Selasa, 31 Januari 2012

Penafsiran Persahabatan bagiku


Bercakap mahupun bercerita mengenai sebuah persahabatan adalah suatu tajuk yang paling panjang untuk dirungkap dan dihuraikan. Adakalanya terlalu rumit dan kompleks untuk diperjelaskan kerana bagi diri ku  persahabatan itu bersifat subjektif bergantung kepada individu itu sendiri, bagaimana dia menafsirkannya mengikut pemahaman dan pengalamanya.

Mengenali erti sebuah persahabatan bukanlah suatu perkara yang baru bagi diri ku. Aku yakin dan pasti, ramai mereka di luar sana sudah mempelajari erti sahabat itu pada usia yang masih muda. sejak kecil aku inginkan sebuah persahabatan yang tulus dan ikhlas. Berdiri di atas satu kepercayaan yang sama, berkongsi minat dan ideologi yang sama. Namun, pada suatu saat dan ketika aku merasakan bahawa telah pun aku temui sahabat setia dan akrab yang boleh berkongsi segalanya tetapi malangnya persahabatan itu musnah. Bukan disebabkan pengkhianatan mahupun pergaduhan tetapi faktor keserasian dan perbezaan idea dan matlamat antara penyebab mengapa sukar bagi diriku untuk mendirikan sebuah persahabtan yang tulus dan ikhlas. Begitulah detik-detik pertama kali aku cuba membina sebuah persahabatan yg kukuh berdasarkan suatu matlamat yang sama dan tenyata itu adalah suatu kesilapan.  

Bangkit dan berubah
Kini segalanya telah berubah. Setelah satu persatu teman, taulan dan rakan aku temui dan menjalinkan persahabatan, boleh dikatakan aku semakin matang (hehe..mmg patut matang pun dah tua bangka punnnnnnnn). Persahabatan itu mengajar aku untuk lebih kental, matang dan berfikiran luas serta jauh. Aku mula belajar dan mengenali dunia ini melalui cerita dan pengalaman para kenalan ku. Berpegang kepada suatu petikan kata-kata hamba Allah yang berbunyi...

"belajarlah sesuatu daripada sahabat kamu atau kamu langsung tidak berlajar apa-apa daripadanya"
 ataupun
 " Friend with benefit "

kata-kata ini bukanlah beerti menyarankan kita untuk mengambil kesempatan ke atas mereka tetapi saranan kepada kita untuk menggunakan segalanya yang baik daripada sahabat kita dan belajar sesuatu daripadanya. Agar tidak sia-sialah Allah menemukan kita dengan mereka yang belatar belakangkan kehidupan yang berbeza  dan pelbagai dengan tujuan untuk kita mengambil iktibar daripada mereka. Daripada sinilah aku mula mencari sudut positif agar aku dapat mempelajari sesuatu daripada kenalan-kenalan ku biarpun adakalanya terpaksa aku menelan pahit untuk merasakan manisnya.

Makan hati (sentap)
Adat resam dalam sebuah perhubungan adalah "makan hati". Aku tidak menafikan, bahawa dalam sebuah persahabatan itu sudah pasti akan ada rasa terkecil mahupun terguris hati biarpun sebesar biji sawi di hati. Kita tidak pernah dapat lari daripada rasa iri hati, cemburu dan pelbagai rasa yang kurang enak dengan taulan dan rakan mahupun suadara terdekat kita sendiri. Aku sendiri tidak mampu lari daripada semua ini. Namun satu yang aku sentiasa lakukan adalah mendidik hati dengan akal yang suci dan bersih daripada pemikiran negetif.  Barulah hati ini tenang dan senang. Benar mendidik hati bukalah suatu urusan yang mudah tetapi akal yang suci dan bersih adalah jaminan kepada hati yang suci. Dalam persahabatan, soal makan hati atau terasa hati bukanlah suatu isu baharu yang sering aku rasakan. Rasa "sentap" dengan rakan-rakan adalah lumrah dalam kehidupan. Adakalanya, bukan niat mereka untuk melukakan tetapi terjadi secara kebetulan. Jadi kemaafan adalah jalan penyelesaian.  Benar sering kali terjadi pada diri ku kerana aku seorang yang sensitif dan mudah terluka. Tapi perkara sentap dan terasa itu sudah menajadi lumrah dan resam perjalanan ku. Alhamdulillah, aku berjaya mengatasi rasa makan hati dengan tidak menghiraukan sangat segala perkara yang mengguris hati serta bersabar atas setiap yang terjadi. Aku pujuk dengan berdoa pada ilahi dan aku postifkan pemikiran ku kerana mungkin pernah juga aku melukakan hati orang lain dan ini adalah balasannya.

Permata di celahan kaca
Sahabat ibarat permata di celahan kaca yang berselerakan. Ramai kenalan bukan beerti ramai sahabat. Aku yakin dan tidak menafikan setiap daripada kita sering menganggap sahabat adalah insan yang sering berkongsi suka, duka dan menahami segalanya. Sehingga ada suatu masa kita merasakan tanpa mereka hidup ini kurang bermakna. Tetapi suatu perkara yang sukar adalah mencari sahabat yang paling setiap,jujur dan memahami segala-galanya. Semua orang inginkan seperti itu, tapi apakan daya ia hanya satu dalam sejuta. Andai kamu miliki sahabat seperti itu, maka kamu adalah insan yang paling bertuah. Terus terang aku akui, aku juga tidak memiliki sahabat seperti itu. Tapi aku bertuah kerana memiliki sahabat-sahabat yang sentiasa ada di belakang aku untuk menyokong dan mendoakan kejayan serta kebahagian aku. Biarpun mereka bukanlah seperti sahabat-sahabat Rasulullah mahupun "perfect" seperti mana yang aku inginkan tapi mereka sedikit lebih dari segalanya. Setiap sahabatku istimewa, namun seperkara yang tidak mampu aku lakukan dalam persahabatan adalah mengketegorikan para sahabatku. Ibarat permata di celahan kaca, mereka nampak serupa tetapi berbeza sebenarnya. Sukar bagi aku untuk menklasifikasikan mana satu sahabat baik, rapat dan sebagainnya kerana setiap daripada mereka adalah istimewa. Kehadiran mereka dalam hidup aku melengkapkan aturan Allah dalam mencari keredhaan dan rahmatnya. Tidak aku mampu hindarkan ada sesetengah daripada mereka teramat istimewa dan bertahta jauh di lubuk hati aku. Demi menjaga hati dan perasaan sahabat lain aku jauhkan daripada mengkalsifikasikan yang teristimewa itu di khalayak. Biarlah Allah, hatiku dan segelintir mereka sahaja yang mengetahuinya. Oleh itu, perkara terbaik yang mampu aku lakukan adalah dengan berusaha melayan setiap sahabatku dengan adil dan saksama agar sebilangan daripada mereka tidak rasa terpinggir dan terkecil hati. InsyaAllah. Perkara yang paling penting adalah, doaku bukan sahaja untuk yang "teristimewa" tetapi meliputi sekalian sahabat, rakan, kenalan dan para muslim serta muslimat semua kerana selagi mana kita beragama Islam...kita adalah bersaudara....

Bertemu dan berpisah
Lumrah dunia patah tumbuh hilang berganti tetapi yang tumbuh dan yang berganti tidak akan pernah sama patah dan hilang. Begitulah para sahabat dan kenalan kita mereka mungkin hadir di perismpangan ini tetapi pada suatu persimpangan yang lain kita mungkin terpaksa berpisah. Selaku hamba yang sentiasa mencari taqwa dan rahmat Allah kita harus rehda dan pasrah dengan menerima segalanya dengan hati yang terbuka. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat sekalian hambanya. Dalam kisah persahabatan ku, inilah bahagian paling jiwang sebabnya aku pun tak tahu. mungkin lumrah manusia untuk bersedih pada setiap perpisahan. Adakalanya pula persahabtan tu menjadi semakin jauh apabila semakin meningkat usiannya (sepatutnya semakin lama semakin dekat ini pula sebaliknya..heheh). Tapi apa pun biarlah waktu yang menentukannya. Ataupun mungkin juga faktor jarak, ruang dan waktu menjadi penyebab mengapa semakin lama seseorang itu bersahabat semakin renggang. Aku mengakui bahawanya faktor ini adalah benar kerana aku sendiri mengalaminya. Mula-mula berjauhan selalu berkirim berita tapi lama - kelamaan semakin renggang. Disebabkan masing-masing mempunyai kekangan waktu dan jarak yang jauh. Jadi tak hairanlah kalau bercinta jarak jauh ni selalu "fail"..(apa pula kaitan kan...hhahah). Oleh kerana ini jugalah ada sebilangan sahabat ku yang sudah merasakan bahawa sesetengah sahabat mereka dah jauh dan mengatakan bahawa sebilangan sahabat sudah berubah dan tidak terkecuali juga diriku sendiri merasakan perkara yang sama. Hingga pada suatu saat sebilangan sahabat aku mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dan menyepi daripada menegur sapa mahupun cuba mengeratkan kembali pertalian seperti dahulu. Mungkin susah untuk kembalikn sesuatu seperti dahulu tapi sekurangnya-sekurangnya janganlah terlalu ikut akan perasaan bahawa diri kita ini bakal ditinggalkan keseorangan dengan menyepi dan menyendiri daripada berhubung dengan rakan-rakan. Sebaliknya lakukanlah sesuatu untuk mengatasinya, sebab bukan semua orang itu berfikiran seperti kita dan mempunyai waktu untuk terus bersama kita. Sampai masa berpisah jua kita semua. Walau apa pun aku pasti bukan niat seseorang itu menjauhkan dirinya daripada kita berkemungkinan dia juga mempunyai komitmen dan perkara lain yang harus diutamakan. Namun tak beerti mereka ini melupakan kita. Jadi menjadi tugas kita untuk berhubung dan bertanyakan khabar walaupun ada sebilangan mereka memang benar-benar sudah melupakan kita untuk menjaga tali persaudaraan sesama Islam.(hakikat daripada sebuah pengalaman tapi andai sudah banyak kali seseorang itu tidak mempedulikan kita, maka jelaslah bahawa sememangnya orang seperti ini sudah melupakan kita, Jadi apa yang perlu dilakukan adalah senang sahaja "delete" terus dari friend list supaya tak sakit hati..hahahahaaha) Alhamdulillah bagi aku, kerana pada waktu ini sahabat-sahabat yang aku kenali semuanya masih baik dan berkirim berita cuma kemesraan itu kurang berbanding dahulu disebabkan faktor ruang dan masa. Tambahan pula kita sudah dewasa dan mempunyai komitmen lain yang perlu diutamakan. Namun mengenangkan kembali detik kemesraan dahulu memang seronok dan lebih sedetik dari segalanya.Di mana kita saling memahami dan cuba melakukan setiap perkara itu bersama-sama. InsyaAllah jika persahabtan itu adalah kerana Allah maka pasti Allah juga menjaganya. (Yang penting fikir positif walaupun hakikatnya memang negatif....hehehehe)

Tuntasnya
Demikianlah bagaimana intripretasi dan penafsiran persahabatan menurut pegalaman ku. Bukan mudah untuk kita menjaga hati dan perasaan orang lain, begitu jua dalam menjaga sebuah persahabatan. Segalanya berkait rapat dengan perasaan. Hanya satu cara sahaja, iaitu dengan sentiasa berfikiran positif dan memaafkan setiap perkara yang berlaku merupakan langkah terbaik dalam menjaga apa-apa jua perhubungan. InsyaAllah.  

1 ulasan: