinta ditemani juga para kenalan dari pelbagai daerah Pulau Mutiara
sepanjang perjalanan ku hanya lelapkan mata...ditemani sedikit rasa bersalah meninggalkan
majlis kenduri saudara sebelah bonda...setiba di Yan kedah, titi hayun@ayun diberi nama..(terkenang kisah bersama22 teman22 tingkatan enam menghadiri program sekolah)...di sini kami diberi taklimat dn barang amanah berupa beras,roti,sardin,dapur gas, dan Lain-lain utk di bawa bersama ke Puncak Gunung Jerai
kami dipecahkan kepada 4 kumpulan..aku  dn farid kamil ditempatkan di dlm 1 kumpulan, manakala cik ros dn deq na di kumpulan satu dn dua..pendakian bermula dengan sesi regangan dn sarapan pagi..
lebih kurang jam 10.00 pg kmi bergerak mengikut anak tangga kenari @ tangga seribu tahun...pendakian melalui anak tangga ini memang memenatkn...yg selalu berjogging dn fit pn semput...hehe..dn nasib baik juga beg aku dn teman yg lain sudah ditempatkn di dlm kereta..jika tidak..pasti lebih memenatkan..
hanya sebahagian sahaja yg menggalas beg dn lebih mengejutkn setelah hampir 1/2 perjalan menaiki anak tangga ada pulak seorang cik kak ni..beg dia aduh..berat ibarat bawa batu lesung...
hingga kami menggelarknnya kak lesung... sepanjang permulaan perjalanan sudah kelihatan wajah kepenatan dn tidak terkecuali sahabat baik ku...deq na..dn kenalan ku Mak tiri..jd sebagai kawan..aku dn Farid kamil serta cik Ros setia menunggu memberikan semangat..dn yg penting sesi berfotografi tidak pernah dilepaskan..
dalam pendakian ini juga sempat bertaaruf dengan guider@penunjuk arah seperti Fatim,wawa,lanun,wan,pais adik dn abg halim..yg memang cool n sporting..paling best depa ni selalu share junk food dgn kami..heheh..
dn tak lekang dgn senyuman serta kata-kata semangat yg memang memanaskan hati...hehehe.."sikit saja lagi"
mungkin sudah mual dengan pertanyaan kami..bila nk sampai...akhirnya itu la jawapannya..
kami (aku,deq na,farid kamil dn cik ros serta mak tiri) merupakan peserta terakhir yg sampai ke setiap perhentian...di samping kami ada juga rakan2 lain spt Shuhada dn Alia..,dn banyak la lawak22 dn perkara yg menarik utk dikenang..dn semestinya cerita tentang pacat..pendakian ini memberikan aku sejuta makna..
syukur ke hadrat tuhan...indahnya permandangan dareah Yan yg kmi dapat lihat di sepanjang perndakian..suasana damai hutan yg memukau..sawah padi yg menghijau dapat dilihat dari atas Gunung Jerai..dihiburkan pula oleh nyanyian unggas rimba yg xpernah lekang menghiburkan warga hutan...namun sedikit kasihan kepada rakan22 yg sudah jauh meninggalkan kumpulan kami...terpaksa mereka menunggu lama..apakan daya..ini pendakian berkumpulan..semangat setia kawan dn ringan menghulurkn bantuan amat diperlukan...biarpun perut ini sering berkeroncong sepanjang pendakian..aku sabarkan sahaja..
bukan hanya diri ini yg kebuluran...rakan2 lain juga kepenatan dn kelaparan..
ku hiburkan diri ini dengan lagu yg suka ku alunkan..Don't let me go..dendangan "Clik Five"
sesuai sangat dengan situasi yg aku dn teman22 pendakian alami..dont let me go..jgn tinggalkn aku..bagus utk aku dn teman22 lain yg jauh ketinggalan belakang...heheh..
utk sampai ke Batu Putih memang jauh hampir 4 jam perjalanan baru kami tiba..itu pn sesudah berhenti kerap menghilangkan lelah kepenatan dn pulihkan renjatan kekejangan..sudah tak sabar kami utk masak dn hilangkan kelaparan ini...
Team menDaki yg Cool,Slow & Steady (atas batu kapal)
nasib baik ada "snek cloud nine" yg diberi oleh fatim..hilang juga rasa lapar sepanjang pendakian dn aku agak kasihan melihat sahabt dn rakan22 pendakian letih dn lesu kerana bnyak kehilangan tenaga..tambahan pula
ini mungkin kali pertama bg ku dn sebahagian dari kami semua mendaki gunung..sudah tentu ramai yg pancit..hampir jam 3 petang kami pn tiba di batu putih dengan melalui laluan yang dipanggil batu kapal terbang..disebabkan sebelum menaiki batu ini..kami perlu menaiki anak tangga seperti anak tangga kapal terbang..setiba di batu putih kami pn berehat seketika sebelum memulakan survival cooking 
utk makan tgh hari..dapat la rendamkan kaki.membuang pacat dn menyegarkan diri dgn air gunung yg dingin dn sejuk..aktvt memasak pn dimulakan..masing22 berlumba menyiapkan hidangan...maklumlah..kebuluran tahap awan cumulonimbus ni..hehe
apa yg penting.. kerjasama..dn tolak ansur..disebabkan bahan22 masakan hanya cukup menghilangkan lapar..
dalam hutan ni...bg apa pn habis..begitu la..diibaratkan klu dh kebuluran tersangat-sangat
setelah selesai semuanya..dalam jam 4.40..kami pn dikumpulkan utk bergerak ke destinasi terkahir..iaitu tapak perkhemahan..berat kaki nk melangkah..terasa seperti nk duduk dekat c tu ja...dh letih sangat..
namun,perjalanan harus diteruskan..kami pn bergerak..mendaki lagi..dn kali ini kami dinasihatkn supaya kurang berhenti agar kami tidak lewat tiba di tapak perkhemahan..
Pada kali ini kami di bawa melawat tempat22 mitos di Gunung Jerai seperti batu kapal dan batu ikan..dn sempat juga melihat batu22 bijih besi yg belum matang...
Mitos G.jerai ini dipercayai bahawa pd zmn dahulu G.Jerai adalah sebuah pulau..dn terdampar sebuah kapal dekat c ni..dn kenapa kapal ini menjadi batu..hal ini disebabkn oleh sumpahan sang kelembai..begitu la ceritanya...dn kami juga diingatkn agar berwaspada dengan bicara...sbb dekat area-area ini terkenal dengan kawasan pertapaan dn tempat melepaskn jin dn jembalang..
jd harus waspada..seterusnya kami pun turun ke tapak perkhemahan dgn melalui kebun sayur dn telaga tok sheikh yg dipercayai bahawa pd zmn dahulu....kawasan telaga tok sheikh ini mahu dijadikan tapak masjid..
air telaga ini dipercayai dapat merawat pelbagai penyakit seperti mampu memulihkn kecacatan penglihatan..
dan pd jam 7.30 mlm kmi pn tiba di tapak perkhemahan di the regency hotel  bertemankan permandangan matahari terbenam yg sangat cantik..subhanallah... dn kws hotel ini pn bkn calang juga tempatnya..
chalet dia cantik22...
setiba di tapak perkhemahan,kami di pecah kpd 1 khemah 4@5 orang..dn masing22 perlu memasang khemah dgn sendiri.disebabkn ianya.khemah igloo jd tidak susah sangat..lbh kurang 10 minit..persiapan pn selesai..solat dn bersedia utk BBQ...
(kesian farid kamil terperanjat ketika di surau..huhuh)
dinner time...bakar ayam,ikan dn sosej..mmg sudah kelaparan sangat...jd bergilir22 ambil tugas BBQ ni..
sehingga akhir BBQ tinggal aku,deq na,farid kamil,cik ros,khairudin,sharul,lanun dn abg halim
yg lain sudah letih...sudah masuk tido selepas brains storming...
tgh mlm tu kmi bual22 dn melawat The Regency Hotel..
mlm tu view cantik juga dapat lihat lampu22 dari kawasan kampung di daerah Yan..dn menjelang tgh mlm dapat lihat pula seekor mamalia yg aku belum dapat nama dia..xp seperti beruang kola sedang meniti di atas wayar...kemudian semua sudah ..zZzzzZzzzZzzzz..terlena keletihan dibaluti selimut kedinginan malam..

Ahad 12/06/11
seawal jam 5.3o pg..deq na n cik ros dh mula kejutkn kami utk siap n get ready solat subuh..
keletihan semalam masih bersisa...berat nk melangkah...xp terpaksa digagahkn jua...
air paip kat atas ni...tersangat sejuk...macam air batu...
pagi tu kami menyertai sesi ceramah yg telah dirangka..,menarik ceramah yg disampaikn..
penceramah22nya pula..penceramah yg bebas dn xbebas sangat pn...yg baik dijadikan teladan dn yg kurang enak itu dijadikan sempadan...
antara intipati yg masih mekar di pohon akal ku..
1. u want to lead,u must read..u want to lead u must understand
2. untuk menyangkal,kamu harus yakin dn mempunyai idea
3. bukan mereka yg tidah fahami kamu, tetapi kamu yg gagal memahamkn mereka
4. hujan ada 4 jenis...
(ketika sesi ceramah berlansung, ramai rakan22 pendakian yg terlentuk dn tersengguk22)
kemudian dalam tengah hari..kmi pn lunch..dn get ready utk bergerak turun...
dalam jam 2.30 ptg..perjalanan menuju taman rimba sebagai pit stop pn bermula..lebih kurang jam 4 kami tiba
dekat c ni...kmi ada la aktvt ice breaking @ sesi bertaaruf  dn blind train...
disebabkn blind train..jd xdapat yg mampu dilihat...yg tahu..kena buli dgn guider22...hahahah..
apa pn mmg menarik...menguji komunikasi kita dn mengasah semua deria yg kita ada...
dalam jam 5.00 ptg kami pn mnyambung perjalanan menuju ke kaki gunung utk pulang ke destinasi masing22
sepanjang perjalanan ini..En lanun..xhabis22 mendendangkn lagu..menghilangkn kebosanan..dgn lagu...1 malaysia...gunung kinabalu..DLL... kami pn turut serta...ENJOY....dn sebilangan yg lain sedang sibuk bergambar..untuk turun tidak la mencabar seperti mendaki..sbb menggunakan jalan berturap..
setelah 1/2 perjalanan...para pendaki diangkut turun menggunakan kereta krn kami sudah lewat....manakala aku dn khairudin beserta beberapa pendaki turun berjalan kaki hingga ke kaki gunung...dalam 7.30 mlm kmi tiba di kaki gunung...banyak aku bualkn dn bincangkn dgn junior aku ni...dan kisah penawanan gunung jerai pn tamat..aku pn melelapkn mata di dlm bus..melayari keletihan....ZzzzZZzzzz
(Selamat Tinggal Gunung Jerai)
Don't Let Me Go

Antara Perkara-perkara Yang Aku tidak akan Lupa :
5. Syukur sbb tiada yg tercedera dn tidak kelihatan perkara ghaib (Alhamdulillah)
2. sikit saja lagi (kata22 pujangga yg panas)
4. pendakian paling lama..kata guider..team ni paling slow..hhehehehe
6. Melihat mamalia comel meniti di atas wayar
7. bergambar di atas batu kapal Jack Sparrow
8. pemandangan cantik dari atas puncak gunung
3.Jangan pernah tinggal kawan..biar lambat asalkn selamat
1. aku berjaya mendaki dn turun dari gunung Jerai tanpa bantuan kenderaan..im proud to be me...
9. penambahan kenalan baru
10.telah melaksanakan hasrat hati setelah sekian lama mengidam utk mendaki...
















2 ulasan:

  1. hahahhah..bila masa la aku xajak..itu la hampa..time aku send sms..pakat22 dok ignore...

    BalasPadam